CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1598|Reply: 19

[Tempatan] 13,370 guru pengambilan 'one-off' gred DG41 dah berada di sekolah

[Copy link]
Post time 11-5-2022 07:10 PM | Show all posts |Read mode
13,370 guru pengambilan 'one-off' sudah berada di sekolah
Oleh Latifah Arifin - Mei 11, 2022 @ 6:38pm

KUALA LUMPUR: Seramai 13,370 pegawai pendidikan gred DG41 melalui pengambilan khas guru secara 'one-off' sudah ditempatkan di sekolah di seluruh negara setakat hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata, ini menjadikan sebanyak 87 peratus daripada keperluan asal guru sudah diisi.

"Keperluan kita adalah 18,702 orang. Sehingga 11 Mei 2022, kita telah tempatkan 13,370 orang guru di sekolah-sekolah di seluruh negara.

"Jadi saya ucapkan tahniah kepada yang berjaya dan buatlah yang terbaik dalam mendidik anak-anak didik di sekolah kalian," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Radzi berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) turut memutuskan pengambilan 2,400 orang guru kontrak perkhidmatan (COS) untuk mengisi keperluan berkenaan.

"Tidak semua baki (daripada jumlah keperluan guru) akan diisi oleh COS, hanya 2,400 tempat. Ini menjadikan secara keseluruhan, 87 peratus daripada keperluan asal seramai 18,702 orang akan dapat dipenuhi dengan pengambilan ini," katanya.

Radzi turut memberitahu, baki guru yang diperlukan iaitu seramai 2,932 orang lagi diperuntukkan khusus untuk pengambilan guru bagi mata pelajaran yang termasuk dalam keperluan mendesak.

"Baki ini untuk mata pelajaran yang kita sukar mendapat bekalan daripada pasaran termasuk mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual dan mata pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan China (SJKC), itu antaranya," katanya.

Bagi pengambilan guru untuk keperluan khusus itu, Radzi berkata, tawaran kepada calon yang berjaya akan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sebelum 31 Mei ini.

Pada Jun tahun lalu, Mohd Radzi mengumumkan KPM akan mengambil 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara 'one off' untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.

Beliau dilaporkan berkata, KPM akan mengeluarkan iklan tawaran pada 7 Julai 2021 dan penempatan secara berperingkat akan dibuat bermula Oktober iaitu pengambilan guru paling terbesar setakat ini.

sumber: bharian.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2022 07:12 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 ngkorang yg baru2 koje la elok2. Aku fah x larat nk hadap veteran kt skolah tu. Keje deme komplennnnn je. Umur 58 masi kerja lagi sbb dok aim nak gred 48 la, 52 la tp keje suma tak boleh buat.. dengan alasan "akak dh tua2 ni lambat tangkap, sakit darah tinggi, sakit itu sakit ini, awak yg muda la buat"..

Mohon radzi jidin ketatkan syarat gred 52 tu. Bagi yg betul2 competent je layak dpt gred tu.  Eh lari topik plak haku.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 12:24 AM | Show all posts
iols agak skeptikal dengan guru yang bukan berlatarbelakangkan kelulusan bidang pendidikan. Biasanya mohon sebab nak gaji je, bukan sebab cintakan kerjaya seorang guru. Beza yach pembawakan diri tu.

Seorang yang berjiwa pendidik, bila kita tanya sesuatu benda dalam pengetahuan dia, dia akan terangkan satu2 secara tersusun. Benda ni semula jadi. Yang tak minat kerjaya guru tu, tolonglah jangan mohon. Kesian anak2 murid jadi mangsa guru tak guna nanti sebab tak reti mendidik. Ikhlas dari hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2022 12:43 AM | Show all posts
guru ramai dikalangan perempuan
lelaki kurang
tu sebab bila lelaki bertukar bidang
apply jadi guru
memang sure gerenti dapat
belum lagi aku dgr kekawan aku yg tak dpt
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 01:49 AM | Show all posts
Ni jawatan tetap atau kontrak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2022 01:59 AM | Show all posts
sementelahan jiran aku yang cikgu sambung berpantang after cuti raya
tahun kedua PKP beranak sorg
tahun ni sorg lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 12-5-2022 01:59 AM
sementelahan jiran aku yang cikgu sambung berpantang after cuti raya
tahun kedua PKP beranak sorg
ta ...

Sementelah pulak cuti berpantang dah tambah, beranak aja la keje kome tanpa mengira berlatarblkgkan pendidikan atau tidak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 12-5-2022 12:24 AM
iols agak skeptikal dengan guru yang bukan berlatarbelakangkan kelulusan bidang pendidikan. Biasanya ...

Kadang kadang tu ada yg minat pendidikan , tetapi tahun yang mereka apply itu ,university tersebut tidak offer ijazah pendidikan.
Ini berlaku pada kawan saya.
Selepas grad, dia mengajar sebagai guru sementara. Pernah kerja lain, beliau kurang minat.
Nasib beliau ada tawaran utk guru interim. Dua tiga kali apply baru dapat ( terlalu ramai applicants).
Sambil mengajar (COS),perlu berkursus masa cuti. Kena lulus dan akan diinterview dan lantik oleh SPP
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Diamje replied at 11-5-2022 07:25 PM
Harap2 ngkorang yg baru2 koje la elok2. Aku fah x larat nk hadap veteran kt skolah tu. Keje deme kom ...

Tapi masalah yg muda nie lembik skit, manja sgt pastu byk dgn social media...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 08:37 AM | Show all posts
Diamje replied at 11-5-2022 07:25 PM
Harap2 ngkorang yg baru2 koje la elok2. Aku fah x larat nk hadap veteran kt skolah tu. Keje deme kom ...

mana2 jabatan pon sama, asal naik 52 ke 54 ke...mesti yg hauk2 je, yg boleh kerja mereput dibawah tu

kadang tu, cakap pon tergagap lagi....bila tgk gred, jusa A pon ada
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:13 AM | Show all posts
hyie replied at 12-5-2022 12:24 AM
iols agak skeptikal dengan guru yang bukan berlatarbelakangkan kelulusan bidang pendidikan. Biasanya ...

setuju..klu yg bukan dr bidang pendidikan slalu mcm nk xnk jer
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:23 AM | Show all posts
hyie replied at 12-5-2022 12:24 AM
iols agak skeptikal dengan guru yang bukan berlatarbelakangkan kelulusan bidang pendidikan. Biasanya ...

Kih kih kih. Ramai kawan kawan sekolah yang takde kerja menjelang umur 30an ni dapat jadi cikgu melalui pengambilan khas ni. Padahal masa zaman sekolah jenis kaki pukul, panas baran, budak budak mat rempit. Apa punya bingai lah kerajaan. Jenis tangkap muat je ambik. Manalah budak budak makin bebal, di ambiknya oang bebal sebagai pengajar, memang bebal lah resultnya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Diamje replied at 11-5-2022 07:25 PM
Harap2 ngkorang yg baru2 koje la elok2. Aku fah x larat nk hadap veteran kt skolah tu. Keje deme kom ...

Lambatnya noks umur 58 nak aim gred 54.
Makan sedap2 sangat masing2 penyakit hinggap otak dan badan pun tak daya nak bekerja lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:30 AM | Show all posts
R2D2 replied at 12-5-2022 12:43 AM
guru ramai dikalangan perempuan
lelaki kurang
tu sebab bila lelaki bertukar bidang

kwn iols lelaki graduan UTM bahagian pendidikan...sampai skrg batch dia (ramai juga lelaki) tak dipanggil utk posting...dunno what's wrong. semua minat nk jadi cikgu dan ada degree pendidikan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 11-5-2022 07:12 PM

Apa.maksud gaji maksimum tu. Boleh dapat semaksimum mungkin berlandaskan apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 09:41 AM | Show all posts
naina replied at 12-5-2022 09:31 AM
Apa.maksud gaji maksimum tu. Boleh dapat semaksimum mungkin berlandaskan apa?

Tiap tahun naik 1 tangga gaji bagi gred tersebut. So dari basic tadi tambah kenaikan setiap tahun, selepas sekian tahun, tu lah maksimum bagi tangga gaji tu. Nak lebih, kena naik gred lah.

Rasanya fahamlah kot penerangan.

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
pekanwoohoo replied at 12-5-2022 09:41 AM
Tiap tahun naik 1 tangga gaji bagi gred tersebut. So dari basic tadi tambah kenaikan setiap tahun, ...

Ohh faham2. Mudah sangat penerangan u. Tqq
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
cgu senior ni  lah smlm masa merentas desa jaga lalu lintas.. tahan lori.. cgu yg muda2 tk dpt dtg, anak demam laa.. suami tkde laa..
tu psl aku mohon pencen awal.
pening nk layan satu2 punya perangai.. elok je update status socmed tp tk dtg duty.
ko ingat jd cgu pukul 7am- 3pm je ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 10:40 AM | Show all posts
aku penah apply cikgu x dapat pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.197233 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list