CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1793|Reply: 9

Pengunjung Genting Highlands Gempar- Kereta Terbakar Mengundur, Mengelungsur Menuruni Jalan Berbukit

[Copy link]
Post time 10-5-2022 05:36 PM | Show all posts |Read mode
BENTONG – Pengunjung ke Genting Highlands di sini khususnya pengguna jalan raya gempar selepas sebuah kereta terbakar dan mengelungsur menuruni jalan berbukit di Kilometer 2.9 Jalan Genting Highlands di sini.


Berdasarkan satu rakaman video tular berdurasi 0.27 saat menyaksikan sebuah kereta berwarna putih terbakar sebelum mengundur ke belakang dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna sebelum terhenti.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 1.44 tengah hari itu menyebabkan kereta jenis Hyundai Elantra berkenaan terbakar 80 peratus.








“Dalam kejadian itu kereta berkenaan yang terbakar mengelungsur ke kilometer 3.0 Jalan Genting dengan api yang marak.


“Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan forensik JBPM,”katanya di sini hari ini.


Menurut Ismail, dua jentera bersama lima anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.


Katanya pihak bomba menggunakan satu aliran salur bantu bagi memadam kebakaran kereta berkenaan. -CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak ada tgk video ni tadi
Yg amik video ni tgh duk dlm cabel car
And last2 keter tu terlanggar velfire/van putih.bideo stakat tu je.
Tp mmg reverse ke blkg turun bukit.sib baik x terkeluar jatuh ke gaung
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss pon tengok yg sama kat tiktok ke ig tadi. Tp kat video tu kata ada part 2 tah mana tak jumpa lak. Harap takde siapa kehilangan nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:58 PM | Show all posts
Membahayakan bukan pada diri sendiri tapi pengguna jalanraya yang lain.  Kesian peti ais turut jadi mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Share bdeo pls...kelaparan ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 06:45 PM | Show all posts
apak meols sedari dulu tak bagi naik genting

katanya tempat tak elok... meols naik pun bila dah kerojer sbb kampeni buat kick off meeting sini..

baik meols ni, dengo kata apak meols itewww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2022 10:39 PM | Show all posts
skrg ni kat us pun byk kes kereta kia dgn hyundai terbakar tiba2
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
abes laa tak laku brand keta tu japgi. TAPI bmw pun biasa gak terbakar (termasuk haliza misbun pun pernah kena) tetaplah org tak peduli beli jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 03:27 PM | Show all posts
pasal ape ek?? risaunya kot ada bby ke dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 12:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.050475 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list