View: 585|Reply: 3
|
[Tempatan]
Larangan menjual air zamzam | Denda tidak lebih RM10 Ribu & penjara
[Copy link]
|
|
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengeluarkan satu peringatan di laman Facebook rasminya mengenai larangan menjual air zamzam.
Melalui hantaran yang dibuat tersebut, ditegaskan bahawa penjualan air zamzam di Malaysia adalah dilarang sama sekali dan pihak yang melakukan perkara tersebut bakal dikenakan hukuman jika disabitkan kesalahan.
Ini susulan laporan yang diterima setiap kali kedatangan musim haji mengenai beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan membuat keuntungan mudah dengan mengimport, menjual dan mengedar air zamzam secara haram.
Air zamzam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi seperti yang telah termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Tiada lesen yang pernah dikeluarkan oleh KKM untuk menjual air zamzam, malah kerajaan Arab Saudi turut melarang pengeksportan dan penjualannya.
Jika disabitkan dengan kesalahan mengimport, menjual dan mengedar air zamzam secara haram, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM10 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan pengimportan, pengedaran dan penjualan air zamzam boleh menyalurkan aduan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.
Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh dilakukan secara atas talian di laman web rasmi dan laman Facebook KKM.
BACA: Ustaz Shauqi Hasan Kupas Isu Jual Air Zamzam Secara Haram, Ini Apa Yang Umat Islam Di Malaysia Perlu Tahu
Sumber: Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
https://odisi.my/2022/06/34751/
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg ptt pun ban jual air zam2 ni. Bkn ape yg nipu pun bnyk ktnya air zam2 rupanya tadah paip rumah sajork. Kalau up sikit botolkan semula air mineral or tekan air coway |
|
|
|
|
|
|
|
Tauke timbang kilo tampar punggung tersenyum sinis  |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kannnn...i teringin nak minum |
|
|
|
|
|
|
| |
|