View: 9023|Reply: 19
|
[Jenayah]
KEMAS KINI: Tikam ibu dengan gunting, pengawal keselamatan direman tujuh hari. KES: Anak ada masalah mental bunuh ibu, tikam dengan gunting
[Copy link]
|
|
Edited by antikorok at 16-6-2024 11:19 AM
UTAMA
Anak ada masalah mental bunuh ibu, tikam dengan gunting
Zuhainy Zulkiffli
[email protected]
POLIS mengangkat mayat wanita warga emas yang maut dibunuh anaknya. FOTO Zuhainy Zulkiffli
Georgetown: Wanita maut dipercayai ditikam dengan gunting oleh anaknya yang mempunyai masalah mental, dalam kejadian di Relau, di sini, hari ini.
Suspek juga dikatakan menghubungi abangnya kira-kira 5 petang, bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, abang suspek kemudian menghubungi polis bagi tindakan lanjut.
Katanya, suspek yang juga anak bongsu berusia 40 tahun itu kemudian diberkas di unit kediaman pangsapuri berkenaan.
"Siasatan awal mendapati anak sulung dan kedua menghubungi mangsa sebelum kejadian namun panggilan itu tidak dijawab.
"Mereka kemudian dikejutkan dengan panggilan mengenai kematian ibu akibat ditikam menggunakan gunting oleh suspek," katanya di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Razlam berkata, mangsa yang berusia 67 tahun dikatakan hanya akan datang ke rumah peninggalan suaminya itu tiga hari seminggu bermula Jumaat.
Manakala baki hari yang lain, katanya, wanita warga emas itu tinggal bersama anak sulungnya di Batu Maung dekat sini.
"Suspek juga pernah membuat ugutan bunuh terhadap semua ahli keluarganya ketika mereka tinggal bersama di Batu Maung.
"Selain itu suspek juga pernah dimasukkan ke wad rawatan psikiatri di Jalan Perak di sini, pada tahun lalu," katanya lagi.
Menurut Razlam, motif pembunuhan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) proses bedah siasat.
Disiarkan pada: Jun 15, 2024 @ 10:20pm
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ikam-dengan-gunting |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 16-6-2024 11:41 AM
Ibu maut disyaki ditikam anak
Oleh Zuhainy Zulkiffli
[email protected]
Jun 15, 2024 @ 10:34pm
Wanita warga emas maut dipercayai ditikam anaknya yang mempunyai masalah mental di sebuah pangsapuri di Relau, Georgetown, hari ini. Foto NSTP Zuhainy Zulkiffli
GEORGETOWN: Wanita maut dipercayai ditikam dengan gunting oleh anaknya yang mempunyai masalah mental, dalam kejadian di Relau, di sini, hari ini.
Suspek juga dikatakan menghubungi abangnya kira-kira jam 5 petang bagi memaklumkan mengenai kejadian.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berkata abang suspek kemudian menghubungi pihak polis bagi tindakan lanjut.
Katanya, suspek yang juga anak bongsu berusia 40 tahun itu kemudian diberkas di unit kediaman pangsapuri berkenaan.
"Siasatan awal mendapati anak sulung dan kedua menghubungi mangsa sebelum kejadian namun panggilan itu tidak dijawab.
"Mereka kemudian dikejutkan dengan panggilan mengenai kematian ibu akibat ditikam menggunakan gunting oleh suspek," katanya, di sini hari ini.
Mengulas lanjut Razlam berkata, mangsa yang berusia 67 tahun dikatakan hanya akan datang ke rumah peninggalan suaminya itu tiga hari seminggu bermula Jumaat, manakala baki hari yang lain, wanita warga emas itu tinggal bersama anak sulungnya di Batu Maung, dekat sini.
"Suspek juga pernah membuat ugutan bunuh terhadap semua ahli keluarganya ketika mereka tinggal bersama di Batu Maung.
"Selain itu suspek juga pernah dimasukkan ke wad rawatan psikiatri di Jalan Perak, di sini tahun lalu," katanya.
Razlam berkata, motif pembunuhan masih dalam siasatan mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) proses bedah siasat.
|
|
|
|
|
|
|
|
UTAMA
Anak punyai masalah mental disyaki bunuh ibu guna gunting
Oleh Malinda Abdul Malik
15 June 2024
Wanita warga emas mati dibunuh anak lelakinya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Relau, Pulau Pinang hari ini.
GEORGE TOWN – Seorang wanita warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental di sebuah pangsapuri di Relau di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, suspek yang juga anak bongsu itu dikatakan menelefon dan memaklumkan sendiri kejadian kepada abangnya kira-kira 5 petang, sebelum lelaki itu menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.
Jelas beliau, susulan itu, pasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan memberkas suspek berusia 40 tahun di unit kediaman terbabit.
Razlam.
“Hasil siasatan awal mendapati sebelum kejadian anak sulung dan kedua menelefon mangsa berusia 67 tahun itu namun panggilan tersebut tidak dijawab sebelum dikejutkan dengan panggilan ibu mereka mati akibat ditikam menggunakan gunting oleh suspek.
“Mangsa yang dikatakan hanya akan datang ke rumah peninggalan suaminya itu tiga hari seminggu bermula Jumaat manakala baki hari tinggal bersama anak sulungnya di Batu Maung dekat sini.
Pihak polis dan forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi.
“Suspek pernah membuat ugutan bunuh terhadap semua ahli keluarganya ketika mereka tinggal bersama di Batu Maung selain pernah dimasukkan ke wad rawatan psikiatri di Jalan Perak di sini, tahun lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Tambah Razlam, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat,” katanya. – MalaysiaGazette
https://malaysiagazette.com/2024 ... h-ibu-guna-gunting/ |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Kesian sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan ambil mudah kalau ada yang pernah ugut nak bunuh.. sebelum dia mampu luahkan ugutan tu verbally, mungkin ramai dah "mati dibunuh" berkali-kali dalam kepala dia..... takziah pada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah buat keluarga
sedih sgt "kalaulah" si ibu terus duduk dgn anak sulung tu..
apa perasaan si abang dpt call dr adik yg bunuh mak depa..jgn main2 bila sekali kena ugut bunuh pun...kita tak tau bom yg ada dlm kepala depa |
|
|
|
|
|
|
|
I.K.A888990 replied at 16-6-2024 01:00 AM
salam takziah buat keluarga
sedih sgt "kalaulah" si ibu terus duduk dgn anak sulung tu..
apa perasaa ...
Kasih ibu....
Seminggu 3x pi tgok² keadaan ank kat situ....tak sangka kali ni kena bunuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
KES
Tikam ibu dengan gunting, pengawal keselamatan direman tujuh hari
Oleh Zuhainy Zulkiffli
[email protected]
Jun 16, 2024 @ 11:11am
Wanita warga emas maut dipercayai ditikam anaknya yang mempunyai masalah mental di sebuah pangsapuri di Relau, semalam. NSTP/ Zuhainy Zulkiffli
BALIK PULAU: Pengawal keselamatan direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian wanita warga emas maut ditikam dengan gunting, di Relau.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, perintah reman terhadap lelaki berusia 40 tahun itu, bermula hari ini.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Semalam, seorang wanita berusia 67 tahun dilaporkan maut dipercayai ditikam dengan gunting oleh anaknya yang mempunyai masalah mental.
Suspek juga dikatakan menghubungi abangnya kira-kira jam 5 petang, bagi memaklumkan kejadian.
Razlam berkata, suspek yang juga anak bongsu kemudian ditahan di unit kediaman pangsapuri berkenaan.
https://www.bharian.com.my/berit ... -direman-tujuh-hari |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya
Suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan kotttt
Orang gila nak kawal dan selamatkan macam mana oiii |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya, datang nak jenguk anak tau2 maut ditangan anak |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 16-6-2024 11:39 AM
Masalahnya
Suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan kotttt
mesti cmpny tu main ambil je pekerja takde nak check details background segala.
kalau cmpny biasa2 ada ke nak check segala medical/history staf? ingatkan ok, skali gila |
|
|
|
|
|
|
|
Hahhh teringat kawan iols yg sakit cam ni. Bezanya dia mkn ubat. Dia ckp kalo bkn sbb doa mak dia, dh lama dia nk bunuh diri. Tp ari tu dia pernah ckp nk seru lucifer in flesh. X tau lah dia gurau ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mmg sah org gila heret tin org sekeliling boleh la berjaga2 jauhkan diri, ini nampak waras elok keje guard plak tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh keja pengawal keselamatan tu , lepas pulak ada penyakit mental jadik guard . Serammm |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 16-6-2024 12:18 AM
Etnis apa?
Bugis kot? |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 16-6-2024 12:01 PM
Hahhh teringat kawan iols yg sakit cam ni. Bezanya dia mkn ubat. Dia ckp kalo bkn sbb doa mak dia, d ...
Cite psl diri sendiri lettew |
|
|
|
|
|
|
|
Perils replied at 16-6-2024 01:18 PM
Cite psl diri sendiri lettew
X baik wat fitnah. Nanti merangkak di akhirat |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 16-6-2024 01:57 PM
X baik wat fitnah. Nanti merangkak di akhirat
Jual kneepad kat shopee kan?nk link |
|
|
|
|
|
|
|
Pengawal keselamatan... Seram gilo gini. Company tak check ke dulu sblm ambil kerja. Harap lps ni pihak syrikat keselamatan ni tingkatkan protocol dlm ambil pekerja. Hok gini camno nak jaga keselamatan weh |
|
|
|
|
|
|
| |
|