CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1081|Reply: 12

[Politik] "Siapa yang bangang?" - Noh selar Anwar

[Copy link]
Post time 4-7-2022 10:22 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar selepas didakwa menggelar kerajaan sebagai "bangang" kerana lambat bertindak mengatasi masalah kenaikan harga barangan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata, Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak seharusnya menjadikan kos sara hidup sebagai isu politik, jika beliau tidak tahu gambaran sebenar mengenai usaha yang sedang dilakukan kerajaan.

Justeru, Noh mendesak agar pembangkang tidak mengambil kesempatan terhadap isu kenaikan harga barangan yang sedang menghimpit rakyat ketika ini.

"Siapa yang bangang ni? Jangan lah kata bangang, Anwar Ibrahim kalau tak tahu cerita jangan nak jadikan isu kos sara hidup ini sebagai politik.

"Dia tak faham tapi dia kata orang bangang. Kalau saya kata dia bangang nanti, macam mana? Dia mungkin tak tahu apa yang dia cakap.

"Yang ditubuhkan baru-baru ini adalah Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi sebab kita akan menghadapi inflasi. Sebab itu kita tubuhkan dulu jawatankuasa untuk hadapi inflasi, yang mungkin dijangka tahun hadapan.

"Sekarang ini kurang berlaku inflasi sebab kerajaan masih banyak bagi subsidi. Bermakna dia jangan salah faham. Kita tak bangang dia mungkin lah, nak cakap apa tak sedap juga faham-faham lah… kalau orang kata kita bangang tapi yang cakap itu tak tahu apa dia cakap, apa kita nak panggil? Nak bagi istilah apa itu?," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-36 Kopenas Berhad.

Terdahulu, media melaporkan Anwar menyifatkan kerajaan sebagai “bangang” apabila hanya bertindak menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet bagi menangani harga barang termasuk ayam selepas enam bulan rakyat bergelut dengan kenaikan harga barang.

Jelas Anwar, penubuhan jawatankuasa itu sepatutnya boleh diadakan lebih awal sebelum kenaikan harga barang dan berusaha membendungnya lebih awal.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang turut menafikan dakwaan kerajaan tidak bersedia daripada awal untuk menghadapi peningkatan harga barangan.

Ini kerana katanya, kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), yang mana mesyuarat tersebut turut disertai oleh Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi mendapatkan pandangan berhubung situasi semasa.

"Kita bincang bagaimana nak mengurangkan atau mengatasi kos kenaikan harga barang kemudian Kabinet turut menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara.

"Bagaimana kita akan menghadapi apabila Akta Kawalan Harga ditamatkan. Kita tahu ayam dulu harganya RM8.40 kerana tertakluk kepada Akta Kawalan Harga ketika itu yang dikenakan pada hari raya kemudian disambung sehingga bulan Julai, dan juga barangan lain. Jadi, tugas jawatankuasa ini apabila Akta Kawalan Harga ditamat.

"Siapa yang kata kita tidak bersedia menghadapi masalah ini?," soalnya lagi.

Astro Awani



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
memang bangang pon..daripada kes banjir sampai la kes harga barang..keputusan yg bangang2 je yg mampu umno fikir
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 10:35 AM | Show all posts
menteri ayam brand
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:17 AM | Show all posts
lah menteri rupanya dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:35 AM | Show all posts
Dok luar kerajaan, mmg senang cakap, berdentum sana sini...bila sendiri dok dalam kerajaan, lagi teruk dari bangang...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ally9970 replied at 4-7-2022 11:35 AM
Dok luar kerajaan, mmg senang cakap, berdentum sana sini...bila sendiri dok dalam kerajaan, lagi ter ...

Nk ckp pun susah sbb si haramjadah ka apa ka bangnon ka ni blom dpt peluang ada jawatan dlm kerajaan,  selain masa dlm UMNO dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara reply noh omar ni sgt low class.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 12:44 PM | Show all posts
abangbikerz replied at 4-7-2022 12:08 PM
Cara reply noh omar ni sgt low class.

tapi noh omar tak berkudis la cam ko


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
tak bleh ka diorg dua2 bersetuju yg diorg ni sama2 bangang
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Noh Udang yg bangang
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bangnon, bangjat, bangku, bangkem bangang
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 02:14 PM | Show all posts
sama jer dua2 parti penuh orang bangang.

satu nampak bangang dalam tempoh 22 bulan,
satu lagi memang bangang sejak zaman merdeka
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 02:28 PM | Show all posts
pembangkang memang salah satu tugas ialah mengkritik dan monitor tindakan kerajaan yang ada ruang untuk dikritik.

sepatutnya stay dalam isu tetapi kalau terbabas sedikit tak apa kot bergasak terus... memang pun mereka perlu bergasak untuk clearkan sesuatu.  ada rakyat yang akan ikut sama tetapi majoritinya makan popkon jadi hakim...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.085172 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list