View: 3076|Reply: 0
|
MotoGP: KTM impi gandingan Marquez, Acosta
[Copy link]
|
|
MARQUEZ bakal menjadi mengakhiri kontrak bersama Honda pada musim 2025 sekali gus membuka peluang KTM mendapatkan khidmatnya. - AFP
MUNDERFING – Pengurus pasukan KTM, Francesco Guidotti memasang impian untuk menggandingkan juara dunia lapan kali, Marc Marquez dan Pedro Acosta dalam pasukan tersebut pada masa hadapan.
Acosta yang merupakan bintang dalam saingan Moto2 dikatakan bakal dinaikkan pangkat ke kelas MotoGP pada musim depan, namun ketika ini KTM hanya memiliki empat jentera yang sudah pun diisi.
Impian KTM untuk mendapatkan khidmat Marquez musim depan belum kesampaian apabila mereka gagal memujuk pelumba Sepanyol, namun dia akan menjadi ejen bebas pada 2025.
“Saya ada satu impian, iaitu untuk menyaksikan KTM menjadi juara dunia pada musim 2024 menerusi gandingan Brad Binder dan Jack Miller. Kemudian barulah kami fikir mengenai saingan pada 2025.
“Selain itu, saya harap dia (Marquez) percaya KTM mampu menjadi pasukan pengeluar No. 1. Sekiranya kami mengekalkan aksi yang ditampilkan sejak tahun lalu, KTM mampu jadi pasukan pencabar,” katanya.
Hasrat KTM untuk cuba mendapatkan khidmat Marquez pada 2025 mungkin menjadi kenyataan memandangkan dia pernah menjadi pelumba KTM dalam saingan 125cc pada 2009 sebelum menyertai Honda.
“Apa yang Marquez capai sekarang adalah bermula dengan kami. Seperti Pit Beirer (Pengarah Sukan Permotoran KTM) sebut sebelum ini, dia masih ada kontrak bersama Honda sehingga 2024, jadi kami perlu tunggu dahulu,” ujar Guidotti. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... gan-marquez-acosta/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|