View: 1553|Reply: 11
|
[Jenayah]
Terpalit sindiket keldai dadah, hukuman gantung Nagaenthran dapat perhatian dunia
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 24-4-2022 01:28 PM
PETALING JAYA: Usahawan terkemuka, Richard Branson dan aktor, Stephen Fry, menggesa kerajaan Singapura menyelamatkan nyawa Nagaenthran K Dharmalingam, yang dijadual digantung di negara itu minggu depan, susulan sabitan kesalahan menyeludup dadah.
Dalam klip berdurasi satu minit 20 saat di Twitter, Branson dan Fry, menyeru Presiden Singapura Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, memberikan pengampunan terhadap Nagaenthran.
“Hanya pengampunan presiden mampu menghentikan pelaksanaan hukuman mati dan saya menyertai ramai lagi di seluruh dunia menggesa anda menggunakan kuasa memberikan pengampunan kepadanya,” kata Branson.
Beliau berkata, Singapura sentiasa di hadapan membabitkan hak asasi golongan kurang upaya dan jaguh membela golongan itu dalam masyarakat.
“Tiada seorang pun golongan kurang upaya dilayan seperti ini. Puan presiden, perdana menteri, dengan semua mata tertumpu kepada Singapura, nyawa Nagaenthran berada di tangan anda,” katanya.
Dalam pada itu, Fry berkata, rakyat Malaysia itu tidak sepatutnya mati dan pelaksanaan hukuman mati kelak akan menjejaskan banyak lagi komitmen negara itu.
“Ia mengundang risiko besar terhadap reputasi negara anda di dunia, termasuk reputasi dalam dunia perniagaan,” katanya.
Katanya, Nagaenthran hidup dengan kurang upaya dari segi intelektual, seperti ditakrifkan mengikut undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
“Keadaan mentalnya semakin buruk susulan berada dalam tahanan lebih daripada sedekad. Atas nama belah ihsan dan kasihan, berikanlah kepadanya pengampunan,” katanya.
Nagaenthran, 34, dari Perak, dikatakan mempunyai kadar IQ sebanyak 69, kadar yang dianggap sebagai kurang upaya. Lelaki berkenaan berdepan hukuman mati, sejak 2010, susulan didapati menyeludup 42.7g heroin ke negara berkenaan, setahun sebelum itu.
Satu himpunan menyokong Nagaenthran akan diadakan di luar pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura, di Kuala Lumpur.
https://www.msn.com/en-my/news/berita/richard-branson-stephen-fry-gesa-singapura-beri-pengampunan-kepada-nagaenthran/ar-AAWtKti
|
|
|
|
|
|
|
|
Lpsni lg ramai la org kurang upaya dijadikan keldai dadah |
|
|
|
|
|
|
|
cheezel replied at 24-4-2022 09:30 AM
Lpsni lg ramai la org kurang upaya dijadikan keldai dadah
yg bermakna...drp kurang upaya..dh jd..berupaya...memikul tanggungjawab...eh salah...memikul dadah... |
|
|
|
|
|
|
|
cheezel replied at 24-4-2022 09:30 AM
Lpsni lg ramai la org kurang upaya dijadikan keldai dadah
Bukan tu je..drive salah lane langgar org sampai mati pun blh guna kad oku..sok ni rogol org pun boleh lepas |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kaum satu tu jadi AG maybe boleh NFA jah |
|
|
|
|
|
|
|
Nagaenthran, 34, dari Perak, dikatakan mempunyai kadar IQ sebanyak 69, kadar yang dianggap sebagai kurang upaya.
Macam mana tau dia tak buat2 bodoh masa amik IQ test?
|
|
|
|
|
|
|
|
Gantung jer laaaa, menyemak la nanti balik sini nanti. Tak kira la bangsa apa, iq rendah boleh plak sembunyikkan barang supaya tak ditangkap. |
|
|
|
|
|
|
|
Lihat rajah/paparan dibawah ini...jika ko bijak bistari... yg mana satu diantara mereka ini yg buat buat bodoh dan yg mana satu bodoh azali...(tak boleh ever dibentuk/diajar)
?
[youtube]KbAm38NJi28[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
see... boleh je buat2 bodoh kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nenasketum replied at 24-4-2022 05:43 PM
Gantung jer laaaa, menyemak la nanti balik sini nanti. Tak kira la bangsa apa, iq rendah boleh plak ...
Mungkin sebab iq rendah ler kantoi sorok dadah. |
|
|
|
|
|
|
|
mat saleh ni ingat Singapore masih di jajah White supremacy parasite? |
|
|
|
|
|
|
|
Lega bukan jd dkt malaysia. Kalau x dah kena cop negara oleh antarabangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
|