CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286|Reply: 0

[Kedah] KPDN sita 8,000 liter diesel disyaki cuba diseleweng

[Copy link]
Post time 25-2-2023 08:22 PM | Show all posts |Read mode
KPDN sita 8,000 liter diesel disyaki cuba diseleweng

25 Februari 2023 07:51pm






Minyak diesel berjumlah 80,00 liter telah disita. - Gambar hiasan




ALOR SETAR - Sebanyak 8,000 liter minyak diesel, disyaki cuba diseleweng, disita susulan operasi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena, dekat sini, pada Jumaat.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, dalam serbuan itu, dua suspek warganegara Myanmar dalam lingkungan 30-an dan 40-an ditahan di lokasi berkenaan.

Katanya, kes tersebut diserahkan kepada Pejabat KPDN Kedah oleh Unit Risikan/Operasi, FRU PDRM Bukit Aman pada jam 11 malam tadi (Jumaat).

"Diesel yang disita itu dianggarkan bernilai RM17,200. Selain itu dua ‘skidtank’ dan beberapa peralatan pemindahan minyak yang dipercayai digunakan bagi tujuan penyelewengan diesel turut dirampas.

"Nilai rampasan keseluruhan mencecah RM124,200,” katanya, dalam kenyataan, di sini, pada Sabtu.

Affendi berkata, hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek mendapati premis tersebut tidak mempunyai sebarang kebenaran daripada Pengawal Bekalan untuk berurusan dengan barang kawalan berkenaan.

Katanya, kedua-dua suspek kini direman selama empat hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961. - Bernama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.323881 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list