CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1556|Reply: 25

[Tempatan] Tukang jahit tak menang tangan. Masih byk order. Kali ni ramai pelanggan htr tempahan pakaian utk ke Open House pulak

[Copy link]
Post time 12-5-2022 07:54 AM | Show all posts |Read mode
Rezeki berterusan, tukang jahit terima tempahan baju raya rumah terbuka
    Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
    12 Mei 2022, 7:45 am

SEREMBAN: Walaupun sambutan Aidilfitri sudah lebih se­minggu diraikan, namun, seorang tukang jahit di sini masih lagi menerima tempahan baju raya daripada pelanggan.

Pemilik Bak’s Creation & Services, Nurzayani Zaharudin, 34, berkata, tempahan-tempahan tersebut diterimanya bagi kegunaan pelanggan yang mahu menggayakannya ketika menghadiri jemputan rumah terbuka.

“Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini seba­nyak 250 pasang baju berjaya kami siapkan malah dua minggu sebelum Ramadan saya sudah tidak menerima tempahan jahitan baju lagi.

“Bagaimanapun, saya tidak sangka selepas hari raya, saya masih menerima tempahan, malah, sehingga 50 pasang baju raya yang mahu digunakan pelanggan ke rumah terbuka,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dekat Senawang di sini semalam.

Nurzayani yang dibantu tiga pekerja, selain tukang jahit separuh masa dan pelajar bagi menyiapkan tempahan memberitahu, Aidilfitri kali ini, dia banyak menerima tempahan baju jenis Kurung Pahang dan Kebarung.

“Kebanyakan pelanggan menempah baju kurung jenis Kurung Pahang dan Kebarung dan paling ramai menempah pakaian berwarna hijau zamrud (emerald) dan hitam.

“Harga khidmat jahitan bagi sepasang baju kurung saya kenakan sebanyak RM90 manakala bagi baju kurung Kebarung pula adalah RM120 dan tempahan sulam bermula pada harga RM50 hingga RM200,” katanya yang turut menerima tempahan baju sempena Hari Raya Aidil­adha pada Julai depan. – UTUSAN

sumber: utusan.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu lah melayu....

Selagi ada duit, kena hbiskn,
Klu simpan kat bank, bkn duit kita....duit bank.

Bersenang senang dahulu, bersenang senang kemudian.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:32 AM | Show all posts
masalahnya ramai ke org buat openhouse? dah la semua kos naik nak jadi host openhouse.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
tu rezeki tukang jahit la.. lg pun menjahit ni satu kemahiran. lelaki ke ppuan ke dua2 berkebolehan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
biar papa asal bergaya u..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 11:54 AM | Show all posts
mejaputih replied at 12-5-2022 09:32 AM
masalahnya ramai ke org buat openhouse? dah la semua kos naik nak jadi host openhouse.

tgk circle u mcm mana la. kenalan i ramai je buat open house + birthday party anak (utk anak yg birthday bulan 5 ni). ada yg siap sewa homestay lagi utk open house sebab kawasan rumah sempit pastu malas nak kemas sepah2 lepas open house
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2022 11:58 AM | Show all posts
_blackbird replied at 12-5-2022 11:54 AM
tgk circle u mcm mana la. kenalan i ramai je buat open house + birthday party anak (utk anak yg bi ...

tu la dah return ke KL ni tatau masih ada lagi ke tak...sbb bila kat kg ari tu tak ramai pun buat openhouse (tak semeriah sblm PKP dulu).
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kenalan i ramai buat...dari open house ke akikah ke kenduri kawen.
pergi satu last sunday utk akikah, iols riso masing2 dok bertepuk tampar belaga bontot. sop what????

this long wkend lagi la berderet-deret jemputan. iols akan pergi awal2 utk elakkan org ramai.blk cepat2 smbil beralasan anak iols beronar rimas

rumah iols mcm biasa, nak mai habaq laa. open house mmg takdak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 12:11 PM | Show all posts
start raya open house mmg tk kering jemputan Alhamdulillah.... weekend ni stret 3 hari full pagi tghari optg mlm ya!!! rezeki sgt.... syukur...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 12:11 PM | Show all posts
tp tidakla sampai nk bua tbaju raya buat apa... pusing pakai balik laaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 12:24 PM | Show all posts
Baik simpan duet bajet buat korban m raya haji 2 bulan je lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 12:32 PM | Show all posts
mejaputih replied at 12-5-2022 11:58 AM
tu la dah return ke KL ni tatau masih ada lagi ke tak...sbb bila kat kg ari tu tak ramai pun buat  ...

aritu masa first week raya i balik rumah nenek i pon takda org buat open house mahupon marhaban. biasa 1st day mmg ada marhaban dari rumah ke rumah & 1st week raya tu dipenuhi kenduri kahwin + open house area kg nenek i tu tahun ni sunyi sepi, mercun bunga api pon takda org main. tapi this week i dah start dpt invitation open house sampai hujung bulan ni. i pulak taktau nak pi mana 1, cuz timing & lokasi semua mcm tak cun. i rasa tahun ni org yg i kenal mcm beriya pula buat open house, ada yg siap hantar invitation card lagi. igt dia nak kahwin lagi ke apa, rupanya open house raya uhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 12:44 PM | Show all posts
_blackbird replied at 12-5-2022 12:32 PM
aritu masa first week raya i balik rumah nenek i pon takda org buat open house mahupon marhaban. b ...

kalau kawin lagi takde dia nk announce rezeki you...tp tu la biasa sblm PKP kalau syawal sabtu dan ahad mmg jalan jem sblm 12 tghr...thn ni iols rasa mcm ok kot traffic,,,
teringat dulu penah dari kul 11 pagi kuar rumah beraya, sampai kul 11 mlm balik rumah...byk rumah nk cover dlm sehari...tekun rentas segala daerah around selangor KL ni..masa tu harga petrol tak semahal skrg ni so mmg seronok la jalan2...jem pun jem la
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya baju raya lepas tu iols buat baju basahan. Sebab tu beli yang simple dan selesa serta cantik. Boleh mix n match. Top pakai dgn seluar.





Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 12:56 PM | Show all posts
mejaputih replied at 12-5-2022 12:44 PM
kalau kawin lagi takde dia nk announce rezeki you...tp tu la biasa sblm PKP kalau syawal sabt ...

selama ni open house i dpt invite by call, sms tak pon jemput mulut je. kdg tu tuan rumah pesan kat org lain soh jemput. ni first time dpt open house siap kad jemputan mau tak terkejut makk..!!. tapi kawan i yg siap buat kad tu mmg jenis extravagant pon. mungkin sebab ni first time buat open house kat rumah baru kot tu yg siap ada kad. betul2 sebelum covid dulu, beraya kemain meriah dari pagi sampai ke malam. kalau jenis rumah yg jenis huha huha sampai ke 2am masih beraya... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 12-5-2022 01:03 PM

Baru je selesai open houses and kenduri bertubi2 last sunday... tp takde pun iols pakai baju fancy2... pakai baju kurung apa ada je la.. asalkan bersih dan tak selekeh

Ni next week tatau la cemane lagi... biasa PIL suka heret iols follow diorang jumpa kawan2 buat open house... mmg byk pun  orang organize open house sekitaran bangi, cyberjaya and putrajaya ni

I risau makan nak byk sebulan syawal ni... puasa 6 hari dlm syawal pun blom start ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2022 01:02 PM | Show all posts
time ni la kekawan yg terlibat jual emas, MLM, UT akan jemput kononnya open house
jam sekian2
bila pergi
baru tau ada session ni rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 12-5-2022 01:11 PM
kyrana replied at 12-5-2022 12:24 PM
Baik simpan duet bajet buat korban m raya haji 2 bulan je lagi.


Better.. i pun ingat nak buat majlis aqiqah kambing anak sedara nnti cuti raya haji (adik i la organize, i tukang makan je ) .... daging korban takleh masak buat jamuan le pulak.. itu pun nnti busy separate daging2 utk distribute merata kampung pula.. kena buat ni, sbb orang2 kampung menanti nak makan daging tempatan... mesti diorang happy
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 02:05 PM | Show all posts
amboi beria nyer... rezeki tukang jahit laaa

adui matila nak balik weekend ni mesti hiway jem lagi, orang sakan beraya lagi.... masa bulan posa sebelum ada bunyi epf 10k tu, lengang je hiway time weekend, sampai naik pelik aku hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 02:43 PM | Show all posts
green~tea replied at 12-5-2022 01:10 PM
Better.. i pun ingat nak buat majlis aqiqah kambing anak sedara nnti cuti raya haji (adik i la org ...

Selalunya daging je dorg distribute bg org kampung.Tulang2 gearbox semua tu org masak sup. So kenduri makan sup fresh la gtu konsepnya.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.058024 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list