CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Muntz

Piala Suzuki AFF-Final 29/12/10 di Jakarta (update Malaysia 3 - Indon 0)

   Close [Copy link]
Post time 27-12-2010 01:54 AM | Show all posts
Reply 129# myralupilato


   tu la pasal...takut dia seludup ikut dlm beg abg aku lak...abg aku p game kt indon nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2010 01:54 AM | Show all posts
tahniah team malaysia....!!! mmg main best.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 01:59 AM | Show all posts
aku conpius knpe  x de penalti eh?
shareena88 Post at 27-12-2010 00:15


tak penalti sebab keeper indon dpt touch bola dulu sblm player malaysia jatuh
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 02:03 AM | Show all posts
tompang tanya...peYno dah tido ka???
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 02:11 AM | Show all posts
Reply 134# apex


   wah..gila jelas leser............
apasal ms World Cup dulu tak de guna leser....?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 02:13 AM | Show all posts
ada 3 forumer je aku rasa forumer paling gila di cari ni
1. maideen
2. unekspekted
3. peYno

-wakakaka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2010 02:34 AM | Show all posts
ada 3 forumer je aku rasa forumer paling gila di cari ni
1. maideen
2. unekspekted
3. peYno

-w ...
sekngucing Post at 27-12-2010 02:13


peyno dia sakit hati kat org yg tunjuk laser, forumer cari yg jadi mangsa. macam la kita yang tercongok depan skrin komputer ni ada kat bukit jalil
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 02:42 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2010 02:55 AM | Show all posts
Malaysia garang
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


SAFEE SALI (tengah) menanduk masuk gol ketiga Malaysia pada aksi menentang Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.



SKUAD bola sepak Indonesia sebenarnya tidaklah sekuat mana dan terbukti mereka memang layak digelar ‘jaguh kampung’.

Keegoan Indonesia akhirnya memakan diri apabila Malaysia dengan mudah membelasah mereka 3-0 pada aksi perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala   Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Terikat 0-0 pada separuh masa pertama, Malaysia meledak tiga gol tersebut pada babak kedua menerusi Mohd. Safee Mohd. Sali pada minit ke-59 dan 71 serta pemain gantian, Mohammad Ashari Samsudin pada minit ke-67.

Ia meletakkan Malaysia kini sebelah tangan untuk menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat pertama kali sejak kejohanan ini diperkenalkan pada 1996.

Namun kejuaraan mutlak untuk edisi kelapan ini hanya akan ditentukan selepas berakhirnya final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Rabu ini.

Pada aksi malam tadi, suasana bingit oleh 75,000 penyokong Malaysia serta 15,000 penyokong Indonesia telah menghangatkan babak awal permainan.

Namun pemain sayap kiri Indonesia, Oktovianus Maniani dan pemain sayap kanan Malaysia, Amirulhadi Zainal kempunan untuk beraksi pada final kedua nanti kerana memungut kad kuning kedua.

Oktovianus dilayangkan kad kuning seawal minit kelima sebelum Amirulhadi menerima nasib sama pada penghujung babak pertama.

Kerancakan permainan terhenti pada minit ke-53 akibat gangguan sinaran laser terhadap penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina ketika Malaysia mendapat sepakan penjuru.

Masa permainan berjalan selama enam minit tanpa aksi cemas tetapi tidak sampai seminit selepas ia bersambung semula, Malaysia berjaya memperoleh gol pertama.

Jaringan pada minit ke-59 itu terhasil setelah Norshahrul Idlan Talaha bijak membawa bola secara solo dari penjuru  kanan melepasi


Maman Abdulrahman dan melorongkannya  untuk dirembat masuk oleh Safee.

Hanya lapan minit kemudian, Malaysia terus selesa dengan gol kedua juga menerusi gerakan Norshahrul dari  sebelah kanan tetapi kali ini lorongan cantiknya disudahkan  pula dengan rembatan Ashari yang masuk menggantikan  Amirulhadi.

Malaysia terus mengukuhkan kedudukan apabila mem peroleh gol ketiga pada minit ke-71 menerusi tandukan cantik  Safee hasil hantaran lintang S. Kunanlan dari sebelah  kanan.

Ketika masa kecederaan selama lapan minit diberi, Malaysia sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah Kunanlan dijatuhkan Markus tetapi pengadil, Toma Masaaki dari Jepun sebaliknya memberikan sepakan gol buat Indonesia.

Indonesia sepatutnya menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut kerana mereka terlalu gemar untuk  melakukan protes kononnya penjaga gol diganggu oleh pancaran laser.


Yang peliknya, mereka akan melakukan protes setiap kali  Malaysia mendapat sepakan percuma di hadapan pintu gol  mereka.


Apa yang pasti, bukan pancaran laser yang menjadi penyebab kerana kesemua tiga gol Malaysia dihasilkan  menerusi gerakan padang.


Ia sekadar helah penjaga gol Indonesia untuk menyembunyikan gementarnya.

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 03:13 AM | Show all posts
Malaysia Siap Menjadi Tuan Rumah 'Leg' Kedua

http://bola.kompas.com/read/2010 ... uan.Rumah.Leg.Kedua
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 03:31 AM | Show all posts
apex Post at 27-12-2010 01:24



mana pi forumer nick mulayu yg suka maki team malaysia tu ingat tak dia cakap org malaysia tipu.sharbinee tak kena laser masa kat bung porno aritu.dia cakap dia dah tanya sharbinee sendiri. curlassst tau
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 05:08 AM | Show all posts
wah!! tahniah malaysia..!!! we love malaysia !!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 05:16 AM | Show all posts
bising ah indon. asyik kata malaysia curang. (pelik gila perkataan curang dalam konteks bolasepak).

memang laser tu kena tepat mata si penjaga gol ke sampai menggangu tumpuan beliau? aku tak pecaya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 06:43 AM | Show all posts
kesian sgt tgk indon ni...org yang updated kemenangan m'sia kat twitter pun kene maki...padahal tak kutuk indon pun... erma fatima n zahiril adzim tue pun kene
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 06:52 AM | Show all posts
Strategi memukau       Oleh Azlan Muhammad Zain dan Saiful Affendy Sapran
sukan@hmetro.com.my
              

   
           
LINCAH...Norshahrul diasak dua pemain Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
      
HANYA 90 minit lagi memisahkan Malaysia untuk mencatat sejarah sebagai juara baru Piala Suzuki AFF apabila menenggelamkan cabaran Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
“Sejak dari awal saya memberitahu pemain supaya bersikap agresif kerana Indonesia   pasukan yang kuat namun dihampakan kerana sentuhan penyudah yang kurang baik.

“Indonesia pula bangkit dengan semakin yakin terutamanya dengan kelincahan pemain sayap, Oktovianus Maniani yang banyak mengancam pertahanan Malaysia,” kata ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal selepas perlawanan itu.
Tambah jurulatih berusia 54 tahun itu beliau terus memberikan arahan kepada pemain supaya bermain agresif pada separuh masa kedua kerana sedar saingan final kedua di di Jakarta, Rabu ini, sangat sukar dan ini adalah peluang terbaik untuk mencari gol.

“Usaha pemain menekan pertahanan lawan akhirnya berhasil apabila Indonesia mula melakukan kesilapan dan kita melalui jaringan pembukaan Mohd Safee Sali dan seterusnya dua lagi gol selepas itu.

“Saya sendiri tidak menyangka akan mencatatkan kemenangan 3-0 namun sejak awal saya bersikap optimis kerana Indonesia pertama kali beraksi di luar republik itu sepanjang kejohanan ini berlangsung,” tambahnya.


Mengenai perlawanan akhir kedua di Jakarta, Rajagobal menjelaskan beliau tidak akan menggunakan corak permainan bertahan saja.

“Ketika kita menentang Vietnam di Hanoi, walaupun bertahan kami tetap mempunyai beberapa peluang pada separuh masa kedua namun gagal menjaringkan gol,” katanya.

Malaysia yang layak ke final selepas 14 tahun nyata berada dikelas tersendiri apabila beraksi lebih baik pada separuh masa kedua diiringi sokongan kira-kira 70,000 penyokong tempatan di Stadium Nasional.

Skrip berbeza dipamerkan oleh anak didik Rajagobal bermula separuh masa kedua dengan lebih banyak mengawal permainan dan saat yang ditunggu oleh jutaan rakyat Malaysia akhirnya tiba pada minit ke-62 apabila Mohd Safee menewaskan penjaga gol lawan, Markus Harison Rihihina dengan rembatan leret di dalam kotak penalti.

Bola berpunca gerakan licik Norshahrul Idlan Talaha yang menewaskan pemain pertahanan Indonesia, Maman Abdurachman disebelah kiri gol lawan sebelum membawa masuk bola ke dalam kotak penalti dan dengan yakin menolak kepada Mohd Safee yang sedia menunggu.

Pemain gantian, Mohd Ashari Samsuddin yang masuk menggantikan Mohd Amirulhadi Zainal di bahagian sayap kiri menambah derita Sang Garuda apabila rembatan kencang menewaskan Markus pada minit ke-67.

Belum pun Markus kembali tenang, Mohd Safee sekali lagi mempamerkan ketajamannya apabila tandukannya menewaskan penjaga gol veteran itu sekali gus mengesahkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan empat gol mengatasi Cristian Gonzales yang menjaringkan tiga gol.

Malaysia pada separuh masa pertama dilihat gugup apabila memberikan lebih banyak ruang kepada lawan untuk bergerak dengan kapten Indonesia, Firman Utina lebih banyak menguasai barisan tengah untuk merencanakan jentera serangan Sang Garuda yang diketuai oleh Cristian.

Kemenangan ini membolehkan Malaysia membawa bekalan selesa untuk perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta pada Rabu depan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 06:55 AM | Show all posts
Rajagobal lega, Riedl malu besar
PENJAGA gol Indonesia, Markus (dua dari kiri) terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan gawangnya daripada terus diancam penyerang Malaysia pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia menang 3-0.



JURULATIH Indonesia, Alfred Riedl akhirnya terpaksa akur untuk kembali berpijak di bumi nyata tatkala jurulatih Malaysia, K. Rajagobal pula terus dengan sikap tenang dan rendah dirinya.
Biarpun gembira dengan kejayaan membelasah Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 malam tadi, Rajagobal masih belum mahu berasa puas kerana beliau sedar tugas mereka belum selesai.
Beliau mahu menyelesaikan dahulu baki 90 minit aksi final kedua di Jakarta, Rabu ini.
"Final belum berakhir lagi. Kita tetap kena fokus baki 90 minit aksi di Jakarta. Tetapi secara jujur memang saya optimis kita boleh menang di Kuala Lumpur ini.
"Ini kerana, Indonesia menang kesemua lima perlawanan sebelum ini hanya dengan beraksi di Jakarta. Ini aksi pertama mereka di gelanggang luar.
"Kita menang 3-0. Tetapi sepatut- nya boleh 4-0 kerana jelas saya nampak Kunanlan dijatuhkan pada masa kecederaan dan sepakan penalti wajar diberi," katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Ditanya adakah Malaysia akan beraksi secara bertahan pada Rabu ini, Rajagobal berkata ringkas: "Tidak. Kita akan main seperti biasa. Kita takkan boleh bertahan sepanjang 90 minit."
Sementara itu, nada Riedl pada sidang media tersebut seakan mengakui kehebatan pasukan Malaysia tetapi tetap mengharapkan keajaiban pada aksi kedua nanti.
"Tahniah Malaysia kerana menang. Perlawanan ini biasa sahaja sehinggalah Malaysia mendapat gol pertama.
"Ia telah mengubah segalanya. Malaysia bertambah yakin manakala pertahanan kami semakin keliru.
"Memang aksi terhenti pada minit ke-53 itu memberi kesan kepada kami. Tetapi ketinggalan 0-1 itu lebih memberi kesan sebenarnya.
"Untuk aksi kedua di Jakarta, memang tampak cukup sukar. Tetapi apa pun boleh terjadi, mungkin kami boleh menang 4-0 atau menang 5-1 seperti sebelum ini," jelas Riedl.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2010 07:01 AM | Show all posts
hip hip horrayyy!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 07:03 AM | Show all posts
PSSI kena amaran keras      
                       [url=][/url]    [url=][/url]    [url=][/url]       

   
           
SERBU...penyokong Indonesia merobohkan pagar keselamatan  di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.
      
MINAT besar para penyokong Indonesia untuk menyaksikan pasukan nasional mereka beraksi dalam perlawanan kedua Piala AFF  2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menentang Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan apabila sekumpulan penyokong merusuh dan merosakkan beberapa kemudahan di stadium itu, semalam.
Sehubungan itu Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) memberikan amaran kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan yang dilakukan oleh penyokong Indonesia, setelah mereka hilang kesabaran ketika menunggu giliran untuk membeli tiket di stadium itu.

“Tiga jam yang lalu, AFF telah menghubungi saya dan memberi amaran keras. Jika stadium dirosak orang ramai, maka pertandingan final kedua tidak akan dilaksanakan di Gelora Bung Karno,” kata Ketua PSSI, Nurdin Halid di Kuala Lumpur yang diwawancara secara langsung oleh TVOne, semalam.
“Kerana itu, saya mohon agar para penyokong dapat kembali tertib dalam menunggu giliran membeli tiket kerana jika benar pertandingan final kedua itu nantinya dilakukan di tempat neutral, pasti akan merugikan pasukan kita,” katanya.

Beliau mendapat laporan bahawa penyokong yang dikumpulkan di dalam stadium itu berjumlah kira-kira 50,000 orang, sementara tiket kelas 3 berharga Rp50,000 yang dijual hari ini hanya berjumlah 30,000 keping sahaja.

“Jadi pasti ada  akan tidak mendapat tiket, tapi jangan khuatir kerana kami menyediakan layar lebar di luar stadium agar para penyokong tetap dapat menyaksikan  final ini,” katanya.


Menurut Nurdin, kekecohan itu didorong oleh beberapa provokator sehingga para penyokong tidak dapat membeli tiket seperti pembelian tiket pada hari-hari sebelumnya.

Pengelola Stadium Gelora Bung Karno, M Nigara mengaku beliau terkejut dengan tingginya harapan masyarakat untuk menonton perlawanan akhir Piala AFF itu.

Had kapasiti stadium, katanya tidak dapat menampung lebih daripada 83,000 penyokong dan sehubungan itu beliau meminta mereka dapat menerima hakikat itu.

Penyokong yang dibenarkan berada di dalam stadium sementara menunggu giliran membeli tiket, tiba-tiba merusuh yang dipercayai berpunca daripada mereka hilang sabar akibat keletihan menunggu sejak semalam dan pagi semalam.

Mereka merosakkkan pagar penghadang dan rumput padang dan   beberapa di antara mereka pengsan kerana mungkin keletihan kerana datang untuk membeli tiket sejak semalam dan menginap di luar stadium.

Mereka juga tidak  hiraukan cuaca panas dan hujan semasa menunggu giliran membeli tiket. - Bernama

cerdik sangat...merusuh sesame sndiri hanya sbb x dpt tiket
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 07:20 AM | Show all posts
insiden laser mmg memalukan... but tahniah to malaysian team... 3 - 0 itu sangat bagus... aku budget 1 - 0 je..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 07:22 AM | Show all posts
bila di bung porno nnt

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.083027 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list