View: 5723|Reply: 83
|
Tak Ada Simptom, Ibu Tak Sedar Anak Positif Covid-19- Bayi 4 Bulan Tiba-Tiba Maut Dalam Tidur
[Copy link]
|
|
Ibu mana yang tidak terkejut apabila anak yang lincah tiba-tiba terkujur kaku tidak sedarkan diri.
Lebih menyedihkan apabila dalam keadaan kecemasan itu, tidak ada satu pun hospital swasta yang ingin menerima pesakit.
Berkongsi cerita tentang kematian anak yang baru berusia empat bulan dua hari, Aina Mazlan memberitahu, anaknya disahkan meninggal dunia pada pukul 6.47 petang, 12 April lalu.
Foto: mStar Online
Ujarnya pada pagi hari kejadian, dia membawa dua anaknya iaitu Aidan serta Aurelia Adreena Mohamad Afi ke kedai makan ibunya kerana mahu membeli barang-barang tempahan gift box kuih raya.
"Ibu teman saya pergi beli dan dia tolong jagakan anak-anak dalam kereta. Semasa ibu jagakan, Aurelia dalam keadaan baik dan bermain dengan nenek dia... mereka juga buat panggilan video dengan datuk.
"Dalam pukul 12, saya dan anak-anak balik rumah seperti biasa. Bagi anak sulung main dengan adik dia sebelum tidur dan pada masa ini, Aurelia masih aktif serta tidak tunjukkan tanda sakit mahupun demam.
"Dia tak menangis mahupun merengek, kemudian kedua-dua beradik itu tidur. Nak dijadikan cerita, pada pukul 5 petang saya tengok mereka masih tidur dan berfikir mungkin masih penat, jadi saya terus ke dapur untuk mengemas.
"Selepas 30 minit, saya tengok balik dan nak kejut bagi susu... tapi bila angkat, Aurelia tidak beri sebarang tindak balas," kongsinya di Twitter.
Foto: mStar Online
Terkejut dengan situasi itu, dia cuba mengejutkan Aurelia dan mendapati mata anak keduanya tertutup sebelah dan badan sudah sejuk.
"Saya, suami dan anak sulung terus ke klinik berdekatan kerana pada masa itu orang sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa dan takut jalan sesak.
"Sampai ke klinik, doktor suruh buat CPR sementara menunggu ambulans tiba. Mereka menghubungi kesemua hospital swasta yang berdekatan tetapi tiada yang mahu terima pesakit dalam keadaan tidak sedar diri kecuali hospital kerajaan," katanya yang menetap di Kota Damansara, Selangor.
Foto: mStar Online
Tambahnya, sementara menunggu ambulans sampai, doktor di klinik terus memberikan CPR dan mereka turut menyatakan 'no pulse'.
"Doktor sentiasa sebut 'no pulse'. Saya rasa kosong sangat pada masa itu. 15 minit kemudian ambulan sampai dan terus ke Hospital Sungai Buloh, dalam perjalanan ke sana baby dapat oksigen dan masa tu dia buka mata.
"Sampai saja di hospital, terus masuk ke Unit Rawatan Rapi dan saya tunggu di luar. Semasa menunggu, beberapa doktor keluar dan bertanya jika ada ahli keluarga terdekat yang positif Covid-19 di rumah. Saya jawab tiada kerana melakukan ujian pengesanan wabak empat hari berturut-turut dan keputusan negatif.
"Tiba-tiba doktor maklumkan yang Aurelia positif sedangkan dia tiada sebarang simptom. Tidak demam, batuk mahupun selsema. Dia elok sihat dan ceria. Kemudian dalam pukul 6.47 petang, ada seorang doktor keluar panggil saya dan maklumkan baby dah meninggal dunia, mereka dah cuba pelbagai cara tetapi tidak berjaya," katanya lagi.
Walaupun sedih dengan keadaan yang menimpa itu, dia tetap reda.
Namun katanya, dia sekali lagi diduga apabila pada hari pengebumian, dia dan anak sulung tiba-tiba positif.
"Urusan pengecaman mayat, mandikan jenazah hanya dilakukan oleh suami kerana keputusan ujian dia negatif," katanya yang turut bersyukur kerana urusan pengebumian dipermudahkan dan dapat dilakukan oleh suami bersama ayahnya. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mesti dh ade jugak simptom2 lain mcm sakit tekak, sakit sendi semua...tp sebab baby kn tak pandai bagitau, sbb tu x tau...semoga keluarga baby ni tabah |
|
|
|
|
|
|
|
Susah gak klo xde symptom. Tau2 positif. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesak nafas dalam diam kut...kesiannya. Moga mak bapa tabah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baby kan..mana lah reti nak bagitau sakit2 badan kena Omicron. Demam takde, selsema pun takde. Itulah masalahnya bila bergantung pada simptom nak detect sakit... |
|
|
|
|
|
|
|
moga tenang di sana..al-fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
tapi dia dah buat test katanya 4 hari berturut2 -ve result
cuma unsure bila dia buat ujian itu
penting juga ya ujian pengesanan ni
since tak ada simptom |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah...
Parent pun benak... Di forum juga sama... Alaaa kena jankiti covid flu like saja... Budak lagi immune system kuat....depa ini apa yang depa fikir / Cakap sendiri tidak faham... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa dia buat test 4 hari berturut2? Ada close contact ke |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm anak aku, berlari sini sana, berhuha haha, tiba2 je tgk da menelepek atas lantai. Tgk badan da panas. Buat rtk negatif. Demam da kebah, chk balik, positif da. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang ada baby born premature jaga extra careful...yang jankiti covid prem baby lagi bahaya dari baby lahir cukup bulan... If oul tidak perduli tentang diri sendiri jankiti covid flu like saja... Please care uol pada baby... |
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc replied at 25-4-2022 01:27 PM
Kenapa dia buat test 4 hari berturut2? Ada close contact ke
terpikir benda yg sama jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita tak habis ni. Biasalah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik kening bapak baby nj |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 25-4-2022 01:27 PM
Takziah...
Parent pun benak... Di forum juga sama... Alaaa kena jankiti covid flu like saja... Buda ...
sama jugak bila doktor tegur mak bapak bawak anak2 kecik pegi bazar..pakat2 marah doktor tu pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc replied at 25-4-2022 01:27 PM
Kenapa dia buat test 4 hari berturut2? Ada close contact ke
rasa mcm tu jugak..kalau tak, takkan saja2 buat test sampai 4 hari |
|
|
|
|
|
|
|
kalau saliva test mmg susah nk detect kalau di awal jangkitan...iols mcm tu la...ari ke 5 baru dpt detect...
|
|
|
|
|
|
|
|
Yep... member aku pun ckp mcm ni.. budak imun kuat.. tak nak cucuk.. tak nak cucuk.. tp berjimba kesana kemarii.. aku diam sajelaa |
|
|
|
|
|
|
|
_kelly replied at 25-4-2022 02:06 PM
rasa mcm tu jugak..kalau tak, takkan saja2 buat test sampai 4 hari
Contact rapat aje yg buat test berderet2 cmni kan. Kalau bukan contact rapat buat apa nak buat test berderet2. Maybe 4x test tak detect tpi sebenarnya dah ada.
Macam ai lah aritu 4/5x test negatif tak puas hati pergi klinik .rupanya positif |
|
|
|
|
|
|
| |
|