CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3142|Reply: 30

[Tempatan] Pelanggan batal tempahan di saat akhir, peniaga santan buntu

[Copy link]
Post time 3-5-2022 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 3-5-2022 03:05 PM

GEORGE TOWN – “Saya terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit susulan pelanggan membatalkan tempahan mereka di saat akhir memandangkan Hari Raya Aidilfitri disambut awal sehari daripada tarikh jangkaan.”

Itu luahan salah seorang peniaga santan di Pasar Bayan Baru di sini hari ini

Roziah Roseli, 38, berkata, pengumuman sambutan Hari Raya Aidilfitri jatuh hari ini amat mengejutkan sekali gus membuatkan dia buntu memikirkan lambakan kelapa dan santan di premisnya.

“Tempahan daripada pembekal tiba awal pagi dan saya tidak boleh kembalikan semula barang ini kepada mereka sekali gus menyebabkan saya perlu menanggung kerugian sepenuhnya.

“Kami peniaga santan di pasar bukannya dapat banyak tempahan pada hari biasa jadi bila musim perayaan baru nak rasa untung lebih sebab tempahan meningkat namun semua impian itu meleset.

“Saya tak boleh salahkan pelanggan kerana pengumuman raya ini berlaku di luar jangkaan,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Roziah, ini merupakan kali pertama dia berdepan situasi begini sepanjang 15 tahun bergelar pengusaha santan di pasar tersebut.

“Bukan saja tanggung rugi malah persiapan raya keluarga saya tahun ini juga tergendala disebabkan kami perlu membuka kedai seawal pukul 4.30 pagi.

“Teruja nak sambut raya selepas pandemik Covid-19 tetapi yang berlaku adalah di sebaliknya,” kata Roziah.

Terdahulu tinjauan MalaysiaGazette mendapati pasar awam itu lenggang tanpa pelanggan manakala hanya beberapa gerai membuka operasi perniagaan hari ini.

Antara gerai yang dibuka membabitkan santan, ayam segar, sayur-sayuran. Bagaimanapun rata-rata peniaga ikan didapati tidak berniaga susulan pasar tersebut dikatakan selalunya tidak pelanggan pada hari raya pertama.

Sementara itu, peniaga ayam segar, Muhammad Muzamir Mohd Fauzi, 28, mereka menempah 700 ekor ayam hari ini untuk dijual kepada pelanggan.

“Selalunya sehari sebelum raya memang banyak pelanggan akan datang membeli ayam tapi kali ini semua itu meleset sebaliknya yang datang hari ini kebanyakkan pelanggan sudah membuat tempahan semalam.

“Bagaimanapun saya kena pastikan semua ayam segar itu terjual hari ini memandangkan kami akan menutup perniagaan selama lima hari sempena perayaan ini,” jelasnya yang mengusahakan perniagaan bapanya.

https://malaysiagazette.com/2022/05/02/peniaga-santan-rugi-pelanggan-batal-tempahan-saat-akhir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2022 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
lah boleh je buka kedai niaga kan, malam raya tu sampai pukul 12 org berniaga lg, tapi jgnlah ambil kesempatan naikkan harga santan, kemain eh jual santan raya kedua harga sekali ganda naik banding hari biasa, ke harga santan kat kg mmg mahal banding kl
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila bulan berwarna biru-Arab & Aidit.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
weolls pun masak nasi mandy xdo ayam. da abes..koser nak g cari..msk lauk daging je...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah tempah boleh ker batal pulak.. patutnya ambill ja lah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
midori_katana replied at 3-5-2022 03:53 PM
Kalau dah tempah boleh ker batal pulak.. patutnya ambill ja lah..

Ni kes tempah ckp mulut je kot?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kat area i bila umum je raya, most kedai buka semula business..
even pasar pun buka..
ramai je customer datang beli barang..
dah u yang pilih nak buka awal pagi, hadap je la takde customer sebab dorang dah tentu bergegas beli barang malam tu juga..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh je jadik santan beku. melain kan produk pun tkde kualiti.. basi lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2022 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Len kali amek tempahan amek duit sekali
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-5-2022 06:06 PM
kat area i bila umum je raya, most kedai buka semula business..
even pasar pun buka..
ramai je custo ...

Yg ni tepat sekali...mlm tu org niaga sampai 3 4 pagi...barangan basah mmg laku keras
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempahan air liur ni manede kasi deposit. Sian santan jadi pemutih longkang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 3-5-2022 06:09 PM
boleh je jadik santan beku. melain kan produk pun tkde kualiti.. basi lah

Yg ni payah jugak melainkan ada freezer seketul besar tu... kalau harap fridge kat rumah tu mmg x muat la
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 08:21 PM | Show all posts
setiap tahun kita akan dgr
tempahan santan beratus kg tak ambik deposit
tempahan kuih raya beratus bekas tak ambik deposit
kata ada pengalaman berbelas tahun meniaga
mcm mana berurusan dgn org yg tak kenal
boleh berjalan tanpa teringat nak cekau dulu deposit 50% ke atas ka
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 08:25 PM | Show all posts
Macam tak betul ja orang tempah santan. Maybe adalah sorang dua yang booking air liur peniaga pun dgn yakinnya jawab no need to book lah datang ja esok kita dah order banyaaak. malangnya esok hari raye... apa pun kesian lah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
propa je la..semua org mencari santan musim raya..takde maknanya rugi
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer ko punya rugi...ko punya untung senyap2,kecuali tokey kosmetik cap ayam.
Pekebun tolak harga 60 sen sebiji kelapa..peraih tolak 1.20sen..kedai santan jual 12 hengget sekilo santan..lagi sembang bab rugi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kampung aku pun dah xde sgt org jual santan...tapi nasib baik ar kawasan kmpg...byk kelapa...tapi lenyuh sikitla nk sagat pastu nk buat manual santan sagat plak jenis yg duduk..habis anak2 pun nyibuk kat belakang nk naik sekali
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa kalo dah booking org akan kol. Sbb tempat i pun penjual santan terpaksa bukak kedai lepas pengumuman sbb masing2 kol nk santan.

Maybe peniaga ni lambat order kelapa. Next time malam pengumuman raya tu pastikan kelapa dah siap2 order daripada pembekal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri xpandai. Dah umum tu, jual la terus stok2 santan tu mntk dgn pembekal. Tmpt2 lain pasar bukak sepanjang mlm, tutup 2pg. Esok nya pon ada je org cari lg santan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Xda booking fees ke? Padahal malam raya tu org ramai kelam kabut cari bahan dh napa oo xleh jual santan..pelik2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.052206 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list