CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 22934|Reply: 50

Analisa Vokal Penyanyi Wanita Malaysia

[Copy link]
Post time 7-2-2011 05:06 PM | Show all posts |Read mode
file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-4.pngfile:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-5.png

Tertarik dengan sebuah artikel yang pernah dikeluarkan oleh akhbar tempatan 6 tahun lalu yang dianalisa oleh profosianal muzik tempatan & luar. Begini bunyinya:-

ANALISIS VOKAL PENYANYI WANITA MALAYSIA


Ini adalahpandangan peribadi saja. So, jangan la melalak macam orang gila kalautak setuju pun. It will serve no good for your health. Nanti kena sakitjantung, sia-sia saja mati awal! VOKAL diukur mengikut 7 kriteria utama



1.      Kejituan (solidness)

2.      Lenggok (rendition style)

3.      Sebutan/fasahah (phrasing)

4.      Teknik kawalan suara (voice control)

5.      Penghayatan (feeling)

6.      Julat suara (key range & pitching)

7.      Kelunakan semulajadi (natural in-born quality)



KELEBIHAN UTAMA Siti Nurhaliza yang tidak boleh dilawan oleh mana-mana artis adalah seperti berikut:



1.KEJITUAN – suara Siti Nurhaliza keluar 100% dan tersangat solidtermasuk pada pitching paling tinggi. Dari segi solidness, suaraKhatijah Ibrahim dan Dayang Nurfaizah adalah tandingan paling hampir.Malang sekali, suara mereka lebih banyak elemen husky dan agak kurangelemen lunak. Tersangat biasa kita ada penyanyi bersuara mantap danhusky ala-ala Mariah Carey, Nora atau kebanyakan penyanyi Negro, tetapitersangat JARANG kita ada penyanyi yang bersuara bersuara SOLID danMERDU sekaligus macam Siti Nurhaliza atau Celine Dion. Biasanya, orangbersuara merdu tend to lose POWER. Suara Liza Hanim lebih merdu sikitdaripada Siti Nurhaliza, tetapi suaranya hanya keluar 85%. Tidak solid.Dengar pun macam tidak puas.

2. JULAT SUARA – Siti Nurhalizamempunyai julat nada tinggi dan rendah yang SANGAT LUAS. Siti Nurhalizaboleh nyanyi DENGAN BAIK serendah suara Farra atau Erra Fazira, danboleh nyanyi DENGAN CEMERLANG setinggi suara Aishah atau Ramlah Ram.Sebab itu Siti Nurhaliza suka melaram dengan suara dia macam dalam laguNian Di Hati. Sekejap tinggi, sekejap rendah. Kadang-kadang adaperalihan yang sangat cepat dari nada tertinggi ke nada terendah secaratiba-tiba. And Siti Nurhaliza just too smart in manipulating thisrange! Kebanyakan klon Siti Nurhaliza tidak mempunyai kualiti ini.Sebab tu kalau dengar dalam album – ada la sikit-sikit macam suara SitiNurhaliza. Kalau nyanyi live – HANCUR! Langsung tiada rupa suara SitiNurhaliza. Ye la…kalau dalam album, boleh rakam 88 kali. Lepas tupotong sana, potong sini. Tampal sini, tampal sana. Ambil part yangperfect saja. Kalau dengar dalam Hi-Fi resolusi tinggi, ketara sangatdipotong sana-sini! Saya pun hairan, kenapa orang berebut nak klonsuara Siti Nurhaliza padahal suara Siti Nurhaliza la yang paling SUSAHnak diklon. Semua klon Siti Nurhaliza can’t even get close! Kalau nakklon suara, klon la suara Erra Fazira atau Syafinaz. Not only that youcould GET CLOSE but you could even make it better!

3.SEBUTAN/FASAHAH, TEKNIK KAWALAN & LENGGOK – Siti Nurhalizamempunyai teknik apungan suara yang begitu sempurna. Sebutannya terangdan sentiasa bijak memilih stressing yang tepat pada setiap diksi.Sharifah Aini (SA) mungkin lebih baik daripada Siti Nurhaliza dalamkonteks ini. Tapi perlu diingat, SA kurang bermain dengan teknik darisegi kawalan vokal, style of rendition and pitching. Suara SA yangmantap hanya menonjol pada lagu-lagu berbentuk irama nasyid atau asli.Kalau nyanyi lagu pop (terutama rentak pantas), suara apungannya terushilang. Lebihnya Siti Nurhaliza, suara apungannya dapat dipeliharauntuk semua jenis lagu, sama ada bercorak pantas atau perlahan, modenataupun asli.

4. PENGHAYATAN – Siti Nurhaliza mempunyai tahappenghayatan paling baik dalam lagu. Suaranya memberi warna pada lagudan limpahan emosi jelas terpancar mengikut mood melodi serta lirik. Noother Malaysian singers can even get close. Mungkin penyanyi Indonesiaada ramai la – misalnya Hetty Koes Endang, Kris Dayanti dan Endang S.Taurina. Ini la salah satu sebab kenapa Ramlah Ram tidak bolehmenandingi Siti Nurhaliza. Suara Ramlah bukan saja tinggi – malahbegitu merdu, solid dan pandai bermain dengan pitching. Tapimasalahnya…Ramlah hanya ‘menyanyi’. Dia lontarkan seluruh suaranyadengan begitu indah dan bergaya, tetapi tidak diwarnakan dengan emosiyang pelbagai. To simply put it, dia menyanyi sekadar untuk menyanyi.Sama seperti Siti Nurhaliza, Ramlah is a natural-talented singer. Butunlike Siti Nurhaliza, Ramlah is not an intelligent. As far as style ofrendition and voice control are concerned, Siti Nurhaliza is BOTHtalented and intelligent!



Kalau boleh cari seorangpenyanyi wanita Malaysia yang layak menghampiri kombinasi seluruh bakatSiti Nurhaliza – I would say that it is definitely Aishah. Diamempunyai semua kualiti Siti Nurhaliza, kerana itu Aishah bolehmenyanyi DENGAN BAIK semua jenis irama (pop, tradisional, soul R&B,dance music, fast tempo etc.). The only little problem with Aishahis…pitching tinggi dia tak serak-serak itik. Ramlah Ram? Hmmm…dia okeyjuga tapi dia tak boleh nyanyi lagu soul R&B dan dance music (orfast tempo) dengan baik. Kalau Aishah kembali kepada konsep albumpertamanya dulu (pop Melayu kontemporari) – saya rasa mungkin dia bolehsaingi Siti Nurhaliza. Susahnya Aishah ni, she is just TOO EDUCATED andbeing overly westernized. Dia tak suka mengikut arus tempatan. Diagemar sangat mencuba sesuatu yang terlampau advance.



Pada analisis terakhir ini, saya tak kata Siti Nurhaliza itu SEMPURNAdan tiada cacat-cela langsung. Tapi jika diukur secara keseluruhansemua aspek pemberat bagi menilai kualiti vokal yang baik – secarajelas Siti Nurhaliza mempunyai INDEKS KOLEKTIF yang JAUH LEBIH BESAR.Of course Siti Nurhaliza has her own weaknesses and there is a numberof singers whom could BEAT her in certain particular aspects. Contohnya:



§        Ramlah Ram – tentu sekali menang dari segi ketinggian pitching dan key.

§        Nora – mempunyai suara yang lebih tajam dan mersik pada julat suara pertengahan.

§Julidza Adlizan – memilik rendition creativity (memainkan imbanganvokal dan emosi suara, tinggi/rendah, dalam/luar) yang JAUH, JAUH lebihstylish dan mengancam daripada Siti Nurhaliza.

§        Camelia – vocal smoothness yang lebih licin, bersih dan lancar terutama pada lagu-lagu R&B.

§        Dayang Nurfaizah – mampu mewarnakan lagu dengan lebih baik dari segi penghayatan, khususnya lagu-lagu bercorak balada.

§Sharifah Aini – memang dari segi kejituan sebutan dan kesinambungannafas apungan. Suara dia memang boleh dengar begitu BESAR danBERTENAGA. Itu sebab dia dan Siti Nurhaliza boleh buat konsert dengancemerlang bersama orkestra.

Ziana Zain & Fauziah Latiff –mempunyai gaya stressing vocal yang lebih menaikkan bulu roma padastanza lagu bernada rendah. Maksudnya, gaya alunan suara mereka lebihsegar dan tidak klise.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2011 05:38 PM | Show all posts
pompuan jek..lelaki?
jackyln victor mcm mane plak?
dia je artis yg bnyk dapat standing ovation
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2011 05:46 PM | Show all posts
Nie artikel lama ...waktu nie aku rasa jaclyn tak muncul lagi.....tak silap bnda nie pernah dikeluarkan pd tahun 2005
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 06:42 PM | Show all posts
sila tepek kan video utk menyokong hujah2 anda. [wah cam dlm mahkamah]
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 07:18 PM | Show all posts
nih pandangan sy, kurang setuju kalo nk kata solidness ct is 100%. maybe dlm 90% ( cehhhhh mcm bleh ukur je kan )  tp berstuju dgn hujah2an yg lain psl ct.

n, kurang setuju juga dikatakan ziana zain memiliki low note yg bagus.
ziana zain memiliki sume kriteria yg dinyatakan di atas.
for me, ratu solidness n phrasing terbaik goes to ZIANA ZAIN. ( walaupn aku die hard fan ziana, tp statement nih x bias rsnye )
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 08:54 PM | Show all posts
Nok...Choyyy sangat hokkayyyyy..nak muntah mak dengar penjelasan memvavi buta itew...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2011 11:07 PM | Show all posts
iols sokong KRU..
iols minat jejanz sajork.. pompuan iols xlayan

apapon, siti,jena kaknam dll mmg bersora sedap
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 09:42 AM | Show all posts
Tertarik dengan sebuah artikel yang pernah dikeluarkan oleh akhbar tempatan 6 tahun lalu yang di ...
jahanam Post at 7-2-2011 17:06


aiyo..perlu ke nak canang artikel lapuk ni lag..aku pun dah pernah buat analisa balas...artikel ni jenis syok sendiri.. telinga yang mendengar tu TERLALU bias.. so tak perlu nak cakap lagi, artikel ni tader integritinye..uhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 10:08 AM | Show all posts
perlu kew semua ni....
kat US nun takde pun benda2 ni semua still paling laku dan pemes kat bumi ni......
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 12:35 PM | Show all posts
owh patutla ct penyanyi terbaik kat malaysia.. x heran lah dia menang vocal tbaik kat aim 9 kali...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 02:14 PM | Show all posts
TT baru jumpa sokkabar/majalah lapuk bertarikh 10 tahun dulu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 08:45 PM | Show all posts
hihihi....gigih ni type pnjg2....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 08:52 PM | Show all posts
kadang2 ct ni over jugak sampai dengar macam dibuat2 sampai spoil lagu. eniwei aku lagi prefer suara2 yg lunak macam kartina dahari & liyana fizi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 09:11 PM | Show all posts
tahniah TT

tunggu hujah balas
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 09:19 PM | Show all posts
kadang2 ct ni over jugak sampai dengar macam dibuat2 sampai spoil lagu. eniwei aku lagi prefer suara ...
saden Post at 8-2-2011 20:52



   SAPE TU??
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 09:45 PM | Show all posts
SAPE TU??
FanCT Post at 8-2-2011 21:19

alah...carik je la kat youtube. kartina dahari zaman 60-70an...cuba cari lagu Terkenang-kenang. Liyana Fizi indie punya singer..cuba cari lagu Masih (ni lagu masa dia dlm group Estrella).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 09:50 PM | Show all posts
ct x pnh mnang best vocal dlm muzik2.
tp, liza hanim pnh.
sore uji rashid pn sedap taw.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 09:51 PM | Show all posts
I prefer Aishah...she's always mesmerize me with her voice...Kualiti suaranya yg solid, merdu, tinggi mencecah G#..patah kata yg amat jelas...tiada tolok bandingnya. Siti memperidolakan Aishah sehinggalah ke hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:55 PM | Show all posts
Masing-masing jangan pandai cakap jer.... G# bagai, lenggok merdu, tone itu tone ini...buktikan dengan bideo uolssss
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 01:08 AM | Show all posts
i pilih Ramlah Ram....Mutu vokal yang baik dr segi low note hingga note yg tinggi...perfect pitching....sebutan jelas...masih menggunakan key asal menyanyi tanpa menurunkan key...penghayatan superbbbb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.069128 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list