CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9722|Reply: 0

Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan

[Copy link]
Post time 15-1-2025 05:01 PM | Show all posts |Read mode

Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan,. Foto media sosial

SINGAPURA - Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan, lapor Xinhua.

Angka ini jauh lebih rendah berbanding tempoh sama pada 2024, menurut data daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) yang dipetik oleh akhbar tempatan The Straits Times pada Selasa.

Lubang jalan biasanya terbentuk apabila air meresap ke dalam rekahan pada permukaan jalan akibat hakisan biasa. Rekahan ini melebar apabila kenderaan melalui kawasan tersebut, satu proses yang semakin teruk akibat hujan lebat yang berpanjangan, jelas jurucakap LTA.

Pemeliharaan jalan yang proaktif membantu mengurangkan jumlah lubang jalan yang dikesan setiap tahun dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Data LTA menunjukkan penurunan daripada 9,702 lubang jalan pada 2021 kepada 3,013 pada 2024.

Dengan Singapura masih berada dalam fasa hujan monsun timur laut yang dijangka berterusan sehingga akhir Januari, Bernard Tay, Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura, menggesa pemandu untuk sentiasa berhati-hati.

"Pemandu harus bersiap sedia hadapi cuaca lembap dengan memastikan alat pengelap kenderaan dan tayar berfungsi dengan baik," katanya. - Bernama/Xinhua


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.337771 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list