View: 1229|Reply: 8
|
[Tempatan]
Penganggur didakwa bunuh kenalan aplikasi sembang
[Copy link]
|
|
Penganggur didakwa bunuh kenalan aplikasi sembang
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... n-aplikasi-sembang/
Oleh MASTURAH SURADI
4 Julai 2022, 12:16 pm

MUHAMAD SAFUAN dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan membunuh kenalan wanita bulan lalu.
KOTA TINGGI – Seorang penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan membunuh kenalan yang baru dikenali di aplikasi sembang bulan lalu.
Tertuduh, Muhamad Safuan Ridzuan, 32, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Rashidah Baharom namun tiada pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan pada 1 Jun lalu kira-kira pukul 10 malam di Kilometer 6 Jalan Kota Tinggi- Kluang berdekatan dengan Kampung Lipat Kajang dengan niat telah melakukan bunuh dan menyebabkan kematian seorang wanita berusia 35 tahun.
Ekoran itu tertuduh telah didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Difahamkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu baru mengenali mangsa selama dua bulan melalui aplikasi sembang Omi.
Dalam pertuduhan berlainan, Muhamad Safuan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan ke dalam badan dadah berbahaya jenis methamphetamine.
Mengikut pertuduhan dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 23 Jun lalu kira-kira pukul 1.25 petang di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.
Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dimana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Rashidah kemudian menetapkan tarikh 1 Ogos sebagai tarikh sebutan semula bagi kedua-dua pertuduhan sementara menunggu laporan forensik dan dan kimia bagi kes bunuh serta patologi untuk dadah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Irsyad Mardi.-KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru tahu ada aplikasi sembang Omi. |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah berita yang keluar semalam. Hati-hati kalau ingin berkenalan. Ramai yang mengambil kesempatan dari yang benar-benar ingin mencari pasangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cukup risau bila mana ada bini2 orang yang dok mula start main Omi atau apa2 apps perkenalan online ni.. kebanyakkan pompuan ni, berani kot expose diri tanpa rasa salah, dengan profile yg lengkap.. pastu berani pulak share no tepon dgn strangers..
Kena ada sangsi la.. kemaruk sangat dengan jantan2 pemangsa badboy dalam tu... aku harap dengan terjadinya kes ni, mana2 pompuan.. beringat la.. dah berlaki tu, kalau rasa dah tak dak kasih sayang dari laki sendiri, ikut la saluran yg betui.. berbincang ka.. share masalah dgn org terdekat yg boleh simpan rahsia ka...
ni dak..pi cerita masalah kat stranger.. jantan2 OMI tu semua taik syabu je yg ramai.. kemaruk poen..tambah2 poen bini orang.. tutuh pun, no harm la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Seriau plak berkenalan dengan kalau macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak perempuan menengah rendah pun berani berkenalan dengan lelaki dewasa. Yang lelaki tu mmg nak cari penyakit dgn budak bawah umur?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah join aplikasi ala2 Islamik. Sekali calon minta jumpa ajak mengeseks 
|
|
|
|
|
|
|
|
teria kasih jib ingatkan warga forum
yg T20 M40 ni tkde masalah sngt jib
tapi yag PKNS acah M40 T20 ni yg mmbimbangkn

|
|
|
|
|
|
|
| |
|