View: 4505|Reply: 42
|
[Jenayah]
Mahkamah Singapura membenarkan ibu Nagaentran berpegangan tangan sebelum digantung
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 27-4-2022 04:00 PM
Singapura: Mahkamah Rayuan Singapura pada Selasa menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu Nagaethran Dharmalingam untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.
Dengan keputusan itu menamatkan ikhtiar saat akhir warga Malaysia berusia 34 tahun itu yang dijadualkan dihukum gantung, (hari ini) selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati ke atasnya bulan lalu.
Panchalai Supermaniam memfailkan permohonan itu dengan bantuan rakan-rakan dan aktivis tanpa diwakili mana-mana peguam.
Terdahulu, semasa perbicaraan, Panchalai berkata melalui jurubahasa: "Saya ibunya. Saya membuat petisyen. Kami mahu dia hidup... Kami perlu mendapatkan peguam untuk kes ini."
Beliau ditemani anak saudaranya Thenmoli Sunniah.
Asas kepada cabaran undang-undang itu ialah Hakim Sundaresh Menon yang mengetuai dan menolak rayuan Nagaenthran sebelum ini merupakan Peguam Negara yang telah mendakwa Nagaenthran dan memastikan sabitannya.
Perbicaraan didengar di hadapan tiga Hakim iaitu Andrew Phang; Judith Prakash; dan Belinda Ang bermula 2.30 petang dan ditangguhkan kira-kira 30 minit kemudian sebelum disambung semula pada 4.30 petang untuk mendengar keputusan.
Selepas permohonan ibunya ditolak, mahkamah membenarkan Nagaentran berpegangan tangan dengan tujuh ahli keluarganya yang hadir di kamar mahkamah.
Mengenakan pakaian seragam penjara berwarna ungu, Nagaentran kelihatan tenang semasa bercakap dengan ibu dan ahli keluarganya.
Berasal dari Perak, Nagaenthran dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72g heroin pada 2009 ke Singapura, yang diketahui antara negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia.
Kes Nagaentran menarik perhatian pihak luar.
Pada 7 November 2021, dilaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong memohon kelonggaran dalam kes itu.
https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/04/836256/ikhtiar-terakhir-selamatkan-nagaenthran-gagal
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
No kompromi. Klau kt sini lps sbb kesian |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah namanya kasih sayang seorang ibu. Mereka sanggup lakukan apa sahaja.
|
|
|
|
|
|
|
|
memang dia bersalah ke kena khianat ye?
kasih ibu cmtu la utk ank. |
|
|
|
|
|
|
|
Xde sapa2 yg nk komplen ke tukar hakim yg jatuh hukum tu ke? Kot2 dlm akaun ada juta2..... |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 27-4-2022 10:32 AM
Xde sapa2 yg nk komplen ke tukar hakim yg jatuh hukum tu ke? Kot2 dlm akaun ada juta2.....
baguskan negara sane tu tegas dan tak goyang wpn diasak. kt sini tanam ketum berpokok2 pn lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
Dadah musuh no 1 negara... |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah digantung awal pagi tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Kepot replied at 27-4-2022 10:16 AM
memang dia bersalah ke kena khianat ye?
kasih ibu cmtu la utk ank.
Ikat kat betis dadah tu. Bukan kene khianat. Dia mengaku pehtu tak mengaku kalo tak silap. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kesian kat ibu..jangan la jebak2 kes eder dadah ni. Lain la ko anak yatim...Heroin kot...ni utk druggy hardcore yg ketagih teroks. Tak berbaloi. |
|
|
|
|
|
|
|
ingat Singapore tu Malaysia ke boleh nak kawtim2 kes dadah. kat sini yelah, kantoi tanam ganja pun takpe asalkan anak Vincent Tan. kalau ko anak orang awam, tak lepas le. |
|
|
|
|
|
|
|
ada undang2 tegas pun ada penagih jugak kat sana..ada penagih ada la pengedarnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini sah2 sokong LTTE pun boleh lepas... |
|
|
|
|
|
|
|
pengajaran buat semua...x kira kau OKU @ IQ rendah @ educated ke apa....KATAKAN TIDAK PADA DADAH!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
acah2 kesian ngn kartel dadah konon... waaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkah
mana dapig??? tak nak salahkan kerajaan Malaysia ke?? fitnah la apa yang patut... buat kuil tepi jalan atas tanah kerajaan secara haram pun boleh jadi halal... takkan benda2 cam ni nak aku ajar kot??? |
|
|
|
|
|
|
|
jangan hisap dadah...hisap dada boleh! |
|
|
|
|
|
|
|
Pegang tangan pun nak buka benang khas
|
|
|
|
|
|
|
|
oh yeke.
sbb baca kata kurg upayakan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|