CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pancutINSIDE

Kemalangan Di Simpat Ampat : 12 Sah Terbunuh(15?19? orang angka tak rasmi)

  [Copy link]
Post time 12-10-2010 06:06 PM | Show all posts
tpi kalau pemandu viva/myvi putih tu emergency break..kena tau gak..dia break sbb apa..
mungkin depan dia pulak yg salah..heheheh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2010 06:09 PM | Show all posts
Syarikat Delima Ekspress bas setuju bayar pampasan RM1,000


2010/10/12
MELAKA: Syarikat Delima Ekspress Sdn Bhd (Delima Ekspress) bersetuju membayar pampasan RM1,000 kepada waris 12 penumpang yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Pedas, Rembau, Negeri Sembilan, petang Ahad lalu.

Selain itu, bayaran RM500 akan turut diberikan kepada setiap penumpang yang cedera
Pengurusnya, Vincent Mah, berkata bayaran berkenaan akan disalurkan secepat mungkin kepada semua pihak terbabit selepas proses pengumpulan maklumat mengenai mengenai waris keluarga mangsa diperoleh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 06:09 PM | Show all posts
sorry la kalau dah ada berita nih kat page lepas




BATU PAHAT 11 Okt. – Keluarga salah seorang mangsa kemalangan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, semalam, mendakwa ambulans tiba lewat di lokasi untuk menyelamatkan mangsa-mangsa.
Goo Chuan Seng, 37, berkata, berikutan itu, adiknya, Goo Chuan Heng, 34, terpaksa menahan kesakitan selama hampir tiga jam di dalam van yang remuk, tanpa diberi sebarang bantuan.
Menurutnya, ambulans hanya tiba di lokasi kejadian pukul 9.30 malam sedangkan kemalangan itu berlaku pada pukul 6.45 petang.
Chuan Seng berkata, dia bertolak dari Batu Pahat bersama ibu dan bapanya sejurus dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh kakaknya, Goo Ai Wah, 41, yang turut berada di dalam van tersebut.
“Saya mendapat tahu kemalangan pukul 6.45 petang dan sampai pada pukul 8.30 malam sedangkan ambulans sejam selepas itu.
“Saya terus meluru ke arah adik dan alangkah luluhnya hati melihat Chuan Heng menahan kesakitan. Saya sendiri menarik keluarnya dari van sebelum dia meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di rumah keluarganya di Taman Maju di sini hari ini.
Chuan Seng berkata, akibat kesesakan jalan raya, dia terpaksa menumpang motosikal sejauh empat kilometer sebelum dapat sampai ke lokasi dan memberi bantuan awal kepada adiknya.




abg dia yg kat batu pahat sampai lg cepat dr ambulan
:@
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 06:09 PM | Show all posts
1k jer...........
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 06:16 PM | Show all posts
1k jer...........
jofizo Post at 12-10-2010 18:09



    tak kan satu juta kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 06:24 PM | Show all posts
semoga yang di hospital akan survive .. Amien..

Al-Fatihah & RIP kepade yang terkorban ...

p/s : attn to fireflyz n airasia, sile buat promo kaw-kaw, wa sure ramai yang memilih perkhidmatan anda...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2010 06:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by schumacher at 12-10-2010 22:37

dah kata ambulan lambat sampai.. kenapa tak guna helikopter yang ada.. apa ?? heli yang ada hanya nak bawak vvip jer ka?? tak pon nak pantau jalan jer.. biar org mampus tepi jalan tunggu ambulan tak sampai2 sebab jalan jem....
negara len yg nk maju pon dah ada penyelamat guna heli kalau kawasan tak leh atau lambat nak smapai guna ambulan...
malaysia heli contoh heli bomba, polis, maritim hanya bawak boss2 melawat kawasan jer...
buat lah unit ambulan udara sebijik.. apa miskin sangatkaaa??? persidangan ntah haper2 bleh buat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 06:37 PM | Show all posts
Memang kerap jumpa driver bangau yg tanpa sebarang sebab tetiba breaking + slow down kenderaan mereka tanpa memikir kenderaan lain kat belakang .... biasanya makcik, pompuan bodoh, pakcik tua atau org yg jenis bodoh ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2010 06:39 PM | Show all posts
kalo pokok pun..kalo dah bwk kete mcm pelesit ada can sangkut kat pokok plak...
honeybee1802 Post at 12-10-2010 17:51


ok la..tak der la terpelanting menghempap kereta yg naif
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 06:41 PM | Show all posts
kalau ikut cina...perkataan empat tu bermakna mati...kebetulan berlaku di simpang ampat...maksudnya simpang mati....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 06:42 PM | Show all posts
dah kata ambulan lambat sampai.. kenapa tak guna helikopter yang ada.. apa ?? heli yang ada hanya na ...
schumacher Post at 12-10-2010 18:31


tu ler...dlm keadaan mcm tu...mestila suspek jalan jem...+ pemandu yg selfish + x bertamaddun dok line kecemasan...

dorang ni x tengok dokumentari ker???? yg heli digunakan utk menyelamat mangsa kemalangan....beli jet juta2 utk menteri boleh lak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 06:53 PM | Show all posts
harisbee.. kalau bontot kebas naik bas 90km/j, bawak2 lah bangun kejap berdiri kat seat barang semin ...
mclaren Post at 12-10-2010 17:27


yg sebenarnya....ramai penumpang nak cepat sampai ke destinasi....bila eksiden barula menyalahkan driver bas...kalu tidak...tak senang duduk naik bas mcm semut...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 06:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by zidlan at 12-10-2010 19:05

Reply 1256# mareenie


masalahnya bas berkenaan di pandu dari melaka kemungkinan keluar dari tol alor gajah ataupun ayer keroh menuju ke kuala lumpur. kalau dalam negeri melaka kelajuan maksimum cuma 90kmj sahaja. jadi lepas je tol alor gajah/simpang empat baru beberapa kilometer dah eksiden tak sempatla nak pantau kelajuan bas tu. macam mana nak bagitau... lagipun meter bas ni tak sama dengan kereta kita tengok 90 tapi lebih dari itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 07:01 PM | Show all posts
Reply 1267# schumacher


mungkin helikopter belum sempat panaskan enjin kot tapi mangsa dah sampai ke hospital (versi baikla)
alasan standard adalah kerenah birokrasi oleh jabatan kerajaan walaupun saya penjawat awam juga...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 07:11 PM | Show all posts
yg sebenarnya....ramai penumpang nak cepat sampai ke destinasi....bila eksiden barula menyalahka ...
harisbee Post at 12-10-2010 18:53


tu sebab mcm mareenie cakap tu, penumpang bukan nak luku driver kalau drive laju, sebab penumpang YG NAK CEPAT SAMPAI. walaupun bukan semua, tapi ramai penumpang sure suka naik bas yg boleh buat perjalanan tu lebih cepat drp bas lain.


so kalau bas terbalik sbb driver drove so fast, yg bersalah adalah driver, bus company, penumpang, and also authorities sbb biarkan bas tu still beroperasi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 07:12 PM | Show all posts
helikopter mana lah boleh guna utk rakyat marhaen... tu reserved for vvip je, or bini vvip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2010 07:19 PM | Show all posts
helikopter mana lah boleh guna utk rakyat marhaen... tu reserved for vvip je, or bini vvip
mclaren Post at 12-10-2010 19:12


ngkau  tak pernah dengar penerbangan ehsan ke..?? selalu heli tentera buat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 07:19 PM | Show all posts
yg sebenarnya....ramai penumpang nak cepat sampai ke destinasi....bila eksiden barula menyalahkan driver bas...kalu tidak...tak senang duduk naik bas mcm semut...

harisbee Post at 12-10-2010 18:53


sorry.. am not like that. kalau aku nak cepat, aku takkan naik bas..

kalau naik bas, dorang pandu ikut kelajuan yang dibenarkan, aku ble tido lena.. kalau takble tido, aku layan lagu..

tapi kalau bas terlalu laju, aku tak bole tido. sebab risau. rasa nak tercabut jantung..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 07:25 PM | Show all posts
I don't argue with idiot yang blame jalan apabila accident sedangkan orang lain lalu lalang tiada accident pun. Akal tiada.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 07:44 PM | Show all posts
camne tu???? penah design highway??????
lkick2113 Post at 12-10-2010 17:13


Mohon maaf, sekarang I tinggal di UK. Disebabkan faktor kerja, banyak negara telah dilawati termasuklah negara negara Eropah dan Commonwealth yang lain termasuklah Turki, USA  etc. Bagi I, jalan di Malaysia adalah antara yang terbaik dari segi design dan lokasi. Rasanya dari mata kasar, sikap pengguna jalan yang tidak bertolak ansur dan pemantauan yang lemahlah menyebabkan banyak kemalangan ngeri berlaku di Malaysia.

(Yang sentiasa rindukan tanah airku Malaysia)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.158528 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list