|
NEW YORK: Seorang vlogger dari Amerika Syarikat (AS) yang menjalankan eksperimen pelik dengan hanya memakan daging mentah setiap hari, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warganet.
Memetik laporan Mirror, lelaki itu yang merupakan pemilik akaun Instagram, @rawmeatexperiment mula mengamalkan tabiat pemakanan luar biasa tersebut, akhir tahun lalu.
Setakat ini, lelaki itu berjaya makan daging mentah kegemarannya selama 116 hari tanpa mengalami keracunan makanan serius.
Foto: Mirror
Menurut laporan, lelaki itu makan daging mentah termasuk ayam, stik, ikan bersama pengambilan telur dan susu mentah.
Video yang memaparkan cabaran lelaki itu memakan daging mentah setiap hari berjaya menarik lebih 144,000 pengikut.
Namun kini, ramai warganet menyuarakan kebimbangan dengan tabiat makanan lelaki itu selepas dia memuat naik hantaran yang semakin pelik dalam media sosial.
Malah, ada yang menganggap lelaki itu seolah-olah ketagih makan daging mentah.
Rata-rata warganet mempertikaikan tindakan lelaki itu dan menasihatinya agar menjaga kesihatan.
“Anda perlu minum air yang banyak,” kata seorang pengikutnya.
Seorang lagi pengguna media sosial berkata, lelaki itu melakukan cabaran demikian hanya untuk meraih perhatian.-CARI
Sumber: Utusan |
|