PETALING JAYA – Penampakan seorang wanita misteri sering menjadi tanda tanya kebanyakan penduduk di sekitar Cyberjaya apabila kemunculannya secara tiba-tiba telah ‘menghantui’ ramai.
Baru-baru ini seorang pengguna media sosial sempat merakam kelibat wanita tersebut yang ditemuinya di tepi jalan.
Lebih menakutkan, dia dilihat hanya berdiri kaku tanpa sebarang pergerakan.
Dalam pada itu, perkongsian tersebut telah menerima lebih 800,000 tontonan dan ramai berkongsi pengalaman mereka apabila bertemu dengan wanita yang sama dalam keadaan menakutkan.
“Aku pun pernah terserempak kat Cyberjaya, dah lewat malam dia berdiri tegak pandang sebuah bukit, dah la kawasan agak gelap masa itu, seram,” kongsi Sharifah.
“Wanita ini memang misteri, aku pernah jumpa masa balik kerja malam, sekali lalu aku nampak dia, bila pandang semula, dia hilang, tak akan cepat sangat, macam tak logik, mujur aku balik berteman, kalau tak memang menangis aku,” kata Fazrul Amin.
Bagaimanapun, ada juga pengguna yang membuat andaian mengatakan berkemungkinan wanita tersebut mempunyai masalah mental atau menghadapi tekanan hidup.
“Mungkin dia ada masalah mental atau masalah dalam hidup, sebab itu berkelakuan pelik macam itu, pihak berkuasa tolong siasat,” ujar Khalis.
dulu kawan wa cerita dia pernah ngorat 1 awek, ntah mcm mana dia bwak nya awek tu bawak balik rumah
baru kenal , pastu dah isap ganja, dah romen2 tetiba kawan wa rasa rasa paranoid, eh pompuan ni aku baru kenal pastu bawak balik, kalo doa pontianak mcm mana ek?
terus dia call aku utk dtg rumah, dia kata takut... awek tu pulak ada gigi taring sikit
sebab tu dia paranoid kot... wakakaka
wa pn sound tu la lu tarik ganja kuat sgt bro, kan dah paranoid....
meh sini ganja ko, aku terus musnah ganja dia..
tp mmg la awek tu scary sikit, pakai baju hitam, rambut panjang , dan ada gigi taring ,