View: 779|Reply: 13
|
[Tempatan]
Jangkitan Covid-19 meningkat 3,321 kes
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
Jangkitan Covid-19 meningkat 3,321 kes
PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan peningkatan dengan 3,321 kes semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,467,061 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, terdapat 10 kes import mendapat jangkitan dari luar negara.
Dalam masa sama, sebanyak 1,416 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,406,613 kes.
“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan Selangor (1,220 kes), Kuala Lumpur (573 kes), Negeri Sembilan (288 kes), Perak (221 kes), Pulau Pinang (208 kes), Putrajaya (182 kes) dan Melaka (140 kes).
“Seterusnya, Sabah (57 kes), Kedah (98 kes), Johor (88 kes), Pahang (73 kes), Sarawak (71 kes), Terengganu (42 kes), Kelantan (37 kes), Labuan (14 kes) dan Perlis (sembilan kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Dalam masa sama, lapan kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,598 kes serta tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,539 kes.
Sebanyak 24,850 kes aktif dilaporkan melibatkan 23,385 kes dikuarantin di rumah, 33 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,373 kes di hospital, 25kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 34 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... meningkat-3321-kes/
|
|
|
|
|
|
|
|
skrip yg sama berulang2 sampai abang jamil mampos..masa raya bangsa lain takde plak kes naik mendadak |
|
|
|
|
|
|
|
Kes harian COVID-19 kembali melepasi angka 3,000
Kes harian COVID-19 kembali melepasi angka 3,000
PUTRAJAYA: Jangkitan baharu COVID-19 terus meningkat dengan 3,321 lagi kes direkodkan semalam, peningkatan berterusan selepas tiga hari berturut-turut melepasi angka 2,000 jangkitan harian sejak Ahad lalu.
Laman sesawang COVIDNOW melaporkan 3,311 daripada keseluruhan jangkitan baharu itu membabitkan kes tempatan dengan 10 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Perkembangan itu menjadikan sehingga kini 4,467,061 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.
Selangor terus merekodkan kes baharu paling tinggi dengan 1,220 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 573 kes, Negeri Sembilan (288 kes), Perak (221 kes), Pulau Pinang (208 kes) Putrajaya (182 kes) dan Melaka (140 kes).
Negeri lain mencatatkan pertambahan kes baharu dua angka iaitu Kedah dengan 98 kes, Johor (88 kes), Pahang (73 kes), Sarawak (71 kes), Sabah (57 kes), Terengganu (42 kes), Sabah (57 kes), Kelantan (37 kes), Labuan (14 kes) dan Perlis (sembilan kes).
Setakat ini 24,850 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 94.1 peratus atau 23,385 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.
Selain itu 1,373 individu mendapatkan rawatan di hospital, 34 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan, 33 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 dan ICU serta tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, laman sesawang sama melaporkan lapan kes kematian direkodkan semalam termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), menjadikan angka korban di negara ini sehingga kini meningkat kepada 35,598 kes.
Turut dilaporkan 1,416 kes sembuh, sekali gus meningkatkan jumlah individu yang pulih di negara ini kepada 4,406,613 kes.
Sebelum ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ciapan di Twitter memaklumkan, kementeriannya sudah menjangkakan peningkatan kes selepas perayaan Aidilfitri.
Bagaimanapun, Khairy berkata masyarakat perlu membiasakan diri dengan situasi berkenaan iaitu terdapat peningkatan atau penurunan kes COVID-19 pada masa tertentu.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... melepasi-angka-3000
|
|
|
|
|
|
|
|
Raykat nak kena gelabah tetek ke tak ni?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kdg2 pikir .. elokla naik kes...
jalan jem skrg ni cam apa jer.. stress
org x de wfh lg dah ke |
|
|
|
|
|
|
|
Bahana sambut Hari Ibu.. Hari-hari pun hari ibu.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah takde dah WFH
|
|
|
|
|
|
|
|
xpe janji dah puas beraya
|
|
|
|
|
|
|
|
kan...sebelum pkul 7 jalan dah start nak merah
mcm tu ke situasi sebelum 2020? dah lupa
|
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 12-5-2022 08:24 AM
dah takde dah WFH
Ada lg.. we ols still belum ke office sepenuhnya.. masih ada wfh lg ikut turn. |
|
|
|
|
|
|
|
iols pun..in fact ari ni iols WFH...saje je menyakat forumer lain...cuma maybe small % sgt kot yg masih partly WFH mcm kita ni so tak mengurangkan traffic jem...yg bestnya bila gilir2 ni parking space kat ofis byk kosong so taklah stress sgt pagi2....
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasti dah ramai tak peduli lagi jumlah meningkat ke tidak sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 12-5-2022 09:59 AM
iols pun..in fact ari ni iols WFH...saje je menyakat forumer lain...cuma maybe small % sgt ko ...
Ye betul sgt..dh lama terbiasa wfh dh malas nk ke ofis kn.. apa tah lg nk hadap jalan jem tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|