CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1066|Reply: 19

[Politik] Isu pelantikan TPM, apa pula kata rakyat?

[Copy link]
Post time 4-7-2022 10:07 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Baru beberapa hari mendepani fasa keperitan ekonomi susulan pemansuhan barangan subsidi tertentu pada 1 Julai lalu, kini rakyat disajikan pula dengan isu politik melibatkan tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Pada Sabtu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa pelantikan jawatan TPM antara isu yang dibangkitkan semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu.

Muhyiddin berkata, perbincangan itu turut melibatkan lantikan baharu menteri dan timbalan menteri sebagai mana yang termaktub dalam perjanjian antara PN dengan Perdana Menteri.

Tindakan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada ramai pihak yang termasuklah daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pekan itu meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakan Muhyiddin dan menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak perlu melayan permintaan tersebut.

Najib berkata, tujuan Muhyiddin mendesak agar lantikan tersebut dibuat adalah bagi mengelakkan lebih ramai pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar parti.

Namun begitu, bukan pandangan politik sahaja yang perlu diambil kira. Bagaimanakah dengan reaksi dan suara daripada rakyat?

Dalam keadaan rakyat serabut memikirkan kenaikan harga mendadak dan kos sara hidup isi rumah, rakyat tidak seharusnya diletihkan lagi dengan isu-isu politik sebegini.

Pada Ahad, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan bahawa isu tersebut tidak seharusnya timbul apatah lagi rakyat berdepan dalam situasi sukar menghadapi cabaran ekonomi masa kini.

Asyraf Wajdi menegaskan desakan tersebut juga tidak rasional ketika ini dalam keadaan kewangan kerajaan yang semakin menipis.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu, Datuk Razali Idris menjelaskan bahawa tindakan Muhyiddin itu bukan mendesak sebaliknya hanya menyuarakan tentang lantikan tersebut kerana ia sudah menjadi satu perjanjian antara PN dan Perdana Menteri.

Razali berkata, semua pihak terutamanya pemimpin UMNO tidak seharusnya mempolemikan isu berkenaan kerana ia bukan satu isu besar.

Tambahnya, keputusan itu terpulang kepada Perdana Menteri sama ada ingin meneruskan lantikan TPM atau tidak.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... TPM-apa-kata-rakyat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 10:10 AM | Show all posts
Perlu ke lantik TPM skrg..menteri yg ramai2 tu pun mcm takde fungsi je...


Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 10:11 AM | Show all posts
Menteri yg ada pun xguna. Nak tambah lagi. Biawak sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Eii...babiann apa ni..nak tambah jawatan bukan ada pekdah utk raykat pon...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:16 AM | Show all posts
midin ni pun bape hari g nk jatuh baru lantik tpm
banyak cakp lak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2022 11:18 AM | Show all posts
xyahla..nk habis term dh kan..jimat2 sikit duit gaji tpm tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:19 AM | Show all posts
yg ada pon tak berapa ada pungsiiii huh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 11:20 AM | Show all posts
boleh nak lantik TPM...tp buang dulu post 4 menteri...boleh???
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 12:06 PM | Show all posts

Betapa riuhnya suara rakyat mengeluh ttng ramainya menteri dlm kabinet tapi tak berfungsi malah dgn duta2 yg dilantik, bayar gaji mahal2, PM tak dengar ke rungutan dn keluhan rakyat ni. PM tak pasang telinga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 12:43 PM | Show all posts
masa ko jadi PM ko terlupa lantik TPM ke din???

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dah berkali2 tukar kerajaan pun sama hampeh ja diorg ni...

kena ubah sistem dah mulai sekarang ni.. jgn bagi puak2 wakil rakyat ni (legislatif) kuasai cabang eksekutif... diorg buat malaysia ni cam bapakkk diorg punya

perlu dihadkan kuasa mereka yg di cabang legislatif ni (yg memenangi pilihanraya) supaya cabang eksekutif tidak lagi boleh dibuat sesuka hati oleh mereka di legislatif

cabang eksekutif perlu ada kuasa autonomi yg tersendiri.. yang jauh kebih luas berbanding sekarang

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:42 PM | Show all posts
SonicSiLandak replied at 4-7-2022 12:43 PM
masa ko jadi PM ko terlupa lantik TPM ke din???

Kau boleh la apply jadi tpm memandangkan kuat menjilat kan? Rakyat tengah derita, boleh pulak mael lembab ni nak lantik tpm. Kahkahkah!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:45 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 4-7-2022 02:42 PM
Kau boleh la apply jadi tpm memandangkan kuat menjilat kan? Rakyat tengah derita, boleh pulak mael ...

apsal ko tak apply sndiri dol???

ooo ko pun sedar ko tu bapok pondan pedo.. mana layak utk jawatan2 tinggi

waaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahakahkahkahkahkahkahkahkah


Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:54 PM | Show all posts
SonicSiLandak replied at 4-7-2022 02:45 PM
apsal ko tak apply sndiri dol???

ooo ko pun sedar ko tu bapok pondan pedo.. mana layak utk jawata ...

Dodol geli lah nak subahat dgan kerajaan bengap lembab kaki songlap duit rakyat ni. Dodol bukan macam kau, kaki jilat jubo kudis najib tu. Jijik yah!


Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:56 PM | Show all posts

konon bercakap pasal islam ler sgt...
tapi saukkkk juga duit rakyat... hahahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 03:18 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 4-7-2022 02:54 PM
Dodol geli lah nak subahat dgan kerajaan bengap lembab kaki songlap duit rakyat ni. Dodol bukan ma ...

kami pun geli nk dpt pondan gay pedo mcm ko jd menteri



Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 4-7-2022 02:56 PM
konon bercakap pasal islam ler sgt...
tapi saukkkk juga duit rakyat... hahahaha...


Ckp psl isle kulu kilir sbb nak perbodohkan melayu2 low iq yg akn undi dorg tiap kali pru..itu lah Pas
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 11:54 AM | Show all posts
Dari pelantikan TPM elok adakan PRU je lebih baik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 01:28 PM | Show all posts
mnteri cabinet punya la ramai mkn gaji buta ekonomi teruk apahal nk lantak TPM...semata2 political saja. menyusahkan rakyat nk lepas tengkuk sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.074146 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list