CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1616|Reply: 12

[Tempatan] [VIDEO] Menjual sampai tertidur, 'Adik Kerepek' disiasat Jabatan Kebajikan Masyarakat

[Copy link]
Post time 28-4-2022 09:36 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka menyiasat kemungkinan wujud kes eksploitasi kanak-kanak lelaki menjual kerepek sehingga tertidur di kaki lima restoran makanan segera di Limbongan di sini seperti yang tular sejak semalam.

Pengarahnya, Burhanuddin Bachik berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan terhadap kanak-kanak berusia lingkungan 11 hingga 12 tahun itu jika terdapat pelanggaran kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurutnya, orang ramai diminta tidak menularkan video berkenaan sebelum membuat semakan dengan agensi berkaitan untuk mengetahui kebenaran kes berkenaan.

“Kita bimbang sekiranya apa yang ditularkan itu tidak betul, ia akan beri kesan besar kepada masyarakat, agensi kebajikan dan semua pihak seolah-olah tiada peranan dalam membantu mereka.

“Lebih buruk, jika trend penyebaran tanpa semakan ini berterusan, ianya akan membuka ruang aktiviti penipuan yang lebih besar kepada sindiket terutamanya di bulan Ramadan lebih ramai berebut menyumbang untuk mendapat ganjaran pahala lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita ketika diminta mengulas mengenai penularan empat klip video berdurasi 39 dan 43 saat dimuat naik pengguna TikTok menggunakan akaun @danielalii memaparkan kanak-kanak tersebut yang kenali sebagai Acap tertidur di kaki lima sambil membawa sebakul kerepek.

Turut disertakan dalam rakaman itu yang sehingga kini merekodkan hampir empat juta tontonan itu adalah lokasi kejadian di sebuah restoran makanan segera di Limbongan di sini.

Berdasarkan satu lagi klip video berasingan, pengguna akaun terbabit berkongsi kutipan berjumlah RM1,055.16 hasil sumbangan orang ramai melalui tabung bantuan yang dibuka.

Turut dikongsikan adalah majlis penyerahan wang bantuan terbabit berjumlah RM1,220 kepada Acap bersama sekumpulan individu dipercayai keluarganya di lokasi sama.

Pengguna akaun sama turut berkongsi klip video membuka semula tabung sumbangan kali kedua kepada ‘adik kerepek’ yang dijangka dijangka diadakan secara langsung pukul  9.30 malam ini.

Mengulas lanjut Burhanuddin berkata, pemilik akaun TikTok terbabit sewajarnya membuat semakan terlebih dahulu mengenai kesahihan kisah sebenar dengan agensi berkaitan sebelum menyebarkannya.

“Kita bimbang sebab trend kisah meraih simpati sebegini nampaknya berlaku peningkatan setiap kali menjelang Ramadan dan ia sebenarnya agak membimbangkan.

“Setakat ini, JKM Melaka tidak menerima laporan kes ini dan pukul 4 petang tadi, menggerakkan Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak daerah Melaka Tengah ke lokasi untuk menyiasat dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut sekiranya berlaku kes kecuaian,” katanya.

Tambah beliau, siasatan dan laporan lengkap juga perlu disediakan untuk mengetahui situasi kanak-kanak tersebut, sama ada dia menjadi mangsa kes eksploitasi atau keluarganya tidak berkemampuan.

“Sekiranya benar berlaku eksploitasi, ibu bapa kanak-kanak lelaki itu juga dikenakan tindakan bawa Akta Kanak-Kanak 2001 kerana cuai dalam penjagaan manakala kanak-kanak terbabit akan ditempatkan di institusi kebajikan.

“Namun jika benar mereka adalah keluarga susah dan memenuhi kelayakan JKM, bantuan sewajarnya akan dipertimbangkan termasuklah sesi kaunseling,” katanya.

https://malaysiagazette.com/2022/04/28/jkm-siasat-jika-wujud-eksploitasi-kes-adik-kerepek/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 09:50 PM | Show all posts
Carri nafkah utk keluarga bukan tanggungjwb budak. Sbb tu klu tak mampu pakai condom.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 09:54 PM | Show all posts
Tapi ofcoz blh tolong dlm skala yg berpatutan dgn umur klu family berniaga. Tapi agak2 lah jgn ambil kesempatan pd anak2 yg kecil lagi. Aku dulu masa sekolah jual kerepek, mak aku buat bwk g sekolah kerepek paket kecil2. Zmn dulu2 ramai budak2 berniaga mcm ni tp takdelah dilepaskan kat bandar besar jalan sorg2.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 09:56 PM | Show all posts
Orenn1 replied at 28-4-2022 09:50 PM
Carri nafkah utk keluarga bukan tanggungjwb budak. Sbb tu klu tak mampu pakai condom.

zaman ni kena campak jauh2 cogan kata "anak pembawa rezeki".
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 10:10 PM | Show all posts
edee_91 replied at 28-4-2022 09:56 PM
zaman ni kena campak jauh2 cogan kata "anak pembawa rezeki".

Kheenn...cogankata tu tak blh pakai klu tak usaha. Jgn jadikan anak sebagaiiii mangsa. Ajar anak minat berniaga or dedahkan anak dgn perniagaan tak sama ye dgn kerah budak2 cari rezeki. Aku dgr cita dr mak aku anak2 saudara aku jenis nak buat duit so dorg jual kertas lukisan kat sekolah time kelas lukisan laku lah budak2 yg tak bawak tu beli walaupun tak mahal tp dorg happylah kepuasan dapat jual brg n dpt untung skit. Ok lah mcm tu cara budak2. Aku dulu dpt komisen jugak dr mak aku, klu bwk kerepek mmg habis ye. N ini just sampingan.  Ada cara nak nak dedahkan budak2 dgn perniagaan or tanggungjwb. Ada skala dia.

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 10:15 PM | Show all posts
edee_91 replied at 28-4-2022 09:56 PM
zaman ni kena campak jauh2 cogan kata "anak pembawa rezeki".

Bagi kaka, anak itu AMANAH
Our responsibility a-z.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2022 10:16 PM | Show all posts
xAthenax replied at 28-4-2022 10:15 PM
Bagi kaka, anak itu AMANAH
Our responsibility a-z.

setuju.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati hitam ni bbisik kalo badan sedap mcm tu InsyaAllah cukop makan budaknye. Ni kes makpak tolak kt ank bjual sbb org kita mudah simpati ngn budak2. La ni bsepah org wat content budak jual buah jual brooch jual segala maknenek patu tup2 bukak tabung sumbangannn...janji niat kita nk sedekah (dpt pahala) kalo depa tipu tu urusan ngn Allah gitohhhhh  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Berniaga kerepek mmg hidup susah. Yang berniaga kosmetik kaya raya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Msia ni kena tunggu tular … baru onz!
Lepas ni Ustaz EL akan muncul.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 11:09 PM | Show all posts
ultra78 replied at 28-4-2022 10:22 PM
Berniaga kerepek mmg hidup susah. Yang berniaga kosmetik kaya raya.

Aku pikir bergantung jugak dgn zaman n kepelbagaian bisnes jugak. Klu jual kerepek saja mungkin susah jugaklah. Kerepek untung byk mana sgttt. Mak aku dulu bisneswoman lol jual kerepek tu mcm sampingan sbb permintaan tak pernah putus walaupun kdg2 takde masa utk buat kerepek, dia dulu jual pinggan mangkuk arcopal visoion segala mak nenek, berkotak2 naik turun hantar rmh org ayah aku jd driver bila tak keja. Masa dulu buat bisnes pinggan mangkokkk mmg blh buat duitt sgtt, mak aku dgn jual kain pasang kain batik kain pelekat baju kelawar, kain pasang sutera, mmg kalah org keja makan gaji, tambah2 klu cara hidop sederhana takde nak beli keta mewah bagaiii, lebih dr cukup semua.  Dulu saingan tak mcm skrg, skrg semua  org nak berniaga org ada keja tetap pun nak berniaga. Cuma berniaga ni takde pencen so kena simpan duit utk hari tua. Mak aku aku dah tak bagi keja sbb bahaya dia keluar aktive sorg2, zmn skrg tak mcm zmn dulu, cukuplah dulu dah aktive berniaga duit simpanan pun ada, tp tak keja takde income lah bulan2. Aku bagi kat mak aku setiap bulan sbb aku suruh dia berhenti keja n aku suruh dia pakai duit dia jugak setiap bulan sampai habis semua nanti supaya nanti2 anak2 tak begaduh psl duit. Mak dah bagi education kat anak2, anak2 blh cari duit sendiri,  semua dah senang dgn cara masing2 so cukup. Tak perlu nak gaduh nanti berubat duit mak. Nanti abang aku jugak yg dpt lebih bila tinggal pun huh


pssttt: modal utk lobaiii kohkohkohh
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 09:25 AM | Show all posts
zaman skrg ni buat kepek dh tak berbaloi
sbb guna minyak banyak
nak jual harga mahal org tak beli plak
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 09:46 AM | Show all posts
... child labour. Sapa suruh orang support juga?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.062781 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list