CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28671|Reply: 0

Pencuri disambar api selepas pecah masuk rumah

[Copy link]
Post time 15-1-2025 09:37 PM | Show all posts |Read mode

DUA pencuri sedang menyalakan api dekat sebuah kereta. - Foto Polis Victoria


MELBOURNE – Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) merakam detik dua pencuri secara tidak sengaja membakar diri mereka selepas mencetuskan kebakaran pada sebuah kereta di Australia, lapor laman berita MailOnline semalam.

Kedua-dua suspek cuba membakar kenderaan itu di luar sebuah rumah di Swinburne Drive, timur laut negeri Victoria pada malam Sabtu lalu apabila tindakan mereka memakan diri.

Sejenis bahan untuk menjadikan api marak dicurah pada kenderaan itu sebelum dua pencuri tersebut menyalakan api.

Namun, ia terbakar dengan cepat sehingga menyambar mereka.

Seorang daripada suspek dilihat berguling-guling di atas tanah, manakala rakan subahatnya menjerit sambil cuba mengoyakkan pakaiannya yang terbakar.

Polis Victoria mengeluarkan rakaman CCTV itu dengan harapan dapat menjejaki dua lelaki itu.

Pegawai berkata, dua lelaki itu memecah masuk ke sebuah rumah berhampiran dan mencuri beberapa barangan peribadi sebelum membakar kereta di luar. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.040432 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list