View: 1252|Reply: 5
|
30 Tahun Goreng Samosa Dalam Tandas
[Copy link]
|
|
Pihak berkuasa Arab Saudi menutup sebuah restoran di Jeddah selepas membongkar tindakan pemiliknya menyediakan kuih samosa dan snek makanan lain di dalam tandas sejak lebih 30 tahun lalu, lapor laman berita Gulf News.
Serbuan dibuat berdasarkan maklumat yang diterima ke atas restoran yang beroperasi di dalam sebuah bangunan kediaman.
Gambar hiasan
Selain lokasi penyediaan makanan yang menjijikkan, kesemua pekerja restoran juga tidak memiliki kad kesihatan dan melanggar undang-undang bangunan kediaman.
Menurut akhbar tempatan, Okaz, restoran itu didakwa turut menggunakan daging, ayam dan keju yang sudah tamat tempoh lebih dua tahun lalu.
Kehadiran makhluk perosak, serangga dan tikus turut dikesan di tapak tersebut.
Pihak perbandaran berkata, ia telah menutup beberapa restoran haram selain merampas dan memusnahkan lebih daripada satu tan bahan makanan sejak awal tahun ini.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Masjidil Haram Jaddah betul |
|
|
|
|
|
|
|
Hati ni terus berdetik "tak kedai indon, mesti kedai bangla" |
|
|
|
|
|
|
|
eeeeeeeeeuww..pengotor gila 30 tahun aniaya orang weh
mesti yg pernah makan rasa nak termuntah |
|
|
|
|
|
|
|
ni bangsa etis keturunan Arab la ni.... waaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Euwww lamanya dah meniaga baru terbongkar. Dari gambar kuihnya tu pasti dari mereka yang asal block belah sana. |
|
|
|
|
|
|
| |
|