CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2173|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] PGIRM cadang penjualan beras tempatan diberi kepada rakyat tempatan sahaja

[Copy link]
Post time 18-9-2023 10:02 AM | Show all posts |Read mode

BEKALAN beras tempatan putus dan hanya beras import sahaja melambak di pasaran dengan harga yang mahal. FOTO Fathil Asri

Kuala Lumpur: Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mencadangkan penjualan beras tempatan hanya diberikan kepada rakyat tempatan sahaja, selain harganya dikekalkan.

Presiden PGIRM Azmi Mohd Tahir berkata, warga asing hanya dibenarkan membeli beras import sahaja supaya menerusi kaedah ini beras tempatan dapat disalurkan dengan baik pada masa hadapan.

"Kerajaan dilihat seperti tidak cakna dan bersedia, sepatutnya dari tahun lepas lagi menyimpan stok makanan ruji rakyat Malaysia supaya perkara di luar jangka dapat diatasi andai terjadi.

"Sehubungan dengan itu, kami menggesa kerajaan untuk lebih serius dalam menangani isu kekurangan beras tempatan secepat mungkin," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Bahagian Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dilaporkan akan mengambil beberapa langkah segera bagi mengatasi isu kekurangan beras putih tempatan.

Ketua Pengarahnya Datuk Azman Mahmood dilaporkan berkata, satu pertemuan bersama pengusaha restoran, penjaja kecil serta pihak berkaitan diadakan di Putrajaya kelmarin, membincangkan inisiatif segera bagi memastikan bekalan beras tidak terjejas di pasaran.

Katanya, antara langkah diambil termasuklah menambah bekalan di hypermarket selain peniaga diberikan diskaun untuk membeli beras import bagi tujuan perniagaan.

Beliau berkata, mesyuarat bersetuju untuk memberikan 103 lesen borong kepada pemborong kecil dan melaluinya, pengusaha makanan yang bernaung di bawah persatuan perniagaan makanan dapat menikmati harga belian Beras Putih Import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 untuk 50kg (harga pintu gudang).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yat-tempatan-sahaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.666397 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list