CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 0

[Kedah] Tangkapan kurang, harga ikan kembung meningkat

[Copy link]
Post time 6-2-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Nelayan di Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah melaporkan kekurangan hasil tangkapan ikan kembung pada masa ini kerana faktor musim - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli

KUALA KEDAH: Harga ikan kembung meningkat sehingga mencecah antara RM10 hingga RM15 sekilogram (kg) berikutan kekurangan hasil tangkapan sejak bulan lalu.

Tinjauan di pelantar ikan Kampung Seberang Kota, di sini mendapati, ikan kembung dijual pada harga RM8, RM10 hingga RM15 sekilo bergantung pada saiz.

Nelayan, Johari Saidin, 60, berkata, hasil tangkapan ikan tidak menentu pada masa ini disebabkan keadaan ombak.

Katanya, sebelum ini dia mampu memperolehi hasil tangkapan yang banyak sehingga 600 atau 700 kg sehari namun sejak beberapa hari lalu hasil tangkapan tidak menentu sekitar 200 hingga 400 kg sehari.


"Nak dapat hasil banyak kena tangkap ikan di tengah laut itu pun tak berani tengah sangat, sebab keadaan ombak kuat.

"Biasanya saya keluar ke laut jam 5.30 pagi balik ke pelantar ini pada jam 10 pagi tapi kalau dapat ikan banyak, mungkin balik awal.

"Hari ni saya dapat tangkapan sekitar 500 kg berbanding semalam cuma 200 kg tetapi esok tak tahu macamana," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Johari berkata, dia keluar bersama tiga nelayan dengan bot miliknya untuk menangkap ikan bagi menyara keluarga.

Beliau berkata, walaupun kos mengisi minyak bot sekitar RM100 sehari, hasil tangkapan ikan yang diperolehinya cukup sekadar untuk menyara keluarga serta membayar gaji nelayan.

Sementara itu, peniaga ikan, Khadijah Md Syah, 48, berkata, harga ikan di pelantar ikan itu bergantung pada hasil tangkapan setiap hari.

Katanya, kekurangan hasil tangkapan ikan berlaku ketika bulan November, Disember, Januari dan Februari setiap tahun dan dijangka pulih sekitar Mac.

"Harga di sini lebih murah berbanding di pasar awam kerana di sini dijual terus oleh nelayan sebaik ikan didaratkan.

"Paling mahal ikan dijual pun sekitar RM15 sekilogram tetapi ikut saiz dan harga di pasar awam pula lebih mahal dari di sini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... n-kembung-meningkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.649535 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list