CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 533|Reply: 0

[Johor] 'Bodyguard', pemandu wanita didenda RM2,000

[Copy link]
Post time 31-5-2022 04:42 PM | Show all posts |Read mode

NOR Razman (kanan) dan Lee Jia Min (kiri) masing-masing didenda RM2,000. FOTO Nur Aisyah Mazalan.

Kulai: Pengawal peribadi didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menampar pemandu wanita ketika konvoi Lamborghini yang mencetuskan kekecohan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Mac lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin. Beliau turut menetapkan penjara dua bulan sekiranya Orang Kena Saman (OKS), Nor Razman Razak, 44, gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Nor Razman didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada pemandu pacuan empat roda, Lee Jia Min, 28, dengan menampar muka wanita itu di Kilometer 36.6 lebuh raya Plus arah selatan pada 6.10 petang, 18 Mac 2022.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya, jika disabitkan.

Mahkamah sama turut mendenda pemandu wanita itu sebanyak RM2,000 selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lee yang juga peniaga ayam sejuk beku didakwa gagal mengawal kenderaan dipandu hingga mengakibatkan kemalangan yang mana ia bertentangan dengan Kaedah 10 LN 166/59.

Terdahulu, Sharifah Maleeha turut menasihati OKS supaya tidak mengambil tindakan sendiri yang mendahului undang-undang.

"Walau apa jua yang berlaku, negara ada undang-undang dan kamu (Nor Razman) sepatutnya perlu merujuk kepada undang-undang dengan membuat laporan polis jika wujud sebarang ketidakpuasan hati.

"Bukannya kamu ambil tindakan sendiri apatah lagi pada masa ini banyak mata-mata memerhati dan kamera yang merakam.

"Tindakan mengikut emosi hanya merugikan masa depan kamu, kesalahan ini akan berada dalam rekod kamu dan menjadi rujukan jika kamu mahu memohon kerja di tempat lain nanti. Sebelum bertindak fikir dahulu, jangan ikut emosi," katanya.

Nor Razman sebelum itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa ketika kejadian dia duduk tempat duduk penumpang hadapan dan majikannya yang memandu kereta mewah itu sebelum terbabit kemalangan.

"Berlaku sedikit provokasi dan ketegangan selepas kemalangan menyebabkan saya menampar pemandu pacuan empat roda itu," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eddlyn Wong, manakala peguam Mohd Azlan Shah Mohd Allias mewakili Nor Razman dan Lee diwakili peguam Tan Cheng Yee.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nita-didenda-rm2000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 1.187929 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list