View: 470|Reply: 0
|
[Politik]
Komplot belot Presiden UMNO, Tok Mat perlu jawab
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan perlu memberi penjelasan terhadap tuduhan beliau dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan pernah berkomplot menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekitar Mei tahun 2020.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, pencerahan daripada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu amat penting untuk menenangkan kegusaran akar umbi parti memandangkan dakwaan komplot berkenaan, sekiranya benar, harus dianggap satu polemik besar.
“Sekiranya dakwaan ada gerakan daripada Tok Mat, Bosku (Najib) dan beberapa pemimpin tertinggi UMNO lain terhadap Presiden (UMNO), itu satu tuduhan berat.
“Saya fikir sekarang ini merupakan masa terbaik untuk Timbalan Presiden UMNO mengeluarkan penjelasan kepada akar umbi parti bagi menenangkan mereka. Ini satu polemik besar dan Tok Mat harus menjawabnya,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Premium pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa terdapat satu perjumpaan tertutup antara pemimpin parti itu bagi menjatuhkan Ahmad Zahid.
Dalam sidang media khas selama sejam setengah di Petaling Jaya, Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut mengakui pertemuan tertutup itu diadakan di rumahnya yang diketuai Tok Mat dan Najib sendiri.
Lebih menarik, Tajuddin turut mendakwa sejumlah 130 ketua bahagian setuju dengan komplot itu, namun gerakan berkenaan gagal apabila Tok Mat belot dan membuat pusingan U selepas digertak ‘orang’ Ahmad Zahid.
Sumber SinarHarian |
|
|
|
|
|
|
| |
|