View: 1270|Reply: 7
|
[Jenayah]
Bahana BerTikTok: Selain ASP, Superintendan pun diambil tindakan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) tatacara penggunaan media sosial.
Pengarahnya, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, terdapat tiga arahan berhubung tatacara penggunaan media sosial iaitu pada Mei 2014, Ogos 2020, dan Februari 2021.
"Mengikut arahan berkenaan memang tidak dibenarkan (rakaman secara langsung), kita akan tunggu siasatan daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).
"Jika dilihat video berkenaan memang nak promosi. Kita tidak pilih bulu, kalau di Johor dulu bukan setakat Asisten Superintendan (ASP), Superintendan pun kita ambil tindakan, apa pun kita tunggu siasatan lengkap," katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Ayob turut mengesahkan anggota wanita berkenaan adalah pegawai JSJN Bukit Aman dan sedang melakukan operasi di sebuah pusat hiburan.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain mengarahkan Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) menyiasat video siaran langsung oleh pegawai polis wanita yang didakwa dilakukan ketika serbuan di pusat hiburan.
Arahan itu dikeluarkan bagi mengetahui motif dan tujuan sebenar pegawai berkenaan membuat rakaman menerusi akaun TikTok itu.
Razarudin dilaporkan berkata, satu arahan berhubung penggunaan media sosial dalam kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama membabitkan aplikasi TikTok akan dikeluarkan JIPS hari ini.
Terdahulu, pegawai polis wanita berpangkat ASP dikecam selepas membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok semasa melakukan serbuan.
Video berdurasi seminit 38 saat itu dipercayai sewaktu menjalankan pemeriksaan ke atas pusat hiburan bersama beberapa pegawai dan anggota lain.
Disiarkan pada: April 25, 2022 @ 3:05pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/04/835835/bukan-setakat-asp-superintendan-pun-kita-ambil-tindakan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ntah nye. Benti la jadi polis, boleh la tiktok sampai lebam |
|
|
|
|
|
|
|
apsal skang byk anak buah datuk ayub ni semua spesis sarkas eh?
akak mmg dah takde rasa hormat lgsg kt depa ni semua
dr kes macau scam smpi la ke kes tiktok ni sume la apa lancau |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm santai2 ja kerja polis kan .. takyah pikir kes2 nak setel..pikir berapa view dapat jah
Ntah2 ada kabel besar dia ni tu yg gedik terlebey
|
|
|
|
|
|
|
|
ASP.NET tersenyum sinis, dino Apple tersenyum sinis
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
klu polis nk buat operasi tu xyah la, klu bomba tunjuk2 tips ke ok la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|