CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Tempatan] Dominasi kartel ayam: KPDNHEP, polis siasat campur tangan politik

[Copy link]
Post time 26-4-2022 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Dominasi kartel ayam: KPDNHEP, polis siasat campur tangan politik

https://www.utusan.com.my/nasion ... pur-tangan-politik/

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
26 April 2022, 3:51 pm


ALEXANDER Nanta Linggi ketika mengadakan walkabout Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa Tahun 2022 di AEON Mall, Nilai Seremban hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi agensinya, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang menjalankan siasatan berhubung terdapatnya campur tangan politik sejak sekian lama dalam isu membabitkan dominasi kartel terhadap industri peternakan ayam di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, siasatan yang dimulakan sejak beberapa bulan lalu itu turut melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Satu agensi di bawah kementerian iaitu MyCC sedang menjalankan siasatan dalam perkara ini, sudah bermula beberapa bulan. Ini bukan perkara mudah untuk disiasat, mesti diteliti secara terperinci barulah kita boleh pastikan.

“Oleh kerana kalau ada kartel pun ramai yang terlibat, agak kompleks, jadi memerlukan siasatan yang sangat-sangat rapi dan menyeluruh.

“Tidak boleh terlalu cepat mengatakan ada kartel, mungkin ada, saya tidak menafikan, juga belum pasti lagi, supaya kita lebih elok, kita tunggu laporan MyCC itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program walkabout Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa Tahun 2022 dan Pelancaran Program Jualan Malaysia Rancak Aidilfitri di AEON Mall, Nilai di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, campur tangan politik sejak sekian lama dalam isu membabitkan dominasi kartel terhadap indus­tri peternakan ayam di seluruh ne­gara menyebabkan pihak ter­babit terus bermaharajalela.

Malah akhbar ini di­fa­­hamkan, kegagalan me­­­nu­buh­­­­­k­an lembaga khas ba­gi me­ngawal industri ternakan ayam juga dikaitkan dengan cam­pur tangan ahli politik.

Tanpa mendedahkan nama, sumber mem­be­ritahu, sepatut­nya selepas pendedahan demi pen­de­dahan terhadap isu kartel ayam, Malaysia sepatutnya sudah menubuh­kan lembaga khas bagi me­ngawal industri dan menstabilkan harga di pasaran.

Sementara itu, Nanta memberitahu, siasatan awal berhubung perkara tersebut masih belum dipastikan dan ia memerlukan siasatan yang lebih terperinci.

“Kita tunggu, apabila dibuat laporan dan siap siasatan, bukan kami di KPDNHEP sahaja, ia akan melibatkan kementerian lain juga, sebab libatkan bekalan dan sebagainya, biarlah kita tunggu.

“KPDNHEP ada peranan dalam itu, sebab kita harga barang, yang dikatakan kartel itu juga ada kaitan. Kalau ada nanti memang KPDNHEP akan bersama kementerian lain untuk kita menangani apa sahaja yang sepatutnya kita buat, biarlah kita tunggu dahulu,” katanya. – UTUSAN

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.036272 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list