CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6747|Reply: 31

[Jenayah] Berbuka Di Kedai Steamboat, Kulit Muka Dan Tangan Terbakar Akibat Dapur Gas Meletup!

  [Copy link]
Post time 20-3-2024 01:57 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan masakan steamboat.

Apabila menjelang bulan Ramadan, orang ramai pasti bakal berpusu-pusu mahu berbuka di luar seperti hotel atau kedai makan kerana penawaran promosi yang bagus.

Namun, momen terindah berbuka bersama tersayang berubah menjadi mimpi ngeri buat keluarga Faty kerana terpaksa menanggung kesengsaraan sakit melecur selepas gas meletup ketika makan di sebuah kedai steamboat di Temerloh.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya, dia bersama ahli keluarga telah pergi berbuka di sebuah kedai steamboat. Namun, difahamkan dapur gas yang disediakan tiba-tiba meletup sekaligus menyebabkan kulit muka dan tangan terbakar.

Ekoran insiden ngeri itu, satu keluarganya mengalami kesan melecur yang teruk dan menerima surat rujukan pergi pakar pembedahan plastik untuk mengatasi masalah luka yang dialami. Pemilik kedai didakwa mengambil nombor telefon mereka namun tidak pernah menghubungi semula untuk tindakan selanjutnya.

Malah, dia pula terpaksa menghubungi kedai steamboat tersebut untuk mendapatkan nombor telefon kepunyaan pemiliknya.

Sementara itu, dia meminta kemas kini tindakan susulan berhubung kebakaran yang menimpa kepada keluarga mereka baru-baru ini namun respons pihak  pentadbiran sepertinya tidak mengetahui kes itu.

Jadi, wanita itu menyimpulkan bahawa staf-staf di kedai itu tidak dimaklumkan kes tersebut dan premis masih beroperasi seperti biasa.

Dalam pada itu, wanita mendedahkan kedai steamboat ini masih aktif membuat promosi walaupun sudah berlaku beberapa kes sebegini sebelum ini.

Susulan itu, dia menggunakan media sosial dalam menuntut keadilan bagi pihak keluarganya daripada pihak Steamboat.

Salah seorang ahli keluarga lain turut mendedahkan pihak kedai hanya membawa keluarganya pergi ke klinik berdekatan. Bahkan terpaksa menekan mereka barulah datang melawat dan sedia menawarkan sagu hati RM1,000 untuk 7 orang ahli keluarga walhal sudah alami kecacatan kekal.

Difahamkan insiden ini berlaku pada 9 Mac lalu iaitu hari pertama Ramadan dan pihak kedai steamboat terus membisu untuk tindakan susulan berhubung insiden berkenaan.

Difahamkan kedai steamboat itu tidak menyelenggara peralatan dengan baik dan membuat semakan keselamatan untuk pengoperasian sekaligus insiden ini boleh berulang lagi.

Hantaran tersebut meraih perhatian pengguna media sosial yang mana rata-ratanya sangat bersimpati dengan nasib yang ditimpa oleh keluarga itu di samping mahu menuntut keadilan bagi keluarga mangsa kerana pihak kedai steamboat dilihat lepas tangan akan insiden itu.

Tidak terhenti di situ sahaja, orang ramai turut memberi rating rendah di Google review sebagai tanda protes terhadap kedai steamboat tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2024 01:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2024 01:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2024 01:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2024 01:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2024 01:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2024 01:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2024 01:59 PM | Show all posts
Setelah ditekan bertubi-tubi oleh netizen, kini barulah pihak kedai steamboat mengeluarkan kenyataan rasmi dalam meredakan situasi yang sedang panas di media sosial.
Pihak steamboat akui kesilapan

Menurut pihak kedai Rotarium buffet steamboat, mereka telah menziarahi dan berbincang dengan keluarga mangsa dalam mencapai kata sepakat. Mereka juga mendedahkan telah membuat laporan kepada polis dan siasatan oleh pihak bomba juga sedang dijalankan.

Netizen masih merasakan pihak kedai steamboat ini tidak memandang serius akan kes tersebut kerana hanya membuat kenyataan selepas ia sudah tular di media sosial pada hari semalam. Jadi, ramai pilih untuk memboikot kedai itu sehinggalah perkara ini diselesaikan dengan sewajarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah.patot saman sajork.baru puas hati.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:48 PM | Show all posts
kedai ni mmg famous kt tloh ni. baru berhajat nak buka sini. huhuh. tapi kdg2 aku overthinking gak. tgh2 makan meletup. betul betul nokkkk meletup. tapi kambing perap dia sedap
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:11 PM | Show all posts
selalu teringin nak makan sukiyaki kat sushi king tapi tgk pakai portable ga stove mmg x jadilah.. seram takut meletup
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:24 PM | Show all posts
kadang tepikir jugak kebarangkalian benda2 gini berlaku masa makan stim but..risauu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 04:45 PM | Show all posts
boikot steamboat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 04:54 PM | Show all posts
seram laa nk mkn steamboat..bru ingt nk p mkn kt sukiya
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni lah yg selalu meols fikir. Last mkn stimbot kat Joni 17 tahun dulu. Dah la periuk panas tengah meja, lepas tu ada unsur2 api, gas (ni mmg takut skali).
Lagi best meols tgok kt socmed, mkn atas meja lipat. Lagi serius termandi kuah panas.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 05:09 PM | Show all posts
Kalau melibatkan safety kena report ke siapa eh? JKKP? NIOSH?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Eish scary..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 06:14 PM | Show all posts
dapur masak kecil guna tong kecil tu memang tak sesuai untuk heavy duty

dipasang non stop sampai berejam-rejam.. lepas satu customer, satu customer lagi yang pakai dari opening sampai closing

untuk camping dalam hutan tanak nasi boleh ler
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kt obersi dh melingkup kedai kna saman kastemer.
Sini aman² mintak mahap jah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
CARI-Author replied at 20-3-2024 01:58 PM

Dapat facelift teros..  Astaga.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.215059 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list