CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12596|Reply: 0

[Johor] Rosakkan CCTV selepas tuduh jiran curi duit

[Copy link]
Post time 5-2-2025 09:47 AM | Show all posts |Read mode


Muar: "Saya rosakkan CCTV (kamera litar tertutup) sebab dia curi duit saya dalam kereta," kata pemandu teksi yang didenda RM1,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan khianat terhadap jirannya dalam kejadian amuk bulan lalu.

Ahmad Ameer Syazwan Isa, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa dengan sengaja melakukan khianat terhadap jirannya berusia 68 tahun di Sungai Abong, di sini, 2.23 petang, 30 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa terdengar bunyi sesuatu di luar rumah sebelum mendapati tertuduh mengamuk merosakkan CCTV miliknya.

Siasatan polis mendapati kejadian berlaku apabila tertuduh menuduh mangsa mencuri wang yang diletakkan dalam kereta.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amieerah Alludeen manakala tertuduh diwakili Sakinah Suhaimi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Selain menjatuhkan hukuman denda, mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara setahun sekiranya gagal membayarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.075328 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list