Polis membantu seorang penunggang motosikal yang mengendong anak dengan ikatan kain pelikat di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), kelmarin.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan berkata, kejadian terbabit berlaku di Kilometer 435.1 Latar arah selatan kira-kira pukul 4 petang, kelmarin.
“Melihat kepada situasi itu, pasukan peronda telah menahan penunggang motosikal terbabit.
Polis memberikan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang dijumpai mengendong anak dengan ikatan kain pelikat di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), kelmarin.
“Hasil soal siasat mendapati kanak-kanak lelaki yang dikendong itu adalah anak kandungnya berumur sembilan tahun dan sedang dalam perjalanan ke Dang Wangi, Kuala Lumpur selepas pulang beraya di Batu Gajah, Perak,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, polis menasihatkan individu berkenaan bahawa pelakuan tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya dan pengguna jalan lain.
“Atas faktor keselamatan, pasukan peronda telah mendapatkan kebenaran Komander Lebuhraya Zon Tengah A dan Gerakan Trafik untuk membawa dan menghantar kanak-kanak itu sambil diiringi ayahnya hingg ke kediaman mereka di Flat Selayang, Jalan Chow Kit 4, Kuala Lumpur,” ujarnya.
Justeru, pihak polis menasihatkan pengguna lebuhraya agar lebih peka dengan soal keselamatan dan berhati-hati semasa pemanduan di musim perayaan.
Terdahulu, OP Selamat 18 telah menyaksikan pertambahan kenderaan di Lebuhraya utama negara, yang mana warga kota kembali pulang ke ibu negara selepas menyambut perayaan Aidilfitri di kampung halaman.
Post time 9-5-2022 09:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah besar jugak budaknya ingatkan baby. Bapaknya pun... beli kan lah helmet kanak-kanak tu. Duduk elok2 kat belakang. Nak ikat pun takut anak tertidur, jgn lah duduk gitu dalam raga.
Post time 9-5-2022 09:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bg akulaa duk rumah je laa.. takat open house tak penting pungg.. dah semikin moto je yg ade duk rumah udahhhh.. ni gigih jauh naik moto.. bg aku motosikal kenderaan yg sgt bahaya.. ko jahak pun ko kena.. yg baik pun ko krna lanyak dgn kereta lori srnua..
helmet pun tak pakai ke?
patutnya budak tu bonceng belakang and baru ikat kt badan macam tu..
dengan badan semangat macam tu, macam mana la bapaknya nak control motor..
There is no compromise in safety la wei, B40 ke M40 maupun T20. You die once game over. Dah la merbahaya kepada diri dan anak sendiri, kepada orang lain pun.
Kalau nak balik kg sangat why not naik bus, kalau tak beli helmet budak tu dah besar kut. Kalau tak de budget, duduk je la rumah.
Post time 9-5-2022 12:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Belibis replied at 9-5-2022 11:23 AM
Acik t20 kan terpaling hebat dlam perancangan kehidupan..syarat minima kawin mesti ada kereta.
Rezeki dr Allah sis.. anytime je Allah amik.. like ny jiranlaa perfecttt.. rumah bosau keta bosau.. gaji rm50k somi pilot.. ujung ujung kona buang.. laa nii hidup berjimat cormat dah.. tak cite dah pi obersea obersea.. cooti pun tepeng jahhh.. hohohohoho..