CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1510|Reply: 13

[Dunia] Berpuluh ribu pengguna tutup akaun selepas Elon Musk beli Twitter

[Copy link]
Post time 28-4-2022 06:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 28-4-2022 11:06 PM

WASHINGTON – Sejak berita mengenai bilionair Elon Musk membeli Twitter tersebar, berpuluh-puluh ribu pengguna terutamanya di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menyahaktif akaun mereka, lapor akhbar Metro UK semalam.

Perkara itu disedari oleh pengguna laman Twitter terutamanya individu berprofil tinggi dan ahli politik. Mereka menyaksikan penurunan mendadak dalam bilangan pengikut masing-masing.

Twitter mengesahkan kepada rangkaian televisyen NBC News bahawa penyahaktifan akaun secara besar-besaran itu dilakukan oleh pengguna sebenar (manusia) dan bukannya bot atau program automasi.

Pada Selasa lalu, Twitter berkata, kadar turun naik dalam bilangan penggunanya berlaku disebabkan oleh penutupan akaun. Berdasarkan akaun yang kehilangan pengikut, nampaknya pengguna berhaluan kiri memilih untuk keluar daripada  platform itu.

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang memiliki pengikut paling ramai di Twitter telah kehilangan lebih 300,000 pengikut,  manakala Alexandria Ocasio-Cortez hilang lebih 11,000 pengikutnya  sejak berita pemilikan Twitter oleh Musk diketahui umum.

Sebaliknya, ahli politik berhaluan kanan seperti anggota Kongres Parti Republikan, Marjorie Taylor Greene mencatat peningkatan bilangan pengikut hampir 100,000 pada akaun rasminya dalam tempoh hanya 24 jam.

Greene merupakan penyokong bekas Presiden AS, Donald Trump. Trump disekat secara kekal daripada Twitter kerana menyebarkan maklumat salah mengenai  Covid-19.

Reaksi itu tidak terhad hanya di AS dengan pemimpin berhaluan kanan seperti Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mencatat kira-kira 90,000 pengikut baharu.

Bukan sahaja ahli politik, malah penghibur berhaluan kiri seperti Katy Perry dan Taylor Swift masing-masing kehilangan lebih 200,000 dan 100,000 pengikut. – Agensi

https://www.kosmo.com.my/2022/04/28/puluhan-ribu-pengguna-tutup-akaun-selepas-elon-musk-beli-twitter/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sebelum ni pak arab pegang saham dia orang ok je.kenape bila bangsa dia orang pegang saham.diaorang lari?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ramai pengguna di malaysia deactivate account twitter?

Tiada siapa peduli.

Di Malaysia ni pengguna tegar fb/ig dan tiktok
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 12:07 AM | Show all posts
abis la etis2 pondan2 gay2 pedo serbu fesbuk ngn youtube pulak..... bersepah la kontent pondan2 ngn gay2 pedo ni membaca buku cerita anak2 korang.. lepas tu ajar pasal seks kat anak2 kecik korang... dan tak lupa ajar anak2 jantan korang suruh potong totey....waaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 01:18 PM | Show all posts
aku xtau la statik atau rating worldwide twitter user kat us skrg neh.tapi 2-3 tahun sudah americans mmg tahap sedehh je dgn twitter ni.aku pun tak paham pehal lak puak2 dem neh gelabah teteks sgt ni.drama je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 02:31 PM | Show all posts
boleh sesiapa explain kenapa kita kena menggelabah elon musk beli twitter? dia ni tiba2 beli twitter pasal tak puas hati dengan budak yg stalking private jet dia ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2022 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
hang nak katup ka nak buka ka akaun twitter tu,akak x kisah pun dik
yg penting akak dpt byk info dan belajar bende baru kt twitter sana
mcm2 info akak dpt.kdg2 dpt gak insider news bagai dr org2 dlm tu
so?? ada akak kisah korang nk katup akaun twitter tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 04:53 PM | Show all posts
_blackbird replied at 29-4-2022 02:31 PM
boleh sesiapa explain kenapa kita kena menggelabah elon musk beli twitter? dia ni tiba2 beli twitter ...

Bukan pasal budak tu tapi lebih kepada strategy perniagaannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Twitter la paling aku x berminat nak join berbanding fb, ig, tik tok srmua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sampai ke sudah tak reti sgt konsep bertwidder tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 06:36 PM | Show all posts
Tutup sekejap je tu!

Tetapi dari awal dia sudah memberitahu jika twitter jatuh, $44b tiada kesan apa apa pun bagi dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 07:37 PM | Show all posts
dlm byk2 socmed, twitter ni la paling toxic, penuh dgn pentaksub dan wokerati... dah mcm echo chamber gitu, kalo ko menongkah arus siaplah ko dibuli dan kena doxxing.

btw katanya, Twitter dah lock staff nya drpd ability dan akses mengubah features nya - in case staff acah2 aktivis kemanusiaan nak sabotaj twitter. apapun, ai nak tengok sejauh mana kebebasan bersuara yg dijanjikan oleh Musk. konservatif dan liberal boleh bergasak tanpa bias. asyik2 woke brigade jah bole terlepas dgn ugut bunuh org yg tak sealiran dgn dia org. konservatif pulak setakat bg harmless comments di banned.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mzz guna twitter utk contact service providers mcm astro, poslaju, ptptn, celcom etc. Laju deme balas dm.. kalau call mau berjanggut tunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suke gak layan twitter. Nmpk la sisi liberal aku ni. Kadang kalo aku nak fefeeling jumud dan konservatif, aku layan ar fesbuk balik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.044406 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list