CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

[Dunia] Turki sasar sejuta pelarian Syria pulang ke negara asal

[Copy link]
Post time 4-5-2022 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Turki sasar sejuta pelarian Syria pulang ke negara asal


PERUMAHAN dibina untuk penduduk Syria yang kehilangan tempat tinggal akibat perang di kem Kammouneh camps dekat bandar Sarmada. Ia dibina dengan sokongan Kerajaan Turki. FOTO AFP

Istanbul: Turki menyasarkan untuk 'mengembalikan' sejuta pelarian ke Syria tahun ini.

Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, pihaknya akan membina perumahan dan infrastruktur tempatan di Syria untuk pelarian yang mahu pulang sebagai galakan kepada golongan itu.

"Kami sedang menyediakan projek untuk mengembalikan sejuta saudara perempuan dan lelaki Syria ke negara asal mereka.

"Kerajaan akan bekerjasama dengan organisasi masyarakat sivil antarabangsa dan tempatan untuk mencapai matlamat itu," katanya dalam video ucapan, semalam.

Video itu disiarkan kepada ratusan orang di Idlib, barat laut Syria, semasa upacara penyerahan kunci rumah yang dibina Turki di utara negara yang dilanda perang itu untuk rakyat Syria yang kehilangan tempat tinggal.

Erdogan berkata, kira-kira 500,000 rakyat Syria kembali ke zon selamat di sempadan Turki-Syria sejak 2016.

Katanya, Turki merancang untuk menggalakkan lebih ramai orang kembali dengan membina lebih banyak rumah untuk mereka yang kembali ke Syria.

"Kami akan melaksanakan projek ini dengan 13 perhimpunan tempatan di rantau ini, terutamanya di Azaz, Al Bab, Tal Abyad dan Ras-al Ayn dan ia cukup menyeluruh.

"Di bawah projek itu, Turki juga akan membantu membina sekolah dan hospital untuk kemudahan mereka dan infrastruktur yang diperlukan ekonomi tempatan dari pertanian kepada industri," katanya.

Turki kini menempatkan lebih 3.6 juta pelarian Syria yang melarikan diri selepas perang saudara meletus pada 2011.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu turut melawat kem Kammouneh di wilayah Sarmada, barat laut Syria.

Soylu berkata, sekurang-kurangnya 100,000 rumah akan siap menjelang akhir 2022 di rantau itu dan Turki akan terus menyokong rakyat Syria.

Turki mengalu-alukan hampir lima juta pelarian secara keseluruhan termasuk rakyat Syria dan Afghanistan namun kehadiran mereka menyebabkan ketegangan dengan penduduk tempatan terutama ketika negara itu mengalami krisis ekonomi pada musim panas lalu.

Persatuan masyarakat sivil dan kumpulan bantuan bimbang isu pelarian akan digunakan sebagai kambing hitam untuk masalah negara dalam kempen pilihan raya 2023 ketika Erdogan berdepan dengan kemarahan rakyatnya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... lang-ke-negara-asal

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.141558 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list