View: 2048|Reply: 0
|
F1: Alpine putuskan singkir dua ‘orang kuat’
[Copy link]
|
|
F1: Alpine putuskan singkir dua ‘orang kuat’
SZAFNAEUR
SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium – Pasukan Formula Satu (F1), Alpine Racing mengesahkan bahawa prinsipal pasukan, Otmar Szafnauer dan pengarah sukan, Alan Permane akan meninggalkan pasukan itu selepas perlumbaan Grand Prix (GP) Belgium berakhir.
Alpine menegaskan Szafnauer akan meneruskan kerjanya sepanjang perlumbaan berlangsung di Spa-Francorchamps sebelum meninggalkan pasukan menjelang cuti musim panas pada Ogos nanti.
Pengarah Akademi Alpine, Julian Rouse diangkat sebagai pengganti sementara, manakala Matt Harman mengetuai pasukan teknikal di Enstone.
Difahamkan keputusan tersebut diambil untuk meningkatkan kembali pasukan itu selepas Alpine dikatakan memperoleh suntikan kira-kira €200 juta (RM1.02 bilion) daripada sekumpulan pelabur, termasuk pelakon Hollywood, Ryan Reynolds yang membeli saham pasukan tersebut.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Szafnauer atas kerja kerasnya sepanjang 18 bulan lalu dan kerana mengetuai pasukan dalam mencapai tempat keempat kategori pengeluar pada musim 2022.
“Pasukan mengucapkan terima kasih kepada Permane atas usaha kerja kerasnya selepas 34 tahun cemerlang di Enstone. Kami di sini mendoakan yang terbaik untuk masa depan kedua-dua mereka,” kata Alpine yang menegaskan keputusan tersebut diambil hasil persetujuan bersama.
Untuk rekod, Szafnauer menyertai Alpine pada Februari tahun lalu selepas meninggalkan tugasnya sebagai Prinsipal Pasukan Aston Martin. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... kir-dua-orang-kuat/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|