CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1016|Reply: 9

[Tempatan] Musim perayaan, premis dobi jadi tumpuan ramai. Business melonjak naik

[Copy link]
Post time 7-5-2022 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Dobi sibuk musim perayaan, dijangka berlanjutan hingga Selasa
NORAFIZA JAAFAR | | 07 Mei 2022


Keadaan kedai dobi Mohd Fauzi pada malam Jumaat.

KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha dobi di sini mengambil inisiatif menyelenggara semua mesin basuh dan pengering bagi memastikan ia dapat berfungsi sepenuhnya pada musim perayaan.

Mohd Fauzi Mohamed Azalli, 42, berkata, kebiasaannya dobi menjadi perhatian warga kota mencuci pakaian ketika musim perayaan kerana mudah dan cepat.

Menurutnya, kedainya yang terletak di Sentul mulai sibuk sejak hujung Ramadan lalu dan dijangka berlanjutan hingga Selesa selepas warga kota pulang dari kampung.

"Tujuh mesin basuh dan lapan mesin pengering diselenggara sejak minggu lepas sebagai persediaan dan setakat ini sambutan diterima menggalakkan apabila mesin sentiasa penuh serta digunakan secara optimum.

"Kedai saya terletak hampir dengan rumah bertingkat jadi kebanyakan pengguna lebih selesa membasuh di dobi kerana boleh terus keringkan baju dan tak perlu ruang untuk sidai pakaian, " katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.


Antara baju yang siap dikeringkan menunggu masa untuk diambil oleh pemiliknya.

Mengulas lanjut katanya, dia bersama seorang pekerja berada di kedai dobi berkenaan bagi membantu pelanggan menguruskan pakaian yang siap dicuci.

"Pelanggan biasanya tidak tunggu hingga baju siap dicuci sebaliknya ada yang pergi beli barang di pasar dahulu, jadi tugas kami adalah letakkan baju yang siap dicuci atau dikeringkan pada bakul disediakan.

"Biasanya pelanggan tidak marah dan faham bahawa mesin perlu dikosongkan untuk digunakan oleh orang yang sedang menunggu giliran," katanya.

Seorang pengguna, Hazlyana Karim, 19, berkata, dia terpaksa menunggu giliran menggunakan mesin pengering memandangkan semua mesin di kedai dobi berkenaan telah digunakan.

"Saya mahu gunakan mesin pengering untuk keringkan baju sebab nak cepat kerana perlu berlepas ke Langkawi tetapi terkejut apabila terpaksa menunggu giliran kerana semua mesin pengering telah digunakan.

"Biasanya tidak sibuk seperti ini, mungkin sebab orang baru pulang dari kampung dan terus ke dobi untuk cuci pakaian," katanya.

Seorang lagi pengguna, Siti Noransu Izzte Roslee, 28, berkata, dia mencuci baju di kedai dobi kerana mahu menjimatkan masa supaya dapat menumpukan perhatian untuk melayan tetamu yang bertandang ke rumah.

"Lepas pulang dari kampung Rabu lalu, saya dah selesai cuci baju raya, cuma hari ini cuci baju harian kerana kesuntukan masa dan perlu melayan tetamu yang mahu datang ke rumah.

"Biasanya saya cuci baju pakai tangan saja tapi disebabkan sekarang tengah musim perayaan, saya pilih cuci baju di dobi kerana cepat dan tak perlu longgokkan baju kotor, rumah pun akan jadi lebih kemas," katanya.

sumber: .sinarharian.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bisnes dobi kat sskjp lah paling hanat sekali...dah q tiber sampai kat ko air tadak...ko dah la penat pusing 1 daerah carik dobi...semoga gomen pas tebujur kaku sblm raya haji
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
bila nk buka...dobi cafe....sesambil nunggu baju siap bole la ....layan netflix smbl memakn,meminum sesikit....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Seawal jam 8 pagi Ahad kedai dobi kat blkg rumah kat Kampung aku dh penuh dh org mendobi
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 8-5-2022 02:18 PM
bila nk buka...dobi cafe....sesambil nunggu baju siap bole la ....layan netflix smbl memakn,meminum  ...

Tak payah la...knowing that org msia ni tahap kebersihan masih below par..nnt habis kotor kedai dobi. Org nk basuh baju pun jadi geli..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah seronok peniaga2 kat kg setelah lama pkp org perantauan xleh balik beraya..lemang2 pun laku ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2022 02:33 PM | Show all posts
Baru semalam p kedai dobi...klu dah sibuk beraya dan jamu tetamu bilanya nak basuh baju...mmg ke kedai dobi la jawapannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2022 02:54 PM | Show all posts
pernah tgk kedai dobi yg promote wifi free
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada plk lepas loading baju terus tinggal pg tmpt lain berjam2, org lain yg nk guna dh sangkut terpaksa la tokey dobi dtg tlg keluarkan baju
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 8-5-2022 02:18 PM
bila nk buka...dobi cafe....sesambil nunggu baju siap bole la ....layan netflix smbl memakn,meminum  ...

Good idea....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048443 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list