View: 604|Reply: 4
|
Main Di Pelantar Ikan, Mata Oyen Tersangkut Mata Kail
[Copy link]
|
|
Pangkor: Seekor kucing betina jalanan berwarna oren bernasib malang apabila hujung matanya tertusuk mata kail ketika bermain di pelantar ikan di sini, hari ini.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor, Mohd Suhaimi Mohd Kasim berkata, kejadian disedari seorang wanita yang kemudiannya membawa haiwan berkenaan ke balai untuk mendapatkan bantuan mengeluarkan mata kail itu pada 10.27 pagi.
Foto: Harian Metro
"Ia adalah kucing jalanan tetapi selalu bermain dan makan di kawasan pelantar itu serta sering diberi makan oleh individu di pulau ini.
"Kami kemudiannya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mata kail itu. Pada mulanya haiwan itu seperti mahu meronta tetapi berdiam diri dan sesekali mengiau seolah-olah menahan sakit," katanya ketika dihubungi.
Mohd Suhaimi berkata, operasi mengeluarkan mata kail itu mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum ia berjaya dikeluarkan sepenuhnya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
sakitnyaa sian oyeng |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu..oyen oh oyen...ada je benda nakal yg kamu nak buat...sib baik x buta mata kamu... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu..oyen oh oyen...ada je benda nakal yg kamu nak buat...sib baik x buta mata kamu... |
|
|
|
|
|
|
|
alah oyen... lain kali main tu hati-hati ye nak..
semoga oyen cepat sembuh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|