Edited by FOTHER-MUCKER at 10-5-2022 05:57 AM
Gempar kereta terbakar mengundur[size=14.399999618530273px][size=0.8][size=0.9]Roselan Ab Malek
[email protected]
HYUNDAI Elantra yang terbakar. FOTO ihsan polis
Bentong: Pengguna jalan raya gempar selepas sebuah kereta yang sedang terbakar mengundur menuruni laluan berbukit di Kilometer 2.9 Jalan Genting Highlands di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian 1.45 tengah hari itu, Hyundai Elantra yang terbakar mengundur sebelum melanggar sebuah Toyota Vellfire. Kejadian itu dirakam oleh orang ramai dipercayai dari kereta kabel.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki tempatan berusia 44 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands sebelum api keluar dari bahagian enjin.
"Api itu merebak ke bahagian lain menyebabkan pemandu memberhentikan dan meninggalkan kenderaannya. "Ketika itu kereta terbabit mengundur dengan sendiri dan terlanggar sebuah Toyota Vellfire di belakang," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian itu menyebabkan Hyundai Elantra terbabit terbakar 80 peratus.
"Punca kebakaran masih dalam siasatan forensik JBPM," katanya. Ismail berkata, dua jentera bersama lima anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
Disiarkan pada: Mei 10, 2022 @ 11:52am
|