CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62737|Reply: 0

[Kedah] Legenda Kedah di ICU akibat komplikasi usus

[Copy link]
Post time 24-8-2024 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Legenda Kedah di ICU akibat komplikasi usus


Izzali Ismail[email protected]







LEGENDA dan bekas penyerang Kedah, Faridzuan Che Hamid kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. FOTO FB Faridzuan.





Alor Setar: Legenda bola sepak Kedah era 90-an Faridzuan Che Hamid kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar akibat komplikasi usus dan bakal ditidurkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi meneruskan rawatan lanjut.

Menurut bekas rakan sepasukannya, Mohd Farouk Ismail, Faridzuan sebelum ini merujuk berkaitan masalah usus yang alaminya di sebuah hospital swasta di Alor Setar pada minggu lalu sebelum menerima rawatan lanjut di HSB sejak Rabu lalu.

"Faridzuan kini sedang menjalani rawatan lanjut berkaitan komplikasi usus di HSB selepas merujuk kepada sebuah hospital swasta di bandaraya Alor Setar pada minggu lalu.

"Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital swasta berkenaan, beliau kemudian dipindahkan ke HSB bagi mendapatkan rawatan lanjut oleh pakar di sana.

"Apa yang dimaklumkan kepada saya oleh keluarga terdekatnya adalah beliau bakal ditidurkan di wad ICU HSB esok iaitu Ahad bagi meneruskan proses rawatan yang ditetapkan berkaitan masalah usus yang dihadapinya," katanya.

Faridzuan yang kini berusia 53 tahun adalah bekas pemain Kedah kelahiran Pulau Tuba, Langkawi dan usahawan sektor pembinaan dan penyediaan makanan.

Beliau yang pernah memakai jersi nombor 14 untuk skuad Hijau Kuning dibawah kendalian Ketua Jurulatih, Robert Alberts cukup tajam di depan pintu gol.

Dia pernah bersama pasukan Kedah ketika merangkul naib juara Piala Malaysia 1992, juara Liga Divisyen 1 pada 1993, juara Piala Malaysia 1993 dan Juara Piala Sumbangsih 1994.



Disiarkan pada: Ogos 24, 2024 @ 4:06pm

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/08/1126562/legenda-kedah-di-icu-akibat-komplikasi-usus





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.545843 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list