CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 450|Reply: 0

Simpan Mayat Ibu Dalam Tandas Sebab Tak Tahu Nak Buat Apa

[Copy link]
Post time 9-5-2022 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tidak tahu apa yang harus dilakukan terhadap mayat ibunya menyebabkan seorang wanita di Jepun menyimpan mayat itu di dalam tandas rumah.


Penganggur berusia 47 tahun itu melakukan demikian di kediaman terletak di Kagoshima.


Perbuatannya terbongkar apabila pihak berkuasa wilayah melawat rumah terbabit pada 26 April dan curiga dengan kelakuan wanita itu.




Gambar hiasan




Pegawai yang melawat juga pelik apabila mendapati lalat berterbangan dalam rumah, khususnya di kawasan tandas sebelum bertindak menghubungi polis.


Media tempatan dipetik Japan Today melaporkan polis menemui mayat warga emas, Oyama, 79, dan menahan anaknya, Setsuko Suzuki atas pengabaian berkenaan.


Dalam soal siasat awal, Setsuko memberitahu polis bahawa ibunya meninggal dunia dua minggu sebelum kunjungan pegawai wilayah dan dia menyimpan mayat di dalam tandas kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan.


Polis memaklumkan bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca kematian Oyama.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.458106 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list