Ucapan raya seorang wanita di laman sosial mengundang kontroversi.
Menerusi posting video di TikTok, Diana Danisha, 40, seolah-olah mendedikasikan ucapan tersebut buat seorang lelaki yang sudah berkahwin.
"Selamat Hari Raya suami orang tersayang. Beraya dulu bersama isteri dan anak-anak you dulu tau. Nanti kita raya bersama, I miss you so much," tulisnya dalam video tersebut.
Senang disapa Diana, wanita itu ketika dihubungi mStar tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul dan berharap isu berkenaan reda dengan segera.
"Sebenarnya saya tak sangka (viral). Dalam TikTok ada macam-macam cerita mengenai suami orang, janda dan sebagainya. Saya saja-saja buat video kerana hal ini pernah terjadi pada saya.
"Saya merupakan ibu tunggal. Ia pernah terjadi masa saya balik raya di kampung dengan bekas suami. Masa beraya, tengok suami keluar pergi call, tapi masa tu belum kantoi. Saya saja buat throwback kisah sendiri melalui video itu.
"Video itu saya cuma cakap selamat hari raya untuk suami orang tersayang. Itu perjalanan saya, maksudnya saya teringat kisah hidup, sebab kita yang lalui sendiri dulu sampai kantoi," dakwanya.
Gambar hiasan
Menurut Diana yang sudah bercerai pada 2018, hubungannya bersama bekas suami masih baik sehingga ke hari ini demi membesarkan dua cahaya mata berusia 12 tahun dan sembilan tahun.
Tambah Diana, dia juga tidak menolak takdir sekiranya bertemu jodoh suatu hari nanti memandangkan bekas suaminya juga sudah bernikah lain menjelang Ramadan lalu.
Mengenai video tular yang menerima banyak kecaman, Diana bagaimanapun tidak berkecil hati dengan segala komen negatif yang dilemparkan netizen.
Malah katanya, dia juga tidak bercadang untuk memadam video berkenaan yang sehingga kini meraih lebih 200,000 tontonan.
"Saya juga ada tunjuk video viral itu pada saudara-mara. Kalau betul saya salah, mesti mereka marah. Tapi mereka semua okay dan tahu kisah sebenar.
"Ramai yang komen keluarkan kata-kata kecaman, tak apalah, yang penting Allah tahu apa saya buat. Saya tak serik untuk buat video TikTok, saya tak terfikir untuk padam video viral tu. Saya pun maafkan mereka semua, tak terasa dalam hati pun.
"Ada komen baik, ada komen buruk dan ada yang tersangat buruk. Tapi ini semua hal dunia saja. Selama ini saya dah kuat dengan ujian, kali ni tuhan nak bagi saya jadi lebih kuat," ujarnya.
Dalam pada itu, Diana yang berniaga kopi pelangsing berkata, berat badannya pernah mencecah 80 kilogram (kg) sewaktu bergelar isteri, namun kini beratnya hanya 55kg.
Jelasnya, dia mengalami perubahan itu selepas gagal dalam perkahwinan, namun menerima segala yang berlaku dengan penuh kesyukuran.
"Ini ujian hidup, Allah dah tentukan. Kita melakonkan apa yang dah tertulis. Saya tak minta jadi janda. Saya tetap baik dengan bekas suami. Kalau Allah takdir saya kahwin lagi, saya terima saja dengan sesiapa. Sekarang saya nak besarkan anak dan betulkan diri.
"Dulu berat saya 80kg masa isteri orang. Sekarang 55kg. Bila jadi janda, automatik kita akan jadi lain. Kalau rasa nak cantik macam saya, jadilah janda," ujarnya berseloroh.
Dalam pada itu, Diana yang berniaga kopi pelangsing berkata, berat badannya pernah mencecah 80 kilogram (kg) sewaktu bergelar isteri, namun kini beratnya hanya 55kg.
ko punya promosi tak agak2 Diana oii....
mmg sengaja mengundang kecaman kan.....
menuntut cara marketing dgn tok lip kelepok raya ke...?
bukan tiktok die je ada isu, tapi komen-komen kat tiktok die tu. berjemaah pompuan-pompuan komen pasal skandal diorang laki orang. rata-rata semua pakai tudung. cam tak segan silu nak ngaku diorg ni pompuan simpanan.
Dalam pada itu, Diana yang berniaga kopi pelangsing berkata, berat badannya pernah mencecah 80 kilogram (kg) sewaktu bergelar isteri, namun kini beratnya hanya 55kg.
Post time 9-5-2022 12:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by awanearisu at 9-5-2022 12:41 PM
"Sis.. sebelum suami sis skandal dengan orang lain..." kemudian sila sambung dengan nama produk OEM anda - ujar penceramah teknik pemasaran terpaling Mr A.