|
Gambar hiasan
Cuaca cerah hampir di semua negeri pagi ini
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca cerah hampir di semua negeri pagi ini.
Bagaimanapun, menurut MetMalysia, terdapat beberapa lokasi melibatkan pesisir pantai Langkawi dilaporkan hujan dan dijangka kembali pulih menjelang tengah hari nanti.
“Selain itu, beberapa kawasan di Sabah melibatkan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu turut dilaporkan hujan dan mendung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, katanya, cuaca buruk dijangkakan akan melanda kebanyakan kawasan melibatkan bahagian barat dan pendalaman semenanjung menjelang lewat petang nanti.
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan untuk merancang perjalanan serta sentiasa berwaspada susulan amaran cuaca buruk. – KOSMO! ONLINE
|
|