CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 672|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kerana panorama 'New Zealand', lelaki diburu polis

[Copy link]
Post time 30-5-2022 04:37 PM | Show all posts |Read mode

Video dan tangkap layar memaparkan seorang lelaki yang dipercayai tidak berpuas hati selepas kumpulan motosikalnya dihon sebuah kenderaan ketika melalui Jalan Temiang-Pantai, dekat sini. Foto ihsan pembaca.

Seremban: Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang cuba memukul topi keledar pada sebuah kenderaan yang melalui Jalan Temiang - Pantai, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku selepas pemandu kenderaan berkenaan bertindak membunyikan hon kepada sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletakkan motosikal mereka di lorong kecemasan di laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, video berdurasi 11 saat itu memaparkan penunggang motosikal mengganggu kelancaran perjalanan pengguna laluan itu.

"Siasatan awal mendapati kejadian tular itu berlaku semalam (kelmarin), apabila terdapat sekumpulan penunggang motosikal berhenti dan meletakkan kenderaan di laluan kecemasan di lokasi kejadian.

"Dalam pada masa yang sama, rakaman video daripada papan pemuka kereta itu turut memaparkan seorang individu seakan-akan cuba untuk membaling objek ke arah kenderaannya," katanya semalam.

Beliau berkata, bertindak atas rakaman diperolehi, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pesalah terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan halangan di atas jalan yang boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada setahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 268(1) Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam dan boleh didenda tidak melebihi RM400.

"Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat terhadap kes ini boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Fadzilah di talian 0162895801.

Difahamkan Jalan Temiang-Pantai menjadi tarikan kerana pemandangannya yang dikatakan menyerupai New Zealand dan sering dijadikan lokasi tumpuan bagi pengunjung untuk bergambar dan melakukan aktiviti rekreasi seperti berbasikal dan joging.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lelaki-diburu-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.417154 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list