CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Kedah] Pesawah lega terus terima bantuan

[Copy link]
Post time 27-2-2023 10:49 AM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Farhan Kassim mencangkul tanah bagi membuat batas di petak sawah padi selepas selesai musim menuai di Kampung Permatang Kedundung, Pinang Tunggal di Sungai Petani, Kedah, semalam -UTUSAN/OTHMAN YAHAYA

   


SUNGAI PETANI: Golongan pesawah bersyukur melalui pengumuman serentak dua berita gembira membabitkan bantuan RM200 sebulan dan perkongsian 30 peratus keuntungan daripada Padiberas Nasional Berhad (Bernas) kerana mampu meringankan beban mereka.

Pengumuman dibuat melalui pembentangan Belanjawan 2023 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri pada Jumaat lalu itu diibaratkan seperti durian runtuh dan sememangnya dinantikan mereka.

Mariah @ Zaharah Abdullah, 71, pesawah dari Kampung Permatang Kedundung, Pinang Tunggal di sini berkata, dia memang telah lama menantikan bantuan bulanan daripada kerajaan seperti yang diterima golongan nelayan.

“Kami tidak mempunyai punca pendapatan lain dan semata-mata bergantung kepada hasil padi yang diusahakan.

“Dengan perbelanjaan semakin meninggi dapatlah kami guna wang pemberian kerajaan itu untuk menampung hidup sebelum tiba musim menuai,” katanya yang mengusahakan kira-kira 1.5 hektar sawah padi sambil dibantu ahi keluarganya.

Seorang lagi pesawah, Shahril Shamsudin, 40, berkata, dia teruja kerana bantuan bulanan sebanyak RM200 selama tiga bulan itu boleh digunakan menampung kos membeli baja dan racun tambahan serta dijimatkan untuk perbelanjaan keluarga.

“Nilai RM200 kepada golongan pesawah seperti kami terlalu besar terutamanya ketika menunggu musim menuai berikutan waktu itu kami tiada pendapatan.

“Jika padi menjadi seperti yang diharapkan syukurlah, tetapi jika sebaliknya wang pemberian kerajaan ini dapat meringankan beban untuk perbelanjaan harian keluarga,” katanya.

Muhammad Farhan Kassim, 31, berkata, selain pemberian RM200 selama tiga bulan itu, jaminan perkongsian keuntungan Bernas sebanyak 30 peratus dengan pesawah akan dimanfaatkan sebaiknya untuk menyara keluarga.

“Selama ini kami golongan pesawah tidak mempunyai simpanan kerana keuntungan diperolehi selepas musim menuai terlalu sedikit.

“Banyak upah yang perlu dibayar seperti menanam, membajak, menyembur racun dan menuai padi menyebabkan hasil jualan setiap musim cukup untuk perbelanjaan harian sahaja,” katanya.

Muhammad Farhan yang mengerjakan sawah sebanyak 3 hektar berkata, dengan adanya pemberian itu dia boleh menabung untuk digunakan ketika waktu sesak berbanding sebelum ini yang dipinjam daripada kawan-kawannya terutama ketika menghadapi kecemasan. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... rus-terima-bantuan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.044860 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list