Semoga kita menjadikan cerita individu ini tentang pengorbanannya terhadap seorang insan bergelar sahabat sebagai pengajaran. Perkongsiannya di Facebook meraih perhatian selepas dia mendedahkan kesilapannya kerana terlalu baik hati dan bersangka baik dengan rakan baik.
Cerita individu itu, rakan baiknya itu telah berhutang dengan ah long pada awal tahun lepas namun tidak dapat membayar semula gara-gara bisnes kecil-kecilannya jatuh dan tidak mendatangkan keuntungan.
"elbagai gangguan dilakukan (ah long) sehingga dia depression. Sebagai rakan dari kecil, tak sampai hati dan saya telah buat personal loan sebanyak RM60,000."
Meskipun sedar apa yang dilakukannya agak bodoh namun dia berkata akui berniat baik mahu membantu sahabatnya yang sedang memerlukan.
Selepas permohonan pinjamannya diluluskan oleh pihak bank, dia terus berikan wang itu kepada rakannya untuk selesaikan hutang dengan ah long tersebut.
"Dah bincang dengan dia (rakan) untuk bayar saya bulan-bulan dengan jumlah sekian-sekian untuk saya bayar kepada bank."
Namun, katanya selepas dibantu sahabatnya itu langsung tidak membayar kembali wangnya seperti yang dipersetujui dan asyik berikan alasan untuk mengelak.
"Saya bayar kepada bank seperti biasa kerana saya masih mampu. Sehingga sekarang tiada usaha dilakukan untuk membayar saya walaupun bisnes dia dah okay. Sehingga ada sedikit perbalahan berlaku. Kepada yang pakar, adakah cara lain untuk kawan saya ini bayar tanpa sebarang argument?"
Post time 10-9-2024 05:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
deme kata la, org saiko org buruk perangai ni, kita jgn pakai empathy bila nk handle dia, kita kena pakai accountability. sbb kalau pakai empathy, pakai kesian, nnti kita kena goreng balik. mcm ni la,dek kesian sgt, dia pulak yg berhutang
tak pasal2 dah menanggung hutang orang. lain kali jangan baik sangat.
teringat ada orang pernah tanya aku, apa beza terlalu baik dengan bodoh? jawapan nya sama je. dua2 org ambik kesempatan
Post time 10-9-2024 05:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kawan i waktu remaja tiba2 call i lepas berpuluh tahun..
dia nak pinjam duit rm2500 dia kata besok bayar balik...
I kata dah berpuluh tahun you nak pinjam ribu...kalau seratus dua mungkin orang bagi pinjam kalau ribu takde siapa nak bagi...Lagi pon i kata, i belum gaji...so i bagi jer rm100..
Hujung bulan dia call i berpuluh kali tapi i tak angkat...
Dah lah i tau dia menipu kata anak bungsu lelaki dah remaja..tapi dia tak ingat kita friend kat fb..i tengok dia ada laki baru dan anak dia tu masih kecil..kat profile whatapps pun anak kecil tuh...
pasal tu jadi manusia kena selfish .. apa2 pun doa2 kan agar kawan tu berlembut hati.. kalau pernah simpan mesej ke , dia janji nak bayar ke.. try la minta advice peguam jgn lupa minta sekali compensation
Post time 10-9-2024 10:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
_kelly replied at 10-9-2024 02:09 PM
ye betul..2024 iols berazam untuk jadi orang jahat..what is empathy and humanity? never heard of i ...
Lagik senang survive kalau jahat sebenarnya.
Yang pi bunuh diri tu mana hado jahat2 blako macam Yibid Lewd hadapi hidup penuh konfiden. Tu suma biasanya orang2 baik, lembut hati bagai tu. Baik sangat sampai rela mati sebab world would be better without them kata pikiran meka.
Yang pi bunuh diri tu mana hado jahat2 blako macam Y ...
kan uols..hidup ini memang tak adil, yang jahat nampak macam senang je hidup..naik pangkat, gaji besar, rumah kereta mewah semua..petik jari semua dapat.. yang baik2 ni majoriti kena buli je..jenis yang cepat kesian kat orang, kena pijak kepala pulak macam dalam berita ni la
true story, iols ad sorg kawan dari kecik mmg rapat lepastu dia pindah sekolah. 12 tahun kemudian kitorg secara x sengaja terjumpa dan kitorg pun set la date utk keluar sama borak2 itu ini... dia pun cite la pasal mak pak nya dah cerai bla3 dia kena tanggung adik beradik dia bla3 dia kena jumpa psychiatrist sbb depression bla3............ mula2 iols kesian jugak sampai lah satu masa ni iols realize ada benda yg dia menipu, tapi dia sendiri lupa apa yg dia tipu.... dia cakap dia dah buat A bulan lepas, tiba2 dia cakap dia tak pernah buat A tapi dia buat B.. iols pun terus rs dia ni red flag... mula2 igtkan dia perlukan someone utk luahkan perasaan, tp rupanya nak simpati jah... keluar dgan iols pun semua iols bayar dia x pernah offer pun nk bayarkan apa2.... lepas iols dpt hidu dia menipu, iols terus x layan dia contact2 iols dekat ws.. then bru iols realize, dia kawan dgan iols dengan harapan iols boleh bantu dia financially... sorry la iols tidak sebodoh itu despite kau ada depression sekalipun