CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6680|Reply: 0

[Pulau Pinang] 23 motosikal, sebuah ATV musnah dalam kebakaran bengkel

[Copy link]
Post time 8-2-2024 08:55 AM | Show all posts |Read mode
23 motosikal, sebuah ATV musnah dalam kebakaran bengkel

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
08 Februari 2024 08:11am




Sebanyak 23 buah motosikal dan sebuah ATV musnah dalam kejadian pada jam 3.18 pagi Khamis.




BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 23 buah motosikal dan sebuah kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) musnah dalam kebakaran sebuah bengkel motosikal pada awal pagi Khamis.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fadzil Othman berkata, kejadian berlaku di sebuah bengkel di Jalan Arumugam Pillai, Kampung Guar Perahu di sini.



Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.18 pagi berhubung kejadian berkenaan.

"Seramai 25 anggota termasuk penyelia dari BBP Penanti dan dibantu oleh anggota dari BBP Perai dan Bukit Mertajam bergegas ke lokasi kejadian.



"Kebakaran melibatkan sebuah bengkel motosikal (kelas B) dengan anggaran keluasan 20x30 kaki persegi. Anggaran kemusnahan bengkel itu pula sehingga 70 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau menambah, akibat daripada itu, 23 unit motosikal dan sebuah ATV hangus dengan 90 peratus musnah.


Pasukan bomba memadamkan api di sebuah bengkel yang hangus dalam kebakaran pada awal pagi Khamis.




"Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat. Bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut sepenuhnya. Kita turut mendapatkan bantuan daripada polis dan Tenaga Nasional Berhad.




"Operasi tamat pada jam 5.50 pagi dan menyerahkan kes kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.053906 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list