View: 465|Reply: 2
|
[Jenayah]
Laporan palsu dakwa diragut, remaja perempuan didenda RM1,000
[Copy link]
|
|
MELAKA: Seorang remaja perempuan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku salah membuat laporan palsu mendakwa diragut pada tahun lalu.
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh ketika mendenda Eliza Natina Marsh, 21, berkata "Setiap hari ada berpuluh ribu laporan polis terima atas pelbagai kes jenayah, bukan saja kes kamu. Kamu saja-saja buat laporan sehingga rugikan masa dan tenaga polis buat siasatan".
Mohamad Izwan dalam penghakimannya turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu. Tertuduh membayar denda itu.
"Ingat, jika IC (kad pengenalan) hilang atas kecuaian sendiri jangan saja-saja buat laporan polis. Kamu boleh bayar denda, sekarang sudah ada rekod jenayah. Saya harap kamu ambil pengajaran dan faham risiko buat laporan palsu," tegas Mohamad Izwan lagi.
Mengikut pertuduhan Eliza Natina didapati membuat laporan palsu kepada Lans Koperal Lu Zeng Kai menyebabkan Inspektor Muhammad Firdaus Othman sebagai penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang sehingga menyebabkan kegusaran kepada orang lain.
Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah pada 9 Oktober 2021, kira-kira jam 4 petang.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh membuat laporan kononnya dia didatangi suspek tidak dikenali yang mengambil barangan peribadinya mengandungi kad pengenalan diri di kawasan pasar malam Taman Sin, Ujong Pasir, di sini.
Siasatan polis kemudiannya mendapati laporan itu bercanggah dengan keterangan teman lelaki tertuduh yang menjelaskan kad pengenalan gadis itu tercicir di pasar malam berkenaan dan bukan diragut.
Tertuduh dan teman lelaki gagal mencari kad pengenalan itu dan polis mendapati motif dia membuat laporan palsu bertujuan memperbaharui kad pengenalan yang hilang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sapai ati hakim jatuhkan hukuman denda dan penjara 2 bulan semata2 gadis tu buat aduan palsu.
gadis tu patutnya daptar sbg ahli umngok supaya sprm boleh siasat hakim yg suka2 menghukum.
|
|
|
|
|
|
|
|
umur 21 tu kira remaja ye?
rempit sangat peelnya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|