CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3238|Reply: 28

[Tempatan] Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh bermula Sabtu ini

  [Copy link]
Post time 7-11-2023 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 7-11-2023 04:20 PM


KUALA LUMPUR: Empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di negara ini bermula Sabtu ini dan berterusan hingga Mac tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan, berkata ketika awal MTL dari November hingga Januari tahun depan, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekirannya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di seluruh negara.

"Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap berlaku banjir.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan, berkata ketika awal MTL dari November hingga Januari tahun depan, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekirannya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di seluruh negara.

"Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap berlaku banjir.

"Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem," katanya.

Beliau berkata, selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia melalui medium sebaran rasmi iaitu laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia.








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2023 12:11 PM | Show all posts
BAGAN DATUK: Sekurang-kurangnya 67 daerah di seluruh negara dikenal pasti berkemungkinan besar dilanda banjir menjelang Monsun Timur laut (MTL) yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bilangan itu berdasarkan data dan penilaian Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Beliau berkata, penyelarasan sudah dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan semua agensi penguatkuasaan terbabit.

"NADMA bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mewujudkan pusat pemindahan kekal (PPK) di sekolah yang selama ini digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) untuk dibangunkan dewan PPK.

"Kemudahan tandas dan tempat mandi akan disediakan sepenuhnya mengikut jumlah potensi mangsa banjir berdasarkan rekod Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah.

"Ini (PPK) kita lakukan di tempat-tempat yang sudah dikenal pasti sebagai kawasan sering dilanda banjir.

"Berdasarkan METMalaysia dan JPS, ada sekurang-kurangnya 67 daerah di seluruh negara," katanya kepada pemberita pada Majlis Santunan Kasih Deepavali di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan turut menyediakan jambatan Bailey sebagai persiapan aspek infrastruktur di kawasan kritikal yang dijangka dilanda banjir besar.

Katanya, NADMA menempah tujuh jambatan Bailey tambahan manakala pemasangannya dilakukan oleh jurutera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) di peringkat negeri dan Kementerian Kerja Raya (KKR) di peringkat pusat.

"Kesiapsiagaan ini termasuk juga dari segi bantuan dikemukakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang diselaraskan kerana kita menjangkakan MTL bermula pertengahan November ini hingga Mac tahun depan.

"Tanda-tanda MTL sudah bermula sekarang dengan hujan yang melebihi tahap biasa," katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 12:18 PM | Show all posts
bagan datuk?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke dah start? Area kajang bangi ni start kul 2 keatas hujan ler sampai mlm.
Tp pg panas elok laaa so nk jemur baju sblm kul 2 oklaah garing elok la baju korang tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Org Shah Alam dah bersedia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 01:02 PM | Show all posts
Nk balik Tganu weeknd ni....klu hujan sokmo duk rumah makan tido jelah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2023 01:06 PM | Show all posts
aechae replied at 7-11-2023 01:02 PM
Nk balik Tganu weeknd ni....klu hujan sokmo duk rumah makan tido jelah

dappnyee nasi dagang tranung
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 01:10 PM | Show all posts
kelip2_07 replied at 7-11-2023 01:06 PM
dappnyee nasi dagang tranung

Balik ni nk g mkn nasi dagang atas tol n teh ais nya tu lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 01:13 PM | Show all posts
sedap tido hujan2 lebat ni aduiiiii nyaman...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 01:34 PM | Show all posts
aechae replied at 7-11-2023 01:10 PM
Balik ni nk g mkn nasi dagang atas tol n teh ais nya tu lah..

adoiii nikmat
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesetengah area mcm bangi lama, jenderam hilir, sepang kenalah berjaga-jaga selepas banjir kilat aritu..
Iols tgk smlm kt area shah alam pun sama juga banjir.
Harap mana yang terlibat tu dh boleh prepare sedikit makanan, minuman..asingkan mana2 dokumen penting..
Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 01:37 PM | Show all posts
setakat musim tengkujuh apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan mangsa peperangan
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah tunggu Sabtu ni. Dari last week lagi hujan lebat hari2 sebelah petang. Siap pakej kilat guruh. Asyik blackout je rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
tempat aku masih panas membahang, sian anak aku lah kitaorg naik motor jer, selalu ngadu panas, penah dulu balik terus aku pening, muntah2 sampai rumah, skrg balik terus mandi
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 02:40 PM | Show all posts
dkt sban ni sokmo la hari2 hujan..Alhamdullillah..sejuk smpi kadg2 rasa mls nk bgn pg2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 09:52 PM | Show all posts
Lagi lebat kerrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 11:04 PM | Show all posts
Bangi ni atas pukul 3 ptg je mule dahh mendung pakej kilat lagi
Tp yg best bile mlm nk tido tu lah nikmat oooo sejukk
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 11:23 PM | Show all posts
Perabot kayu siap2 bawak naik tingkat atas, kalau yg rumah 2 tingkat… barang letrik pun sama..  kalau rumah setingkat pandai2 lah ejas.. karpet jgn pakai.  Kesian pada yg nak menghadap banjir year in year out… long term solution masih takde setelah bertahun2 banjir… gomen dah tukar banyak kali..kalau nak difikirkan, daripada spend duit post banjir e.g. gantirugi, bantuan etc lagi baik spend pre-banjir caner nak elak banjir…
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 7-11-2023 01:10 PM
Balik ni nk g mkn nasi dagang atas tol n teh ais nya tu lah..

Teh ais dia manih leting... tp boleh laaa sekali sekala
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
El nino tak memberi kesan terhadap monsum timur laut ke? Ke musim el nino dah habis?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.076916 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list