CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4567|Reply: 71

Dalang SMS

[Copy link]
Post time 9-12-2010 04:44 PM | Show all posts |Read mode
KOTA TINGGI: “Ini ayah. Tolong bagi topped up 50RM ke nombor baru ayah, 0178936... ayah ada masalah d balai police. ta payah call sekejap ayah call balik.” Begitulah khidmat pesanan ringkas (SMS), yang digunakan satu sindiket penipuan tambah nilai telefon prabayar yang dikirim secara rambang kepada pengguna telefon bimbit di negeri ini.
  SMS dipercayai dikirim  sindiket didalangi warga asing itu menggunakan taktik merayu bantuan kecemasan bagi mendapatkan tambah nilai RM30 atau RM50 yang akan dikirimkan ke nombor telefon yang diberikan.

  Tambah nilai diperoleh hasil memperdaya orang ramai itu dipercayai akan dijual semula  anggota sindiket itu di kalangan warga asing bagi mendapatkan wang tunai.
  SMS itu dikirim daripada telefon bernombor 628528 9826195  dipercayai didaftarkan di Indonesia di mana cubaan Harian Metro untuk menghubungi nombor telefon itu memasuki peti simpanan pesanan suara yang menggunakan bahasa negara itu dan bahasa Inggeris.

  Dalam kejadian terbaru di bandar ini semalam, seorang kakitangan kerajaan berusia 55 tahun menerima SMS berkenaan sebelum menghubungi Harian Metro.

  Mangsa yang mahu dikenali sebagai Mazlan Abdullah berkata, pengirim SMS itu dipercayai menghantar pesanan itu secara rambang dengan harapan ada pengguna telefon bimbit terpedaya.


  “Usia saya sudah lebih separuh abad, manalah saya ada bapa yang punya urusan di balai polis. Langsung tak munasabah,” katanya.

  Mazlan yang bertugas dalam pasukan keselamatan berkata, pelbagai taktik penipuan disyaki didalangi warga asing dilakukan termasuk SMS menawarkan hadiah lumayan, taktik tiket nombor ekor palsu serta batu delima ajaib.

  “Media selalu memberi peringatan dan diharapkan kes sebegini menjadi ingatan kepada masyarakat supaya tidak terpedaya dan menanggung kerugian dengan taktik penipu sebegini,” katanya yang menjadi pembaca setia Harian Metro.

  Dalam kejadian sama di Muar, penipuan sama dikesan apabila seorang eksekutif sebuah syarikat multimedia menerima SMS kononnya dihantar bapanya, minggu lalu, tetapi pesanan itu hanya meminta tambah nilai RM30.

   Bagaimanapun, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nas berkata, dia mendapati SMS itu palsu apabila menghubungi bapanya yang menafikan menghantar pesanan berkenaan.

  Nas berkata, dia menghubungi nombor telefon dari Indonesia yang mengirimkan SMS itu tetapi tidak berjawab.

  Pegawai sebuah bank di bandar ini turut menerima SMS sama yang kononnya dihantar seorang ‘Pak Cik’ dan meminta dia menambah nilai telefon prabayar sebanyak RM30.



p/s:harap call dulu ibu bapa..seblm masukkan credit..pagi td honda  dpt sms yg sama..tp b'nasib baik call ayah dulu buat pengesahan..:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2010 04:51 PM | Show all posts
la..takkan la sebodoh tu nak percaya....telefon la pulak ayah betul ke tidak.....adehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 04:53 PM | Show all posts
kalu jantan renti kan la aku nak tolong,,kalu pompuan takpe
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 04:56 PM | Show all posts
Hari Isnin minggu lepas ayah aku dpt SMS ni
Ayah ada tunjukkan pada Mama, aku & hubby
Kami gelak aje dgn kebodohan depa yg buat kerja terkutuk ni coz bapa kpd ayah aku dah meninggal 15 thn lepas so dah sah2 tu SMS penipuan
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 04:57 PM | Show all posts
baru je my abah dpt dari so called my atuk..
yg best..atuk ai dah arwah pon 6 years ago

so cmne leh dpt?..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 04:57 PM | Show all posts
Reply 4# pu3_rania


    aku dapat gak.,,,,dia tulis camni
"hello i am maher zain,,please topap me"
dari nomoq 017-32........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2010 04:58 PM | Show all posts
kalu jantan renti kan la aku nak tolong,,kalu pompuan takpe
kucingTomey Post at 9-12-2010 16:53


kerana perempuan...besarnya kuasa perempuan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 04:59 PM | Show all posts
Reply 7# noor2


    kalu coklemong bulih gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2010 05:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by Lina66 at 9-12-2010 17:02

tak bleh trace ke line ni and tangkap org yg buat kene nipu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 05:01 PM | Show all posts
Reply  noor2


    kalu coklemong bulih gak
kucingTomey Post at 9-12-2010 16:59


coklemong ada hp ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 05:01 PM | Show all posts
aku penah dpt sms ni.
tp ayah dia ganti dgn datuk.
bodo btl cr penipuan itu.
ha ha ha....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 05:01 PM | Show all posts
abah aku tekan no hp pn tak tau....apatah lg nak pakai henpon hahahaha kesian abah aku heeee sori abah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 05:02 PM | Show all posts
Reply  pu3_rania


    aku dapat gak.,,,,dia tulis camni
"hello i am maher zain,,please topap m ...
kucingTomey Post at 9-12-2010 16:57


Ini dah terang2an penipuan terancang dari si kucingTomey yg tengah kesengalan melanda otak dia muahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 05:05 PM | Show all posts
Reply 1# honda_jazz


ayah siapa la ada masalah dibalai polis...bengong punya Indon atau siapa sajala yang jahat sebegini...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 05:07 PM | Show all posts
kalau noor kena..seumur hidup belum pernah lagi abah noor mintak duit dari anak2 dan ada kes kat balas polis....

memang tak serik2 nak merampok duit orang...patut ditembak je
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 05:08 PM | Show all posts
nak wat cane..yg skim sms psl dpt hadiah tunai  dr ptronas, shell, air asia..rakyat mesia dah x caya..
so depa guna family lak..cara lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2010 05:08 PM | Show all posts
baru je my abah dpt dari so called my atuk..
yg best..atuk ai dah arwah pon 6 years ago

so cmne  ...
chaintea Post at 9-12-2010 16:57



SMS dari kubur???
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 05:09 PM | Show all posts
org dah desperate.. sanggup buat apa je... xkira logik ke x...
my doter pun dpt gak hr selasa hr tu 3X org tu hantar....
dh tentu2 kitorg tgh berholiday satu family....
xkan ayah xingat no hp anak sendiri.... kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 05:13 PM | Show all posts
INDON salu tulis duit Malaysia dgn jumlah yg salah. salu dpt sms bodoh nih...pastu trus tgk dari siapa...pastu nombor berjela sah lah dr INDON. di tulisnya "Anda memenangi hadiah dari Pawer Root RM10,000,00..."  Koma ngn titik dia main tibai jer...camne la nk sebut jumlah duit tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 05:21 PM | Show all posts
INDON salu tulis duit Malaysia dgn jumlah yg salah. salu dpt sms bodoh nih...pastu trus tgk dari sia ...
kenarikelabu Post at 9-12-2010 17:13


Depa dah terbiasa dgn jumlah digit duit depa Rupiah yg byk tu so terikut-ikutlah depa letak jumlah digit yg byk kat RM plak
Bagi depa yg terima SMS penipuan ni & perasan jumlah digit yg byk pd RM tu so dah tentu2 sedar itu 1 penipuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.290793 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list